Khamis, 28 November 2024

MALAPETAKA IKLIM BAWA MAUT



27 maut akibat tanah runtuh di Sumatera

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 27 mangsa maut akibat tanah runtuh di Sumatera, Indonesia hari ini manakala ramai lagi masih hilang, menurut seorang pegawai.

Pasukan penyelamat Indonesia kini giat mencari penumpang terperangkap dalam sebuah van mini yang terbenam dalam lumpur selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda beberapa lokasi di wilayah Sumatera Utara.

Hujan lebat yang melanda wilayah terbabit sejak minggu lalu menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di empat daerah, menurut agensi bencana Indonesia.

Tanah runtuh di sebuah kampung di Deli Serdang pada Rabu meragut tujuh nyawa dan mencederakan 20 orang, kata jurucakap polis Sumatera Utara, Hadi Wahyudi, kepada Reuters.

Pasukan penyelamat sedang mencari mangsa yang hilang, termasuk penumpang van mini dan kenderaan lain yang terperangkap dalam tanah runtuh di jalan berbukit antara wilayah, katanya, sambil menambah beliau tidak dapat memberikan anggaran jumlah mangsa yang terlibat.

Di lokasi lain, pasukan penyelamat menemui 20 mayat sejak operasi pencarian bermula hujung minggu lalu, dengan dua mangsa masih belum ditemukan.

"Hari ini, kami menumpukan usaha pencarian mangsa hilang dan membersihkan jalan yang terjejas akibat tanah runtuh," kata Hadi, sambil menambah jentera pengorek tanah telah dikerahkan ke lokasi.

Tanah runtuh dan banjir kilat itu turut merosakkan rumah, masjid, dan sawah padi.

Hujan lebat turut menyebabkan banjir di ibu kota wilayah, Medan, sehingga mengganggu proses pengundian pilihan raya tempatan di beberapa pusat mengundi.

Cuaca melampau dijangka berlaku di Indonesia menjelang penghujung 2024, berikutan fenomena La NiƱa yang meningkatkan taburan hujan di kepulauan tropika itu, menurut amaran agensi cuaca negara. - REUTERS

AL-FATIHAH

AMIN

INI TANDA JELAS

MALAPETAKA 

IKLIM

MEMBAWA MAUT

KHALAS

Tiada ulasan: