Selasa, 30 April 2024

COVID-19 PROJEK KONTROL DUNIA



AstraZeneca akui vaksin Covid-19 boleh sebabkan darah beku


ASTRAZENECA mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin Covid-19 yang digunakan secara meluas boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku, termasuk pembekuan darah dan kiraan platelet yang rendah.

Gergasi farmaseutikal itu mengakui buat kali pertama dalam tuntutan mahkamah yang difailkan di UK bahawa vaksin itu boleh “dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS”, atau Trombosis dengan Sindrom Thrombocytopenia.

Sindrom ini dicirikan oleh pembekuan darah dan kiraan platelet darah yang rendah pada manusia.

“Adalah diakui bahawa vaksin AZ boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS. Mekanisme penyebabnya tidak diketahui,” kata syarikat itu dalam dokumen mahkamah pada Februari, lapor The Telegraph.

Malaysia adalah antara negara yang menggunakan vaksin AstraZeneca dalam memerangi Covid-19. Vaksin itu dilabelkan sebagai ChAdOx1-S (Rekombinan) di Malaysia.

Menurut data Kementerian Kesihatan, Malaysia membekalkan kira-kira 14 juta dos vaksin AstraZeneca.

Vaksin AstraZeneca, berjenama Covishield di UK, telah dibangunkan oleh syarikat British-Sweden dengan kerjasama Universiti Oxford, UK, Ia dihasilkan oleh Institut Serum India dan diedar secara meluas di lebih 150 negara.

Beberapa kajian yang dijalankan semasa wabak itu mendapati vaksin itu adalah 60% hingga 80% berkesan dalam melindungi daripada novel coronavirus.

Bagaimanapun, penyelidikan telah mendapati Covishield boleh menyebabkan sesetengah orang mengalami pembekuan darah, yang boleh membawa maut.

Tuntutan yang difailkan di UK mendakwa bahawa vaksin itu membawa kepada kematian dan kecederaan parah dan meminta ganti rugi sehingga £100 juta untuk kira-kira 50 mangsa.

Salah seorang pengadu mendakwa vaksin itu menyebabkan dia mengalami kecederaan otak kekal selepas mengalami pembekuan darah, menghalangnya daripada bekerja.

Pengakuan oleh AstraZeneca dalam dokumen mahkamahnya bertentangan dengan desakan syarikat pada 2023 bahawa ia “tidak akan menerima bahawa TTS disebabkan oleh vaksin pada peringkat generik”.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum ini telah mengesahkan bahawa vaksin AstraZeneca boleh mempunyai kesan sampingan yang mengancam nyawa. – 30 April, 2024.


SEMAKIN JELAS

SEMAKIN TERBUKTI

COVID-19 IALAH

PROJEK AWAL CARA

NAK KONTROL

DUNIA

AMIN

SAMBIL BUAT DUIT

SAMBIL JUAL

KETAKUTAN

AMIN

PFIZER TERBUKTI

TAK MUJARAB

MALAH BAWA

 BAHAYA

AMIN

HARI INI 

ASTRAZENECA

VAKSIN KARUT

AMIN 

MALAH TUTUP

MUKA JUGA 

DIBUKTIKAN

KERJA KARUT

NAK BERI TAKUT

AMIN

COVID PROJEK

GLOBALIS NAK

KAWAL DUNIA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: