Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 5 September 2012

HENTIKAN PERANGAI BODOH DAN BANGANG





HIMPUNAN POPULAR JANJI DEMOKRASI







JANJI DEMOKRASI
4 September 2012

HENTIKAN ANCAMAN, GANGGUAN DAN TOHMAHAN TERHADAP JANJI DEMOKRASI

Gabungan JANJI mengucapkan ribuan terima kasIh dan tahniah kepada orang ramai kerana telah tidak mempedulikan gangguan dan ancaman dari pihak polis dan hadir pada malam 30 Ogos 2012 untuk merayakan ambang Merdeka. Kedatangan orang ramai adalah bukti cinta mereka kepada negara. Mereka hadir ke Dataran Merderka kerana mereka sedar banyak janji-janji kerajaan masih tidak ditunaikan.

Gabungan JANJI juga mengucapkan terima kasIh kepada semua yang memberi khidmat sukarela – pasukan perubatan, pasukan keselamatan Unit Amal, Majlis Peguam, Peguam Untuk Kebebasan, Pusat Guaman KL, SUARAM. Terima kasih dari Gabungan JANJI kerana menyokong program ini.

Gabungan JANJI ingin sekali kali memberitahu bahawa JANJI Demokrasi masih lagi menunggu janji-janji yang masih belum ditunaikan :

1 – Keluhuran Perlembagaan
2 - Hukum Perudangan :
a) menyokong hak kebebasan dan hak individu bersuara
b) menghapuskan semua undang-undang zalim
c) kebebasan media
3 - Pilihan Raya yang Bebas dahn Bersih

Pada ambang Merdeka , warga Malayaia – anak semua bangsa - telah membuktikan bahawa mereka berani berhimpun dan membuat tuntutan secara aman. Ini diakui oleh Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.

Tetapi peranan jahat untuk memulakan gangguan dan ancaman dimulakan oleh pihak kerajaan dan Utusan Malaysia.

Polis membuat kenyataan untuk menyiasat Datuk A.Samad Said kerana membaca sajak pada malam ambang Merdeka. Pak Samad adalah: Sasterawan Negara. Beliau juga pemenang hadiah Pejuang Sasterta (1976) , SEA Writer Award (1979), Sasterawan Negara ( 1985) dan Sasterwan Nusantara (1999).

Pada 28 Ogos 2012 Pak Samad telah menulis sebuah sajak bernama JANJI DEMOKRASI dan dibacakan pada malam ambang Merdeka 30 Ogops 2012. Gabungan JANJI meminta pihak polis dan kerajaan hentikan membuat perangai bodoh mengancam dan menggangu ini. Pak Samad membaca sajak kerana itu adalah hak kebebasan beliau.

Tentang SANG SAKA MALAYA – dua anak muda telah dengan gagah berani mengakui bahawa mereka mengibarkan bendera bersejarah ini. Ini bertujuan untuk mengingati kembali sejarah para pejuang kemerdekaan yang telah dilupakan. Gabungan JANJI menyeru semua ahli politik dan media terutama Utusan Malaysia untuk memberhentikan perangai bodoh mengancam anak-anak muda yang berani ini.

Akhir sekali, Gabungan JANJI telah memberitahu media pada malam 30 Ogos bahawa kami tidak menyokong perbuatan memijak muka Najib dan Rosmah. Kami tidak bersetuju dengan Najib dan Rosmah – cara kami ialah melalui perbincangan. Kami harap memijak gambar ini tidak akan berlaku lagi. Sesiapa yang melakukannya wajib bertanggung jawab.

Gabungan JANJI menyeru semua sektor – politikus, media dan pihak kerajaan agar tidak meneruskan perangai bodoh mempolitikkan pekara diatas. Janji Demokrasi datang ke Dataran untuk merayakan ambang Merdeka bersama orang ramai

Terima Kasih.

Dikeluarkan oleh:
GABUNGAN JANJI

Dipersetujui oleh:
1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

2. Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)

3. Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)

4. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)

5. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
6. EMPOWER

7. Memacu Arus Perjuangan (MAP)

8. Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM)

9. Jingga 13

10. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

11. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)

12. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)

13. Pro-Mahasiswa Nasional
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)

14. Asalkan Bukan Umno (ABU)

15. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)

16. KILL THE BILL

17. WARGA AMAN

18. SEED

19. Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)

20. Angkatan Rakyat Muda (ARM)

21. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

22. HIMPUNAN HIJAU
STOP LYNAS COALITION (SLC)

23. Radio Bangsar Utama (RABU)

24. UBU - Universiti Bangsar Utama
25. Unit Ehsan Malaysia
26. Alumnus Sekolah Politik (ASP)
27. Agent of Change (AoC)
28. Akademi Pak Sako (APS)
29. Selamatkan Teluk Rubiah
30. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
31. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
32. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)

33. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

34. Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur / Selangor (KLSCAH)

35. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)

36. Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR)

37. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)

38. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)

39. Kumpulan AL-FATEH Rompin

40. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
41. Suara Makkal
42. Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS)
43. Malaysian Youth Care Association (PERHATIN)
44. Peoples' Welfare and Rights Coalition (POWER)
45. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
46. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
47. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"LONDON – Beberapa saudara-mara kepada 24 rakyat Malaysia yang menjadi penoreh getah kalah dalam kes pembunuhan yang dilakukan askar-askar British pada tahun 1948.

Dalam kes itu, mereka menuntut satu inkuiri dilakukan kerajaan Britain berhubung kejadian tersebut.

Keputusan sesi itu diumumkan di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Askar-askar British mengepung ladang getah Sungai Rimoh di Batang Kali, Selangor pada 12 Disember 1948.

Dalam kejadian itu, askar-askar tersebut membunuh 24 pekerja dan membakar kampung mereka.

“Kami akan membuat rayuan,” kata seorang peguam bela kumpulan rakyat Malaysia itu, John Halford.

Salah seorang saudara-mara itu, Chong Koon Yin berkata, beliau kecewa dengan keputusan tersebut.

Kumpulan rakyat Malaysia itu meminta satu siasatan dilakukan supaya permohonan maaf dan pampasan dikeluarkan berhubung kejadian tersebut. – AFP"

Berdasarkan berita di atas, kekejaman juga dilakukan oleh tentera British. Selama ini kita hanya dimomokkan dengan kekejaman gerila PKM. Renungkan

Tanpa Nama berkata...

Mamat mamat bangang bawa bendera Indon. Kala nak pun tukar bendera cati ide bagus sikit!

Tanpa Nama berkata...

Tengok dah kat YouTube 萧亚轩被大马富商刘德祖求婚影片Wedding Proposal by Low Taek Jho to Elva Hsiao. Si taik julur2 spend money 5juta utk porpese seorang artis Taiwan but at the end, di reject alasan anggap sebagai adik beradik? Tu tak penting.myang penting, mohon disiasat apa kerja di taik ni
P/s tak dapat search, lihat sendiri di sini
http://www.rotikaya.com/jutawan-malaysia-belanja-rm5-juta-untuk-pikat-hati-bintang-pop-taiwan/#more-32757

Tanpa Nama berkata...

Syabas buat semua..

Rakyat Malaysia keseluruhanya adalah yang beradap berbudi dan bertolak ansur cuma segelintir yang merosakan keharmonian ini harus dikenalpasti dan diambil tindakan oleh semua..