Selasa, 30 April 2024

KASINO KERAJAAN MADANI - SAMAN BLOOMBERG



Anwar perlu ambil tindakan undang-undang jaga namanya selepas laporan kasino Bloomberg, kata peguam

Seorang peguam mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang sebelum ini giat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mencalar imejnya masih belum mengumumkan apa-apa tindakan serupa terhadap Bloomberg, susulan laporan yang mendakwa beliau bertemu dua taikun terkenal bagi membincangkan rancangan membuka sebuah kasino di Forest City.

Haniff Khatri Abdullah memberi contoh tindakan saman difailkan Anwar terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, tidak lama selepas dilantik perdana menteri, berhubung ucapan pemimpin PAS itu yang disifatkan fitnah ketika pilihan raya umum yang lalu. 

"Jika Sanusi dia boleh saman, kenapa pula ini dia belum mahu cakap dia mahu saman (Bloomberg) atau tidak?" kata Haniff.

Dalam penyataan tuntutannya, Anwar mendakwa Sanusi memfitnahnya sebagai seorang tidak bermoral berkait sabitannya dalam kes liwat pada 2015, di sambing berkata ucapan itu tersebar luas di media sosial. 

Anwar turut mendapatkan perintah injunksi dari mahkamah untuk menghalang Sanusi mengulangi ucapan yang didakwa fitnah itu dalam apa jua bentuk termasuk sindiran.

Haniff berkata, buat masa ini, adalah penting Anwar menuntut Bloomberg menarik balik laporan itu dan membuat permohonan maaf.

Menurut Haniff, laporan Bloomberg itu bukan mengenai sama ada ianya tepat ataupun tidak, tetapi perkara utama ialah ia memetik nama Anwar yang kemudiannya menafikan dakwaan terhadapnya. 

"Nama Anwar Ibrahim memang disebut, jadi kalau perdana menteri sendiri buat kenyataan pada hari sama mengatakan itu laporan tipu, palsu, maka jadi tanggungjawab dia untuk saman," Haniff memberitahu MalaysiaNow. 

Dalam laporan yang diterbitkan minggu lalu, Bloomberg berkata Anwar bertemu dengan ahli perniagaan Vincent Tan dari Berjaya dan Lim Kok Thay dari Genting, serta wakil Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, untuk membincangkan sebuah cadangan membuka kasino di Forest City.

"Anwar, pegawai kanan kerajaan dan beberapa ahli perniagaan mengadakan mesyuarat makan tengah hari mengenai kemungkinan meluluskan lesen untuk kasino kedua Malaysia," kata laporan itu, yang menyifatkan perbincangan itu masih di "peringkat awal".

Laporan itu muncul lapan bulan selepas Anwar mengumumkan penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City untuk meningkatkan ekonomi Johor dan menggiatkan semula projek mega itu yang kini dilabelkan "bandar berhantu".

Ketika ditanya pemberita, Anwar berkata laporan itu satu pembohongan, tetapi tidak menyatakan sama ada akan menuntut syarikat media berpangkalan di AS itu menarik balik laporan tersebut. 

Sebaliknya, Anwar menyeru semua pihak yang dinamakan dalam artikel itu untuk "mengambil tindakan yang perlu".

'Anwar perlu tunjuk teladan'

Bagaimanapun, Haniff mempersoalkan mengapa Anwar menyuruh pihak lain mengambil tindakan sedangkan reputasi beliau yang lebih berisiko terjejas berbanding dua taikun lain yang sememangnya sudah terlibat dalam industri perjudian.

Malah katanya, walaupun laporan itu memberikan persepsi buruk terhadap pemimpin Islam, ia mungkin meningkatkan kredibiliti ahli perniagaan lain kerana amalan judi bukan dianggap satu kesalahan di sisi agama.

"Tapi yang jatuh maruah adalah dia (Anwar). Memang kena ambil tindakan (undang-undang). Bagi saya tidak ada alasan sebab pertama dia kata laporan itu palsu dan kedua dia nyatakan siapa yang dinamakan kena ambil tindakan.

"Dialah tu!" tambahnya.

Kedua-dua taikun Tan dan Lim yang dinamakan dalam laporan itu masing-masing memiliki francais judi Sports Toto dan satu-satunya kasino di negara ini.

Haniff berkata laporan itu bukan sahaja menjejaskan reputasi kerajaan Malaysia di mata rakyat yang majoritinya beragama Islam, tetapi juga imej Anwar sebagai pemimpin sebuah negara Islam di dunia Islam.

Haniff turut membuat perbandingan dengan tindakan pantas pihak polis menangkap seorang aktivis yang mengulas mengenai dakwaan Bloomberg itu.

Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai Chegubard, ditahan polis sejurus selepas memuat naik ulasannya mengenai laporan itu.

Menurut peguamnya, Chegubard disiasat di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

MalaysiaNow telah cuba mendapatkan komen Pejabat Perdana Menteri mengenai tindakan susulan, di samping Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia  yang sebelum ini kerap mengeluarkan amaran kepada badan media tempatan atas laporan yang disifatkan "palsu".


ANWAR TUDUH

BLOOMBERG FITNAH

KAH KAH KAH

KALAU FITNAH

MENGAPA TAK SAMAN

AMIN

KALAU TAK SAMAN

RAKYAT INGAT

LAPORAN BERITA

KASINO MADANI

ADALAH BETUL

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Heee...heee ketua yang jaga agama pun tumpang sekaki nakkan kasino. Kasihannya umat islam di Malaysia ni!!!!