Isnin, 10 Julai 2017

NAJIB LANGGAN BOMOH KEBAL





NAJIB LANGGAN  BOMOH KEBAL


KENYATAAN MEDIA

Salah guna kuasa dalam melanjutkan perkhidmatan Tuan Haji Raus dan Tuan Haji Zulkefli

Perlanjutan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tuan Haji  Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tuan Haji Zulkefli Ahmad Makinudin selama tiga dan dua tahun dari tempoh tamat perkhidmatan mereka, iaitu 4 Ogos dan 28 September 2017, teramat berkontroversi.
Pada awal Mei tahun ini, Majlis Peguam yang cukup fasih dalam perihal perundangan telah menyatakan dengan jelas bahawa perlantikan sebegini melanggar perlembagaan dan tidak sah.

Majlis Peguam menjelaskan yang peruntukan Perlembagaan jelas bahawa jawatan "hakim tambahan" di bawah Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan berbeza dari jawatan tertinggi di dalam bidang kehakiman, iaitu Ketua Hakim Negara. Hakim-hakim tambahan boleh dilantik Yang Di-Pertuan Agong di atas nasihat Ketua Hakim Negara yang masih berkhidmat, selain daripada jawatan-jawatan yang termaktub di dalam Perkara 122(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, dua Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak serta 11 Hakim Mahkamah Persekutuan.

Maka pengumuman Pejabat Perdana Menteri bahawa perlantikan terbaharu ini dibuat atas nasihat Ketua Hakim Negara yang baru bersara April lalu perlu dipersoal. Amatlah jelas bahawa nasihat (jika benar ia diberikan) tidak terpakai setelah Ketua Hakim Negara yang dahulu tamat perkhidmatan.

Seorang bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad telah mengesahkan pandangan Majlis Peguam dan memberi amaran bahawa melanjutkan perkhidmatan seorang Ketua Hakim Negara yang bakal tamat tempoh perkhidmatannya dengan menggunakan kuasa lantikan "hakim tambahan" bakal menjejaskan kebebasan badan kehakiman. Peguam tersohor dan bekas hakim  Seri Gopal Sri Ram dan ramai lagi pakar perundangan bersetuju dengan pandangan bekas Ketua Hakim Negara ini. Tindakan ini akan mewujudkan duluan (precedent) di mana hakim-hakim akan membuat keputusan untuk memuaskan cabang eksekutif demi mendapatkan habuan iaitu lanjutan tempoh perkhidmatan dengan cara yang meragukan ini.

Perlantikan semula Tuan Haji Raus dan Tuan Haji  Zulkefli sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan wajib, mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong di atas nasihat Najib selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Umum tidak mengetahui sama ada Majlis Raja-Raja telah bersetuju dengan langkah perlantikan yang terlalu berkontroversi ini.

Saya akan membincangkan perkara ini secepat mungkin dengan pimpinan Pakatan Harapan untuk membuat rayuan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar satu pendirian tetap boleh dibuat mengenai perkara ini sambil menjunjung kedaulatan undang-undang. Saya juga akan memasukkan usul di dalam sidang Parlimen akan datang untuk membatalkan perlantikan-perlantikan ini. Najib perlu dihalang dari terus merosakkan kebebasan badan kehakiman negara ini.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

8 Julai 2017






---------------

3 ulasan:

Didi kota belud berkata...

DACHOO asal sewelesi akan menyewelesikan semua sistem kerana pelir DACHOO kena letak cincin tayam letrik batri 12 watt... Jari lebam picit punat.. Menyalak kau sakit dia... Hehhehehe... Serik sudah DACHOO...serik.... Hehehhehehh

Tanpa Nama berkata...

ada fulus, semua beres
tarak fulus, tarak beres.....????

Tanpa Nama berkata...

dua2nya adalah tuan HAJI..sial apakah islam ini apabila rukun dilengkapi tapi perangai megalahkan syaitan besar...