Jumaat, 17 Ogos 2012
DUA HARI LAGI RAYA - JALAN BAIK BAIK KETIKA MEMANDU
A FISTFULL OF DOLLARS
ESOK SABTU KEMUDIAN AHAD KITA RAYA
bagitu cepat sebulan berlalu
maacam semalam aku rasa pening kepala
pada hari pertama puasa
sekarang tak tak rasa apa
tetiba raya pulak sampai
orang kata puasa ini dugaan
untuk aku tak ada apa dugaan
sama saje macam hari tak puasa
tapi badan terasa ringan
relax sikit
ESOK PETANG RAYA
aku akan balik ke jelebu
aku balik dengan dua geng
tiap tahun aku kena bawa balik kampong
curvey, siti, mami , marang, sepang
dan ujang semua tinggal - hanya ezi dan jai
aku bawa pulang
RENDANG DAN LEMANG
MERCUN MERCUN DAN BUNGA API
pagi tadi tokan mercun talipon
kapal sudah masuk
aku sudah dapat semua yang aku mahu
aku hanya perlu pegi brickfeild
beli minyak dan sumbu
ini untuk pasang pelita
tak ada pelita
tak ada mercun
tak ada tapai
untuk aku raya tak jadi
TAPAI TAPAI TAPAI
untuk aku selain dari rendang dan lemang
rukun raya orang melayu ialah tapai
aku rasa tapai adalah salah satu
warisan orang asli turun temurun
aku tak boleh bayang kan dunia tanpa tapai
SEGELAS AIR TAPAI - LAGI LAMA LAGI COOL
bayangkan dunia tanpa:
beer stout ale wine brandy
whisky tuak samsu todi dan tapai
bagaimana agaknya manusia dalam dunia
ini tidak tahu membuat penapaian?
MINUMAN TERBAIK DARI MALAYSIA
PULANG KE KAMPONG
nah sebenarnya rumah pusaka dah tutup
semenjak kedua orang tua meninggal dunia
hanya di buka untuk berhari raya
aku rasa banyak kawan kawan macam ini
MENUNGGU RENDANG ITIK
untuk aku yang masih bujang
maka aku akan pulang ke rumah pusaka
untuk mereka yang ada anak isteri
selamat buat perangai di hadapan
bapak dan ibu mertua kah kah kah
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
penapaian air nira terjadi dgn semulajadi...
drpd air gula
menjadi tapai
menjadi cuka.
maka nikmatilah anugerah alam semulajadi ini. selamat hari raya TT, hati2 main merceun, jgn sampai putus jari sudah:)
On the way dari Somban ke Kuala Pilah,lepas Ulu Bendul,banyak jual itik untuk buat lauk.Ada gulai itik,itik pang gang Dan itik salai.Sila lah kesana wahai tt yang bud iman.
Yang enjoy berharib raya adalah kanak-kanak yang tak puasa. Orang dewasa yang puasa apa dia yang nak dienjoy kerana masih bergelut untuk hidup selesa bagi keluarga masing-masing. Orang kaya pula berpura-pura enjoy raya kerana masih banyak hutang belum langsai. Orang super kaya pula tak boleh enjoy kerana kena jaga dan rasa risau sentiasa kerana harta mereka bakal akan kena dirompak.
Tapi semua sebelum raya bergedebang-bergedebum bersiap tapi tiba pagi syawal pertama bagaikan tiada lagi keterujaan raya walaupun pakai indah-indah dan smart.Betul lirik lagu p.ramlee : saat yang bahagia datang sekejab saja.....
ezi dan jai tu anjing2 kau kan? org2 kampung tak marah ke bwk balik anjing? haha
panas telinga mat2 serban baca apa tulis ni, isham. kau saje nak provoke mat2 serban kan? kah kah kah!
apa lah kau ni dah tua tapi masih lagi 'menapai'........kau puasa ikut doktrin apa? Kau ikut kitab apa? Kau ikut agama atau kau ikut budaya????
Kesian kau...sudah tua tapi masih ditakok lama....bukalah hati engkau melihat agama...jangan tutup terus...masa makin dekat...kau akan sampai kepenghujung...
gi mampus laaa Tanpa Nama 18 Ogos 2012 12:05 PG
sibuk sgt jadi lebai internet pehal. aku secara peribadi tak setuju dgn apa TT tulis tapi suka hati la sesiapa nak minum atau mkn apa pun. ko ade surat perlantikan dari Allah ke nak sibuk sgt jaga tepi kain org? poyo nak mampus
Mat serban tak panas macam kau dakwa...tapi mat serban makin lama makin tahu siapa TT sebenarnya...beliau telah menelanjangkan dirinya sendiri...
Apa provoknya? Sapa pun yang mengangkat tinggi darjat 'air kena tapai' ...ada sesiapa muslim nak bagi tabik kat spesis ini????
Selamat hari raya Hisham.
kalau driving, kurangkan yam seng ayer tapai. Siapa cakap semu alkohol haram.? Ulamak.? Pak arab,? Ulamak dan Pak Arab pun minum alkohol dalam ubat ubatan.
Selamat Hari Abang Isham...Janji Raya....tk balik kampung pergi le ke Daataran atau KLCC..ramai kawan kita- segala orang bujang, suami isteri, janda, duda..yang colourfull...sepet, pendek, panjang, hitam legam..semua ada,,, yang jauh2 semuanya tak balik raya....tiket ke Uganda dah abis...kah...kah...kah...
LOBAI,
JUMPO DI KLAWANG,
KODAI NO.8.
KODAI NOMBOR LAPAN MEMANG COOL. MEH GHAYOOO UMAH DEN KEK KOMIN...
Catat Ulasan