Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 28 Mac 2012

KITA KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA




NOTA:

anak anak muda
pelajar dan mahsiswa
penyokong bersih
para demokrat

sila tunggu pengumuman
sila nanti perincian

sila layari tukar tiub
untuk maklumat terkini
tentang ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya




TEORI DAN PRATIK KE JALAN RAYA


Pada 9 Julai 2011 yang lalu berpuluh ribu warga telah turun ke jalan raya. Ini demo Bersih 2.0. Kota Kuala Lumpur – Stadium Negara - menjadi sasaran berhimpun. Demo atau tunjuk perasaan ini bukan hanya di Kuala Lumpur. Ianya menjadi global apabila warga Malaysia di kota-kota lain di seluruh dunia turut sama turun ke jalan raya.

Rakyat yang berpayung dibawah Bersih telah mengajukan 8 tuntutan kepada pihak berwajib. Tuntutan-tuntutan ini diajukan untuk memastikan perjalanan pilihanraya akan datang menjadi lebih bersih, telus dan adil. Tuntutan ini untuk memastikan Pilihan Raya ke 13 (PRU13) tidak menipu. Untuk memastikan rakyat yang akan turun mengundi TIDAK ditipu.

Dari kajian Bersih – empat dari lapan tuntutan ini boleh ditunaikan tanpa memerlu perubahan undang-undang. Empat tuntuan ini boleh ditunaikan dengan serta merta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa memerlukan pindaan perlambagaan. Empat perkara ini untuk dijalankan tidak perlu dibawa ke Parlimen. SPR hanya perlu membuat arahan pentabiran.

Empat tuntutan ini ialah : panjangkan masa berkempen, bersihkan senarai nama pengundi, reformasikan undi pos dan pengunaan dakwat kekal. Apa yang terjadi - telah hampir satu tahun - hanya pengunaan dakwat kekal yang diterima oleh SPR.



Semua warga sedar bahawa PRU13 akan diadakan tidak lama lagi. Jika lapan tuntutan ini tidak ditunaikan maka ertinya penipuan dan penyelewengan akan terus berlaku. Ertinya gerombolan United Malays National Organsiation masih mahu mengadakan pilihanraya yang berat sebelah. Gerombolan mahu meneruskan kekuasaan melalui penipuan. Ertinya pilihan raya yang akan datang ini adalah tidak adil. Juga jelas terbukti lembaga SPR masih lagi menjadi barua setia kepada United Malays National Organsiation.

Semua ini memberi makna bahawa PRU13 nanti adalah pilihan raya tipu. Jika United Malays National Organisation menang bermakna kemenangan melalui penipuan.

Justeru – melihat semua fakta ini dihadapan mata maka sebagai warga yang bertanggungh jawab - kita semua wajib turun ke jalan raya sekali lagi. Justeru kerana ini saya kini melaungkan suara : Ke Jalan Raya Sebelum ke Pilihan Raya.

Slogan ini jika tidak difahami maknanya maka ianya hanya menjadi kata-kata kosong. Justeru, dalam tulisan kali ini, saya ingin memberi pemahaman teoritikal tentang politik jalan raya. Ini amat penting. Sebelum ke jalan raya kita wajib memahami apakah sebenarnya politik jalan raya? Dan bagaimana politik jalan raya ini dapat memberikan manafaat dan kebajikan untuk kita semua.


Untuk memahami ini saya ingin membuka pencerahan dengan memberi latar belakang sejarah politik Iran. Iran yang kita ketahui hari ini berbeza jauh dari Iran pada tahun 70’an dahulu. Ketika itu Iran dibawah pemerentah Ahmad Reza Pahlevi yang mengelarkan dirinya Raja Segala Raja Raja.

Ahmad Reza ini dengan sokongan Amerika dan CIA telah memerentah Iran dengan kuku besi. Special Branch Iran yang dipanggil Savak sering menangkap, memenjara, menyeksa dan membunuh anak anak muda, anak mahasiswa, kaum agamawan - imam dan Ayatollah – atau siapa sahaja yang berani mengkritik atau melawan Shah.

Untuk terus berkuasa Ahmad Reza telah mengadakan ‘pilihan raya’ untuk melantik Perdana Menteri dan ahli-ahli parlimennya.

Dari Iran saya bawa pembaca ke negara yang lebih dekat – Filipina. Sama seperti Iran, Filipiina juga di bawah cengkaman Amerika melalui budak suruhan yang bernama Ferdinand Marcos. Kalau Ahmad Reza naik tahta melalui rampas kuasa, Si Marcos ini naik tahtha dengan mengunakan pilihan raya.

Dari Dewan Senate, Marcos telah menggunakan piliharaya hingga berjaya menjadi Presiden kali pertama pada tahun 1965. Pada tahun 1969 Marcos telah mempertahankan kerusi presidennya . Hingga ke hari ini warga Filipian masih lagi mengingati bagaimana pada tahun 1969 itu Marcos telah membeli undi untuk terus menjadi Presiden. Satelah mendapat kuasa melalui penipuan Marcos terus menjadi ditaktor selama 30 tahun - 1965-1986.

Dari Filipina saya ingin membawa latar belakang yang lebih dekat. Pada tahun 1965 Jeneral Haji Muhamad Suharto telah merampas kuasa dari Presiden Sukarno. Sama seperti rampasan kuasa di Iran, rampasan kuasa di Jakarta ini juga telah di rancang oleh CIA.


Pada awalnya Jeneral ini telah menggunakan kuasa tentera untuk terus berkuasa. Kemudian untuk meneruskan kuasanya Jeneral Suharto telah mengadakan pilihan raya. Pilihan raya Suharto ini samalah seperti pilihan raya Ahmad Reza Pahlevi, sama seperti pilihan raya Marcos dan tidak jauh bezanya dari PRU13 yang akan dijalankan oleh Najib Razak jika 8 Tuntutan Bersih tidak ditunaikan
Ahkirnya – di Iran pada tahun 1979 anak anak muda dan mahasiswa telah turun ke jalan raya untuk menghalau Shah Reza. Akhirnya pada tahun 1986 Kuasa Rakyat telah turun ke jalan raya di Manila untuk menghumbankan Marcos.

Di Indonesia, Jeneral Haji Muhamad menang tanpa lawan untuk menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1973, 1978, 1983, 1993 dan 1998. Akhirnya pada tahun 1998 anak anak muda dan pelajar di Jakarta telah turun ke jalan raya untuk menamatkan kuasa ditaktor Suharto.

Apa yang jelas dari pencerahan ini ialah semua ‘orang jahat ‘ ini telah mengunakan pilihan raya untuk menghalalkan pemerintahan mereka. Orang jahat ini mahu dilihat ‘dipilih ‘ oleh rakyat. Orang jahat ini sedar bahawa masyarakat dunia tidak akan menerima mereka jika mereka tidak dilantik melalui pilihan raya.

Apa yang jelas ialah kesemua orang jahat ini hanya turun dari tahta apabila rakyat turun ke jalan raya. Apakah ini ada persamaan dengan Malaysia? Jawabnya tentu sama.

Kita jangan lupa bagaimana Mahathir Muhamad juga telah menggunakan pilihan raya untuk terus berkuasa selama 22 tahun. Ketika berkuasa Mahahir Muhamad telah meminda Perlembagaan, telah membuang Ketua Hakim Negara, telah memenjarakan lawan, telah membuat pelbagai akta dan undang-undang untuk memastikan dirinya terus berkuasa.

Pada tahun 1998 anak muda, pelajar dan orang ramai telah turun ke jalan raya untuk menghumbankan Mahathir ke dalam tong sampah sejarah. Wajib diakui jika tidak ada gerakan Reformasi Jalan Raya untuk mengundurkan Mahathir – saya yakin hari in – 2012 – Mahathir Muhamad telah menjadi seorang Emperor anaknya Mukhriz menjadi Raja Muda.


Contoh-contoh ini memberi pencerahan kepada pembaca bahawa untuk ditaktor, untuk perampas kuasa dan untuk pemimpin yang zalim – pilihan raya hanya tipu helah. Untuk yang zalim dan yang menipu dipilihan raya jawapan yang tepat ialah jalan raya.

Secara teoritikal turun ke jalan raya ini adalah satu proses memperkasa keyakinan politik. Ceramah yang kita dengar itu boleh ditakrif sebagai kuliah politik. Dari kuliah ini kita diberitahu tentang Aminulrasyid mati dibunuh, Francis mati dibunuh, Teo Beng Hock mati dibunuh, Altantuya mati dibunuh. Dari kuliah ini juga kita diberi penerangan bagaimana Najib mendapat beratus juta ringgit duit komisen apabila membeli kapal selam. Kita juga diberi pemahaman bagaimana hutang Tajuddin Ramli lebih dari 500 juta ringgit dilupuskan oleh kerajaan.

Kuliah terbaru pula memberi kita sedar tentang bagaimana anak Nazri Aziz yang terlibat dalam kes bunuh dan kes pukul tetapi tidak didakwa. Kuliah-kuliah ini menjadikan kita marah. Justeru apabila ada jempuatan untuk turun ke jalan raya dengan cepat kita bersetuju untuk ikut serta. Ke jalan raya ialah latihan pratikal politik kita.

Apabila kita bersama dengan ribuan orang ramai di jalan raya – maka kita akan merasa yang diri kita tidak terpencil. Kita mula sedar bahawa bukan kita seorang sahaja yang merasa marah terhadap kejahatan United Malays National Organisation. Ribuan lagi yang memiliki perasaan yang sama. Proses ini adalah proses memperkasa keyakinan diri.


Kemarahan yang kita bawa ke jalan raya ini kita terjemahkan kepada pengundian. Kita telah berkuliah, kita telah membuat pratikal dan kita juga wajib mengambil pepereksaan. Justeru, mengundi itu adalah pepereksaan akhir. Inilah proses demokrasi. Kerana saya yakinkan proses demokrasi ini maka saya berani melaungkan : Ke Jalan Raya Sebelum Ke Pilihan Raya.

Inilah pengalaman anak anak muda di Tehran, di Manila dan di Jakarta. Sesudah Shah Iran lari ke Mesir, satelah Marcos lari ke Hawaii dan satelah Suharto berhenti maka di semua negara ini telah diadakan pilihanraya yang bersih, telus dan adil. Siapa yang menang dan siapa yang kalah saya tidak ambil port. Yang penting pilihan raya bersih, adil dan telus.

Justeru, jangan silap faham kita ke jalan raya ini bukan bertujuan untuk mengganas atau buat kacau. Kita ke jalan raya kerana kita mahu pilihan raya yang bersih, telus dan adil. Kita ke jalan raya kerana mahu tuntutan kita ditunaikan. Kita ke jalan raya sebelum ke pilihan raya kerana 7 Tuntuan Bersih masih tidak dipedulikan.

Sikap SPR tidak mempedulikan 7 Tuntutan Bersih ini menjadikan seluruh rakyat Malaysia marah. Kita marah kerana kita tahu telah ada perancangan licik untuk menipu kita. Jika 7 Tuntutan Bersih ini tidak ditunaikan maka PRU13 ini saheh satu pilihan raya tipu.(TT)



INI TUNTUTAN KITA



NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45





14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huh...ini nak menghasut rakyat memberontak kot..tapi, memang tepat, dari sejarah, rejim hanya boleh dijatuhkan melalui jalanraya.

BERSIH !!!!TAK SABAR AKU..

ahli usrah pekerja gomen berkata...

terima kasih bro...anda telah menjawab persoalan saya tempoh hari tentang pemaknaan `jalanraya' ini.Maka ia telah merangsang saya untuk turun ke jalanan Bersih 3.0.

Manifestasi USRAH adalah turun ke jalanraya!

Tanpa Nama berkata...

ameno nih cakap bisik2 mereka x dengar, cakap baik2 x reti, cakap beralas mereka x paham, cakap sopan santun mereka ingat pantun, cakap beralus menreka wat dungu, cakap budaya mlayu mereka tido -

mereka paham bila kita tempik satu negara, bila kita londeh semua, mereka lagi paham bila kita turun kejalan raya....

average joe berkata...

Contoh-contoh ini memberi pencerahan kepada pembaca bahawa untuk ditaktor, untuk perampas kuasa dan untuk pemimpin yang zalim – pilihan raya hanya tipu helah.
...
Secara teoritikal turun ke jalan raya ini adalah satu proses memperkasa keyakinan politik. Ceramah yang kita dengar itu boleh ditakrif sebagai kuliah politik.
...
Kuliah-kuliah ini menjadikan kita marah. Justeru apabila ada jempuatan untuk turun ke jalan raya dengan cepat kita bersetuju untuk ikut serta. Ke jalan raya ialah latihan pratikal politik kita.
Apabila kita bersama dengan ribuan orang ramai di jalan raya – maka kita akan merasa yang diri kita tidak terpencil. Kita mula sedar bahawa bukan kita seorang sahaja yang merasa marah terhadap kejahatan United Malays National Organisation. Ribuan lagi yang memiliki perasaan yang sama. Proses ini adalah proses memperkasa keyakinan diri.
Kemarahan yang kita bawa ke jalan raya ini kita terjemahkan kepada pengundian. Kita telah berkuliah, kita telah membuat pratikal dan kita juga wajib mengambil pepereksaan. Justeru, mengundi itu adalah pepereksaan akhir. Inilah proses demokrasi.


syabas bro tt kerana penulisan yg jitu dan jelas utk pemahaman anak2muda!

tapi ada 1ralat la bro tt...

Ketika berkuasa Mahahir Muhamad telah meminda Perlembagaan, telah membuang Ketua Hakim Negara, telah memenjarakan lawan, ...

bukan ke mamakhateer dah bertitah sebelum ni:
bukan saya yg arahkan tangkap. itu keputusan polis yg tangkap mereka bawah isa. saya takde kenamengena dan tidak bertanggungjawab

-average joe-
klakka-la.blogspot: BINATANG PELIHARAAN SAYA 5

Tanpa Nama berkata...

nak 5 mei pliss!! aku tak boleh la 28 april tu.

Tanpa Nama berkata...

kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
kalau takut dilambung ombak, buat rumah di Lynas

Tanpa Nama berkata...

Yang paling bangang adalah segelintir pemimpin Pakatan Rakyat sendiri yang tidak sabar nak bertanding dalam PRU akan datang walaupun menyedari hanya satu daripada lapan tuntutan BERSIH yang diterima setakat ini...

Umpama Si Bongok yang suka dipatuk oleh ular sebanyak 18 kali dari lubang yang sama...

Tanpa Nama berkata...

Rasanya sudah terlalu ramai yang muak dengan umngok dan bersedia utk humbankan umngok pada PRU akan datang...

Tapi persoalannya, mampukah mereka2 yg muak tu nak humbankan umngok jika sistem yang digunapakai sebegitu?

Lihat saja daftar pemilih yang tidak dibersihkan...mengapa susah sgt nak berlaku adil? jawapannya mudah, takut kalah....

Tanpa Nama berkata...

sebelum turun jalanraya, jangan lupa melancap atau berjimak dulu.. nanti kene masuk dalam seminggu tak dapat melancap..

hohoho.. gua selepas baca lu punyer ceramah ini TT kan, ianya merangsang kepala pelir gua (macam soalan TT kene dalam court tempohari jer) untuk melancap lalu cepat2 mencapai sarkepel/sarkot/sarkebut sebelum berjimak, dan serta merta bersiap siaga untuk turun berdemo bila2 masa sahaja, walaupun mati kene pukul dengan polis pun, gua dah tak nak amik port lagi..

Tanpa Nama berkata...

kuar ke jalanraya tuntut itu & ini memang ada justifikasinya TAPI bukan utk SEMUA keadaan.
Bila cakap bab agama ni xleh main lanyak je .. suka2 ko aje.
TT memang dah pusing dunia & rasa dia kool semacam TAPI hakikatnya dia tak jumpa apa yg dia cari ... sebab tu dia masih melilau ke sana sinun.
Tulisan TT memang sedap baca. BACA OK ikut belum tentu bro.

Tanpa Nama berkata...

pebende setan atas ni merapik? oh ok, takde masaalah. demokrasi. fuck off.

Tanpa Nama berkata...

good pencerahan TT! like the theoretical & practical issues :)

satu point penting TT tak bagi pencerahan: tahap kekentalan jiwa para demonstran di Iran, Filipina & Indonesia. Mmg superb!

So, kalau jiwa tak sekental mana, kena kejar lari, kena sembur air lari, baik tak payah berdemo lah, layan TV lagi baik...

Tanpa Nama berkata...

To Tanpa Nama 29 Mac 2012 12:05 PG

ko tak nak ikut sudah, ko ni standard duduk rumah layan TV je sesambil garu pelir....eloklah tu, kalo ko turun buat demotivate org je, kejar je ko yg lari dulu mcm nampak hantu, eloklah ko tak yah turun

Tanpa Nama berkata...

29mac 2012.7.49pg..aku sokong hang..aku pun dh naik menyampah ngan ayat 29.mac 2012 7.45pg.asik2 nak kondem org je..aduiii..