.

Isnin, 10 Julai 2017

TANGKAP DAKWA PENJARA





NAJIB YANG SEPATUTNYA TINGGALKAN DUNIA POLITIK

Kenyataan Media | 10 Julai 2017


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa Anwar Ibrahim, Dr Mahathir dan Lim Kit Siang untuk meninggalkan pentas politik.

Semua sedia maklum bahawa ketiga-tiga tokoh ini sememangnya digeruni oleh Umno BN kerana sering memperjuangkan permasalahan rakyat. 

Bukankah lebih baik sekiranya Khairy menasihatkan pimpinan dalam partinya sendiri yang terpalit dengan rasuah dan kegagalan mentadbir ekonomi negara, Najib untuk meninggalkan politik?

Jangan secara berterusan untuk memperdayakan rakyat yang berfikiran waras untuk menilai, siapa yang memberi manfaat dan siapa pula yang merosakkan negara.

Adakah dengan gesaan seperti ini hanya akan lebih memudahkan pemimpin UMNO-BN untuk terus merompak hasil kekayaan negara? Cukuplah negara kini sudah terpalit dengan pelbagai isu seperti 1MDB. 

Dengan pelbagai isu yang menghantui kehidupan seharian rakyat seperti bebanan kos sara hidup, kenaikan harga barangan, penghapusan subsidi, GST, rasuah dan penyelewengan duit rakyat. 

Saya yakin pada PRU akan datang, rakyat akan menilai sendiri dan menuntut perubahan agar negara tidak lagi ditadbir oleh golongan penyamun dan perompak

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN






--------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wow kj dah bersuara, nik nazmi dah sambut.

Korang ni mmg tak patriotik langsung, kj kan sibuk berlatih polo utk sukan sea, target utk dapat emas utk negara, korang jangan ganggu dia boleh tak???

Bandan mulia berkata...

Ini bangla ibarat kiambang...pucuk tak naik dan akar tak cecah di tanah. Jadi wakil rakyat secara berhelah dan tak mengenal rakyat yang diwakili. Yang bangang adalah rakyat rembau jua adanya. Apa cerita ecm-libra??????

Didi kota belud berkata...

Dari khairy kepada rakyat... Bodoh boleh.. Gila pun boleh... Dari rakyat kepada khairy... Gila boleh.. Bodoh .....sorry.. Ko bodohlah sorang2