Jumaat, 17 Ogos 2012

SUARA ANAK MUDA BANGUN MELAWAN








SUARA TUNTUTAN ANAK MUDA

UNISEL sebuah universiti yang ditubuhkan di bawah kerajaan negeri
Selangor dan merupakan aset dalam menjana arus pendidikan bagi negeri
Selangor serta melahirkan mahasiswa yang progresif & profesional,
sesuai dengan visi dan misinya. Baru-baru ini kita digemparkan dengan
isu mahasiswa/i yang tidak dibenarkan memasuki asrama atas faktor
UNISEL tidak membayar hutang kepada Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang
berjumlah RM15 juta.

Kami tidak mahu isu sijil layak menduduki (CF) menjadi modal politik
samada daripada BN/PR sendiri. Walaubagaimanapun ianya jelas apabila
kontrak yang telah ditandatangani oleh pihak UNISEL dengan pihak JNSB
pada tahun 2003 mendapati infrastruktur yang telah dibina oleh pihak
Jana Niaga gagal mendapat Sijil Layak Menduduki (CF). Hasil pemantauan
daripada pihak UNISEL mendapati pelbagai masalah dan kerosakan
terhadap bangunan kolej kediaman. Hal ini telah menyebabkan Lembaga
Pengarah telah membuat keputusan untuk membuat audit terhadap bangunan
kolej kediaman tetapi malangnya pihak Jana Niaga tidak memberi
kerjasama sepenuhnya kepada pihak UNISEL.

Di peringkat kami khususnya Mahasiswa UNISEL tidak mahu isu ini
dipolitikkan atas dasar kepentingan politik terutamanya kepentingan
kroni. Diperingkat AKSI sendiri mahu kedua-dua(UNISEL & JNSB) belah
pihak menyelesaikan isu ini melalui perbincangan kerana kami memandang
perjanjian yang telah ditandatangani sewaktu zaman Khir Toyo (Bekas MB
Selangor) iaitu UNISEL terpaksa membayar kepada pihak JNSB samada
asrama tersebut mempunyai penghuni ataupun tidak walaupun sewaktu cuti
semester. Ini perkara yang tidak masuk akal yang hanya memberikan
keuntungan sebelah pihak dan ternyata menguntungkan syarikat kroni.

Oleh sebab itu diperingkat mahasiswa sendiri kami telah membuat satu
group media sosial (facebook) iaitu Sekretariat Hapus Syarikat Kroni,
Selamatkan UNISEL (HAPUS) bagi menggabungkan mahasiswa, pensyarah,
staf & alumni UNISEL serta rasa bertanggungjawab kami di atas
kepincangan yang berlaku dan akhirnya memberikan kesan kepada
mahasiswa sendiri. Kami juga menyambut baik tindakan alternatif
daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL yang telah mengadakan
rundingan dengan pihak UNISEL dan kerajaan negeri bagi menempatkan
pelajar di Kota Puteri sekiranya Jana Niaga berdegil lagi. Tetapi
ianya perlu lebih efisyen dan memudahkan pelajar khususnya.

Kami tidak mahu pihak JNSB memandang enteng isu sebegini kerana ia
menjejaskan kebajikan mahasiswa. Kami mahu semua mahasiswa serta warga
UNISEL fokus kepada perjanjian yang dilihat berat sebelah yang hanya
menguntungkan syarikat JNSB sahaja. Kami tahu ianya (perjanian) sukar
untuk dibatalkan dan jika dibatal sekalipun UNISEL terpaksa memberikan
pampasan yang besar nilainya kepada syarikat kroni berkenaan. Tetapi
pihak JNSB perlu ada budi bicara yang sewajarnya dan tidak memberikan
bebanan ini kepada mahasiswa.

Jika pihak JNSB langsung tidak menghiraukan dan tidak bersimpati
dengan kami selaku mahasiswa, kami tidak teragak-agak menggunakan
saluran lain dengan mengumpulkan seramai mungkin mahasiswa dalam
ertikata lain demonstrasi bagi membantah sikap JNSB yang membiarkan
mahasiswa seperti gelandangan. Kami juga mendesak agar pihak UNISEL
sendiri menyelesaikan masalah ini secara baik dan tidak mahu juga Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim lepas tangan begitu sahaja serta
bertanggungjawab di atas kapasiti beliau selaku Menteri Besar Selangor
dan jangan hanya duduk diam tanpa melakukan sebarang tindakan.

Ekhsan Bukharee Badarul Hisham,
Setiausaha AKSI Mahasiswa Peduli,
Unisel.





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nama ada eee kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Stail bn sumeperjnjian kera jaan ngn kroni msti berat ke kroni nmpk sgt bodoh pak menteri bn..buta tahap gaban..buta krn wng