Rabu, 11 Mac 2026

IRAN TOLAK GENCATAN SENJATA


SIKAP TEGAS

TERUS PERANG

AMIN

GENCATAN SENJATA

TUJUAN UNTUK

SELAMATKAN

ISREAL 

AMIN

SELAT HORMUZ

JADI SENJATA

AMIN

KHALAS


'Iran pasti tidak akan minta gencatan senjata' - Tehran bertegas walaupun Trump tingkatkan ugutan

TEHRAN: Iran kekal berpendirian tegas tatkala letupan terus menggegarkan Tehran, semalam, dengan menekankan bahawa pihaknya tidak akan meminta gencatan senjata walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, meningkatkan ugutannya berkait Selat Hormuz.

Konflik semakin meruncing itu meletus sejak 28 Februari lalu selepas AS-Israel melancarkan serangan ke atas Iran sehingga mengorbankan Pemimpin Agung republik Islam itu, Ayatollah Ali Khamenei, sekali gus mencetuskan perang terkini di Asia Barat.

Malah, krisis itu turut menjejaskan pasaran tenaga dengan Tehran semalam berikrar tiada eksport minyak mentah akan meninggalkan Teluk jika serangan berterusan.

Terdahulu, Pentagon mengumumkan pasukannya telah melancarkan serangan paling sengit, setakat ini, namun Iran kekal enggan tunduk kepada tekanan musuh.

Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf yang juga bekas komander utama Pengawal Revolusi, menekankan penegasan jelas dalam hantaran berbahasa Inggeris melalui X.

"Kami pasti tidak akan meminta gencatan senjata.

"Kami percaya penceroboh mesti dihukum dan diberi pengajaran yang akan menghalang mereka daripada menyerang Iran lagi," katanya.

Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, sebelum ini berkata semalam adalah satu lagi hari yang menyaksikan pelancaran serangan paling sengit terhadap Iran - dengan paling banyak pesawat pejuang dan pengebom.

Semalam, Pentagon memaklumkan bahawa kira-kira 140 tentera AS mengalami kecederaan sejak perang itu meletus. Setakat ini, tujuh kematian telah diumumkan.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Iran mendakwa Israel membunuh empat diplomatnya di sebuah hotel di Beirut, Lubnan, dalam kejadian yang disifatkan oleh Tehran sebagai 'serangan pengganas'.

Perwakilan Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu surat kepada Setiausaha Agung PBB, berkata serangan pada Ahad lalu itu menyebabkan empat diplomat Iran syahid.

Tentera Israel dilaporkan telah mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Semalam, Duta Iran ke PBB, Amir Saeid Iravani, mendakwa Majlis Keselamatan badan antarabangsa itu tidak mempedulikan apa yang dipanggilnya sebagai 'serangan pengganas yang teruk serta jenayah perang'.

"Majlis Keselamatan menutup mata terhadap pelanggaran serius itu walaupun tanggungjawab utamanya bawah Piagam PBB ialah mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa," katanya kepada pemberita di New York.

Tiada ulasan: