.

Isnin, 10 Julai 2017

SARAWAK MERDEKA




SARAWAK

NAK MERDEKA

MUSTAHIL 

TAK FAHAM

NOTA:
pergi ke london
untuk memberi tanda
bahawa rakyat sarawak
tidak puas hati 
dengan apa yang berlaku
dalam negara sekarang

kalau nak tahu
isi perjanjian 1963
tak perlu pergi london
dalam arkib ada
dalam parlimen ada
dalam buku pun ada

terbang ke london
bertujuan 
untuk memberi tanda
untuk memberi makna
bahawa projek malaysia
akan gagal terbarai
MA1963: Anwar gesa PM segera bertindak
SHAH ALAM - Bekas Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim menggesa agar Najib segera bertindak mengenai tindakan Sarawak meneliti semula perjanjian Malaysia 1963 (MA1963).

Menurutnya, hak negeri dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan terutama Sabah dan Sarawak perlu diberi perhatian serius dan segera.

“Saya menggesa Najib supaya berlapang dada mengkaji punca kegelisahan dalam konteks MA1963.

“Ternyata tindakan beliau dan kerajaan BN selama ini memberikan peruntukan dan perhatian sekadarnya, gagal mengawal keadaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung MA1963 bagi menentukan hak-hak sebenar negeri itu yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.

Sementara itu, Anwar mendakwa usaha Kerajaan Negeri Sarawak merujuk syarikat guaman United Kingdom (UK) membayangkan mereka kurang yakin dengan Jabatan Peguam Negara untuk memberikan penafsiran bebas dan adil.

“Penubuhan syarikat minyak milik negeri, Petras untuk menjana pertumbuhan dalaman dan memberi pendedahan kepada anak negeri adalah dialukan memandangkan persepsi di kalangan rakyat Sarawak bahawa Kerajaan BN Persekutuan telah mengabaikan kepentingan mereka di sana.

“Oleh itu, Kerajaan tidak boleh meremehkan langkah tersebut kerana ia memberikan implikasi yang luas terhadap hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Negeri-Negeri terutama Sarawak.

ANWAR ANTI

NASIONALIS

SARAWAK?

PH PUN NAK

SAMA JAJAH

SARAWAK?




---------------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1 pergi LONDON sandiwara aje
sebab; dah 5 puluh tahun pon tak tahu lagi ke?
mana 18 syarat?
mana 20 syarat?
mana batu bersumpah?
apa dah jadi!

2 arkib negara ko banyak AUTA, banyak surat dah HILANG
LONDON lebih baik, lepas 30 tahun, semua surat KERAJAAN dibuka

3 bila tarikh materai perjanjian? dah MURDERkah ke belum?
bukan 16 September 1963, tapi lebih awal lagi!
sebelum SARAWAK merdeka lagi. Masa tu SARAWAK masih dalam tangan BRITISH.
kalo macam tu, perjanjian MA63, tak betul...




patutlah banyak yang TAO cerita FAKTA, akan cakap,:
satu jantan MAO kahwin 4 gundik sekaligus, (MAO madu dengan 4)
tapi satu tak MAO madu, tak jadi kahwin....sehari sebelum kahwin...
tiga yang kena tipu...
lepas 2 tahun, satu cerai....
tinggal yang 2 bodoh...sampai sekarang...


LAGI BAIK PECAH!
Yang tak MAO kahwin, nilai matawang dah naik!
Yang dah cerai, nilai matawang pon naik.
Tinggal jantan GATAL dan 2 betina bodoh....nilai matawang jatuh merudum........jatuh teruk!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Apa kata kelantan ikut jejak sarawak. Boleh jadi negara serambi mekah, amacam?

Tanpa Nama berkata...

Aik??
The Tunku Mahkota Johor did the right thing by speaking up on what he thinks is the truth. He is a person who has the courage to speak his mind on matters of national interest in a blunt manner, Sarawak Deputy Chief Minister James Masing said.
I appreciate and admire TMJ’s wisdom and courage to take a stand and be on the people’s side.
It’s not easy for a member of the royal family to be so critical of the nation’s leadership.
TMJ is an exceptional ruler in this instance...

Ayat timbalan km sarawak ni secara tak langsung mengetuk kepala najib dan songkok tinggi ni. Perang bermula? Sarawak tarik deposit?? Popkon ada???

Tanpa Nama berkata...

gundik si MALAYA dah merajuk!
anak SARAWAK makin pandai,
anak SARAWAK kata wajib CERAI dengan MALAYA!!!

oi,
najeeb!
cepat pujuk dengan minah bernama SARAWAK tu
jangan takut dengan BIK MAMA
kalo takut, cepat makan "nasi brani goreng" masakan si MASLAN,
lepas makan, pakai jet, pujuk dengan minah tu......
lepas tu, tabur "THE DUCK" dengan anak kat SARAWAK tu!

sekarang wujud BIK MAMA ke SARAWAK, satu aje?
wajib pilih satu dengan cepat!
jangan sampai minah SABAH tu merajuk pulak!

Tanpa Nama berkata...

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji atas peti,
Sorong kanan tarik depan,
Buah naji atas mati.

Tuan haji bakhil, ada orang di luar mahu jumpa dengan tuan haji...
Siapa?! Dia mahu mintak derma kah? Katakan saya tiada!
Dia cikgu muda, lawa, tuan haji!
Iyekah?? Okey, tunggu.. tunggu.. okey kasi dia masuk.. cepat! Kasi dia masuk sekarang! Saya bagi dia derma 2.6 biliyon darham! Kamu, saya kasi upah, kamu boleh order DUA roti saya! Heheheh.... Ini bukan sebarang haji, ini haji bughis tauuuu..!!