Rabu, 5 September 2012

ANAK MUDA - AKHIRNYA DUNIA INI ADALAH MILIK KAMU





KOMENTAR TUKAR TIUB

anak muda akhirnya
dunia ini adalah milik kamu

anak muda kamulah melakar dunia

anak muda
oltai hanya meminjam dunia ini dari kamu

lakukan lah apa saja
asalkan yang baik
lakukan sekarang



SALUT UNTUK ANAK MUDA YANG BERANI











GABUNGAN JANJI PUJI DUA ANAK MUDA KIBAR BENDERA SANG SAKA MALAYA
- minsider

Jurucakap Gabungan Janji Hishammudin Rais memuji anak muda yang mengakui mengibarkan bendera Sang Saka Malaya bertujuan untuk mengingati kembali sejarah para pejuang kemerdekaan yang telah dilupakan.

KUALA LUMPUR, 4 Sept — Gabungan Janji memuji dua anak muda yang mengakui bahawa mereka mengibarkan bendera kontroversi Sang Saka Malaya.

Menurut kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider, ini bertujuan untuk mengingati kembali sejarah para pejuang kemerdekaan yang telah dilupakan.

“Gabungan Janji menyeru semua ahli politik dan media terutama Utusan Malaysia untuk memberhentikan perangai bodoh mengancam anak-anak muda yang berani ini,” katanya dalam kenyataan media.

Gabungan Janji menggesa agar segala ancaman, gangguan dan tohmahan terhadap Janji Demokrasi dihentikan.

“Kedatangan orang ramai adalah bukti cinta mereka kepada negara.

“Mereka hadir ke Dataran Merdeka kerana mereka sedar banyak janji-janji kerajaan masih tidak ditunaikan.

“Gabungan Janji ingin sekali kali memberitahu bahawa Janji Demokrasi masih lagi menunggu janji-janji yang masih belum ditunaikan, seperti keluhuran perlembagaan, hukum perundangan yang lebih adil seperti menyokong hak kebebasan dan hak individu bersuara, menghapuskan semua undang-undang zalim, kebebasan media, dan pilihan raya yang bebas dan bersih.”

Gabungan Janji berkata, pada ambang merdeka, warga Malaysia yang berhimpun dan membuat tuntutan secara aman dan menurut mereka, ini diakui oleh Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.

“Tetapi peranan jahat untuk memulakan gangguan dan ancaman dimulakan oleh pihak kerajaan dan Utusan Malaysia.

“Pak Samad (Datuk A Samad Said) telah menulis sebuah sajak bernama “Janji Demokrasi” dan dibacakan pada malam ambang Merdeka 30 Ogos.

“Gabungan Janji meminta pihak polis dan kerajaan hentikan membuat perangai bodoh mengancam dan mengganggu ini.

“Pak Samad membaca sajak kerana itu adalah hak kebebasan beliau.

“Gabungan Janji tidak menyokong perbuatan memijak muka Najib dan Rosmah.

“Kami harap memijak gambar ini tidak akan berlaku lagi. Sesiapa yang melakukannya wajib bertanggung jawab,” katanya lagi.

Pada malam 30 Ogos yang lalu, Gabungan Janji telah mengadakan perhimpunan untuk menyambut hari kemerdekaan walaupun tidak diberikan permit oleh pihak polis dan DBKL, berjalan dengan aman dan meriah walaupun terdapat beberapa kontroversi seperti bendera Sang Saka Malaya dan memijak gambar perdana menteri, Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor.




PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham,

ni sey share maklumat yg kawan sey passkan kelmarin...

kot ado laie puak2 gerombolan n penyokong seadanya yg masih bongap ttg Sang Saka Malaya....

http://www.crwflags.com/fotw/flags/gb-eic.html


East India Company (United Kingdom)
www.crwflags.com

‎2011-06-10rob raesideeast india companyunited kingdomindiacross: st georgeFOTW homepagesearchdisclaimer and copyrightwrite usmirrors

Bendera Jalur Gemilang meniru bendera East India Company British...

cuma yg diubah adalah membuang Enlish St George Cross & Scottish St Andrew Cross yg digantikan dgn bulan sabit & bintang 13 persekutuan!