Khamis, 28 November 2024

BANJIR MAKIN TEROK



Kedai tenggelam, dataran niaga Kampung Bantal dua kali dilanda bah dalam 48 jam


JERANTUT: Dataran niaga di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, dekat sini dilanda banjir kali kedua dalam tempoh kira-kira 48 jam apabila air Sungai Tembeling melimpah semula tengah malam tadi.

Banjir kali pertama surut pada jam 12.30 tengah malam kelmarin sebelum air Sungai Tembeling kembali melimpah kira-kira 12.30 tengah malam tadi berikutan hujan berterusan di kawasan hulu Sungai Sepia yang melalui Kampung Gusai dan Sungai Tembeling.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bantal, Hamdan Ali, berkata arus kedua-dua sungai berkenaan bertembung dan mengakibatkan banjir melanda semula.

"Kejadian hujung tahun seperti ini sudah lumrah bagi penduduk di sini serta petempatan lain di sepanjang Sungai Sepia dan Sungai Tembeling. Kami sudah bersiap sedia lebih awal serta berwaspada berdepan kemungkinan banjir lebih besar, di samping mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya ketika ditemui.

Katanya, penduduk sudah melakukan persiapan sejak awal November, termasuk pemilik perniagaan di dataran niaga kampung itu yang mengemas peralatan berniaga dan menutup operasi premis.

Sementara itu, penduduk, Jamizan Rashid, 45, berkata banjir berulang semula di kawasan itu berikutan keadaan cuaca tidak menentu dan air Sungai Tembeling belum surut sepenuhnya.

"Tahun lalu, sebanyak dua kali air sungai melimpah masuk ke dataran ini, surut dalam tempoh antara lapan hingga 12 jam kemudian.

"Penduduk di sini sudah kerap berdepan bencana ini, jadi kami dan penduduk sepanjang Sungai Tembeling sentiasa berwaspada, patuh arahan pihak berkuasa ketika paras air Sungai Tembeling naik mendadak," katanya.

Katanya, memandangkan cuaca tidak menentu dan hujan masih berterusan di kawasan hulu Sungai Sepia yang melalui Kampung Gusai dan bertembung dengan arus Sungai Tembeling, kemungkinan banjir berulang melanda dataran niaga itu adalah tinggi.

SABAN TAHUN

HUJAN AKAN

LEBIH LEBAT

BANJIR AKAN

LEBIH DALAM

LEBIH KERAP

LEBIH MELUAS

AMIN

INI AKIBAT DARI

DUNIA YANG

MAKIN PANAS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: