.

Isnin, 14 Mac 2016

BERITA SEDIH LAGI PILU





BERITA SEDIH

MEMiLUKAN

KAMI PEMBACA

MENITIS AIR 

MATA SEDIH

DALAM SUASANA

TERKINI  SiNAR

SATU CAHAYA 

SEBIJI MUTiARA

HILANG PERGi



Selamat tinggal daripada The Malaysian Insider



Selamat tinggal semua pembaca yang jauh dan dekat, dan kepada mereka yang membaca kami di Malaysia meskipun mendapat sekatan daripada kerajaan.
The Edge Media Group membuat keputusan menutup The Malaysian Insider bermula tengah malam hari ini, atas alasan komersial. Mungkin ini masa yang sesuai kami bersiaran secara offline bermula bulan ini.
Saya berharap kami sudah memberikan khidmat terbaik kepada anda sejak hari pertama penerbitan langsung kami pada 25 Februari, 2008. Dan saya berharap yang lain akan terus memberikan perkhidmatan kepada anda ketika ketiadaan kami.
Kami bekerja sebagai wartawan yang tidak berat sebelah untuk memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dan pembaca lain supaya mereka beroleh keputusan yang baik. Kami bekerja untuk membolehkan suara semua pihak didengar.
Tetapi kerja kami di The Malaysian Insider kini berakhir dalam Malaysia yang pada masa ini memerlukan lebih banyak lagi kejelasan, ketelusan dan maklumat.
Semuanya sudah diluahkan dan dibuat, saya mengucapkan terima kasih kepada setiap daripada anda di Malaysia, seluruh dunia, dan kepada mereka yang bersama dengan The Malaysian Insider dari hari pertama hingga kini atas segala sokongan, ucapan dan kritikan sepanjang 8 tahun dan 18 hari yang hebat untuk The Malaysian Insider.
Saya tidak akan berhenti menulis, saya tidak akan berhenti merakamkan gambar, saya tidak akan diam dan saya tidak akan pejam mata atau memekakkan telinga terhadap apa yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Dan saya minta anda buat perkara yang sama.
Dan saya akan selalu jadi peminat tegar portal berita yang bernama The Malaysian Insider.
Selamat tinggal.

* Jahabar Sadiq menguruskan The Malaysian Insider, hingga malam ini.
- See more at: http://www.unblockaccess.com/service/page.php?u=27n3y%2BZXDMea%2Fa%2FRAT%2BIHX4lt6arpR9Ar2vS9Fq3Evr1SaiIS7C%2BujYFizJG0pVLEm321QT6Xvi3UzA1sIdgKrirFIx%2F6yeEsbeeCz7BoL9K2ZwUN3ve1IW4I1GU&b=5#sthash.n5NTb73s.dpuf



------------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lepas ni TT pulak kena block.

Tanpa Nama berkata...

Apsal nk tutup.. Cian kepada peminat setia tmi..penat2 cari kaedah supaya still blh baca tmi walaupun dsekat..harap tmi buka la yg baru

Tanpa Nama berkata...

TMI ini buka OTAK OTAK MELAYU

Makin Benggap lah kalau tak ada TMI

Semua jadi Bahslol lah gaya nya

BUDAK SOTONG tu sampah , BANGLA pun ada Nilai Ekonomi

Melayu memang BODOH kot.....