Jumaat, 17 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA DARI TUKAR TIUB




SELAMAT HARU RAYA

tim tukar tiub
pengarang
penulis
teknikal
juru gosip
juru kacau
semua mengucapkan selamat hari raya

kami tidak minta maaf
kerana semua yang kami lakukan
itulah niat kami
tidak berselindung
tidak sorok sorok

TAPAI INI WAJIB UNTUK MELAYU


kita makan lemang dan rendang
kemudian kita makan tapai
ini tanda kita melayu
ini cara melayu merayakan hari raya







INI LAGU SELAMAT HARU RAYA UNTUK MELAYU



SELAMAT HARI RAYA
lagu ini nyanyian saloma
memgambarkan hari raya
kita main mercun

mercun ini tanda bahawa kita telah
mula mengenal orang china
dalam budaya melayu
tak ada masalah dengan orang china

orang china bawa mercun ke tanah melayu
lalu dikahwin kan dengan hari raya

saloma kata dam dam dum bunyi mercun
kanak kanak datang beduyun duyun
ini tradisi melayu
tak perlu malu
tak perlu jadi arab

ANG PAU
dari orang china juga
kita menerima budaya ang pau
budaya duit raya dalam sampul
diambil dari tradisi ang pau china

orang china beri ang pau dalam sampul merah
orang melayu tiru beri duit raya
dalam macam macam sampul

orang melayu tak ambil pot
harbi ke tak harbi
harbi ke hurban ke
konsep ini dibawa oleh budaya arab
dalam budaya melayu
kita semua manusia
menyembah Yang Maha Esa


radio punk rock juga sama berhari raya!






8 ulasan:

Sudin berkata...

Selamat Hari Raya Isham.

Tanpa Nama berkata...

Pak Isham,
selamat hari raya.minta tolong ulas:http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/08/pengasas-ngo-mesra-umno-suspek-kes.html

Tanpa Nama berkata...

mercun ini tanda bahawa kita telah
mula mengenal orang china
dalam budaya melayu
tak ada masalah dengan orang china

orang china bawa mercun ke tanah melayu
lalu dikahwin kan dengan hari raya

...

ANG PAU
dari orang china juga
kita menerima budaya ang pau
budaya duit raya dalam sampul
diambil dari tradisi ang pau china
orang china beri ang pau dalam sampul merah
orang melayu tiru beri duit raya
dalam macam macam sampul


LiewChinTong "@scheekeong: Many may not know,one of PAS' founder,Hasan Kwantung was frm Hainan.He is also Pak Lah's grandfather"
25 minutes ago · reply · retweet · favorite

aisey, cina tongkang kawin melayu masuk islam terus tubuhkan parti islam semalaysia.
cucu dia masuk umno terus tido, bak iklan maxis:
apa makna umno?
mula2 tido, lepas tu bangun sahur, lepas tu boleh tido, lepas tu pegi pejabat, tak makan, tapi boleh tido, balik pejabat, boleh tido, pegi pasar ramadhan, boleh tido, lepas tu pegi solat tarawikh, boleh tido, lepas tu balik, boleh tido, buat kerjarumah, boleh tido, kemas file, tido!

lepas tu cucu dia ni bagi anak perempuan dia kahwin dgn si-menantu yg muka mamak2 sikit dan yg sikit2 suka rekrut mamat bangla...

habis rosak kerjamurni datuk dia dulu!

p/s kurang2nya kita dah tau gak asalusul susurgalur mat ngantuk; bila pulak nak dapat tau asalusul mamak 1keluarga? umur dia makin dekat ke hujung dah ni...

-average joe-
klakka-la.blogspot

nyah dorothy berkata...

sedap nampak tapai tu

market street berkata...

Selamat Hari Raya! Woooo hooo (menjerit sambil menangis)

Love the song much much............

Lain sikit sini, letak sebelah tradisi, mana praktikal dibuat. Mana tak praktikal...tak ikut.Nak cari lengkuas sikit punya susah sini......nak masak ayam lengkuas pun tak jadi.

Mari beraya sambil makan fresh pasta dan mushroom sauce, courtesy of mother in law..... tak lupa, blueberry pie dan aiskrim.



Tanpa Nama berkata...

teringat gua belajar uk dulu... kalau nak tegur budak2 junior malaysia (cina+melayu+india)yang baru datang dan excited + eksyen2 ala mat saleh rusa masuk kampung.. sila panggil belacan saja.. panggil jhonny dia tak kenal, panggil belacan, musti dia senyum kerang busuk giler punyer.. skrg kalo jalan area2 hyde park, aku nak pakai nama tapai pulak, nampak lebih cool dari belacan.. sekurang2nya tak la terasa kasar time aku guna belacan dulu.. huduh benar rasanya.. sesama budak medic pun gua main belasah jer.. kalo panggil belacan dia tak kelih, sah dia bukan orang malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Raya Isham, semua tim TT, peminat dan musuh TT. Kita semua suka yang original, tidak yang diciplah atau diubahsuai. Terima kasih juga kerna memberi kami peluang mendengar lagu ori saloma, terang bulan.. Peminat Tegar TT.

Militia Buruh berkata...

Selamat Hari Raya TT. Tak sabar nak makan rendang dan lemang. Dan main mercun tunderclap, gasing, mercun das, dan yadadadada.

Mainlah mercun ABC (Asal Bukan C4).
kahkahkah!!!! :D