DEMI CONTENT
DEMI TUHAN BARU
BERNAMA ALGO
MANUSIA AKAN
LAKUKAN APA SAJE
AMIN
ADA PIJAK QURAN
ADA SENAM MASA
SEMBAHYANG
AMIN
BERTUL KE
DEMI CONTENT ?
MANA BUKTI ?
AMIN
BUKTI MUDAH
ADA MEMBER
RAKAM GAMBAR
KETIKA
NAK BAYAR ZAKAT
NAK SEDEKAH
KHALAS
Seorang gadis berbangsa Cina bukan sahaja mencuri perhatian kerana mengenakan tudung ketika bulan Ramadan, malah videonya menunaikan zakat turut tular di media sosial.
Canny Lock, 35, berkata rasa ingin tahu mengenai zakat timbul selepas dia melewati meja kaunter pembayaran zakat di Bazar Ramadan USJ 4, Subang, minggu lalu.
Dia mengakui tidak pernah mengetahui apa-apa mengenai zakat sebelum ini.
“Kebetulan saya lalu di meja pembayaran zakat, jadi saya tanya apa itu zakat dan boleh ke orang bukan Islam nak bayar zakat?” katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Canny, amil yang bertugas di situ memaklumkan orang bukan Islam tidak diwajibkan membayar zakat, dan sebarang bayaran yang diterima akan dikira sebagai sumbangan umum atau sedekah kepada institusi kebajikan seperti Baitulmal bagi membantu golongan asnaf.
Pun begitu, Canny meneruskan niatnya namun enggan mendedahkan jumlah sumbangan yang diberikan.
Video tular itu kini meraih kira-kira 1.8 juta tontonan di akaun TikToknya.
Menurutnya, kebanyakan warganet khususnya yang beragama Islam memberi komen positif terhadap tindakannya. Video itu juga dianggap memberi ilmu baru kepada penonton, sama ada beragama Islam atau tidak.
Namun, Canny tidak mengendahkan segelintir netizen yang menganggap tindakannya sekadar “wayang” di media sosial.
“Semua orang ada pandangan mereka tersendiri, jadi selalunya saya abaikan saja,” katanya.
Dia mengakui selepas videonya tular, jumlah tontonan dan pengikut di TikTok semakin meningkat.
Tambah bekas graduan undang-undang dari University of London itu, dia turut berasa bangga apabila beberapa individu bukan Islam memberi sokongan dan berkongsi pengalaman mereka memberi sumbangan kepada golongan asnaf seperti yang dilakukannya.
Canny turut berkongsi bahawa dia ada kembali untuk bertemu amil zakat berkenaan kerana ingin membantu sebuah keluarga asnaf.
Namun dia dinasihatkan supaya memberi bantuan kewangan secara terus kepada keluarga tersebut.
“Ustaz bagitahu lebih baik kalau saya beri sumbangan terus kepada keluarga itu,” katanya.
Tampil bertudung dan berbaju kurung
Canny turut menarik perhatian warganet apabila tampil bertudung dalam videonya sepanjang bulan Ramadan.
Menurutnya, dia akan memakai tudung apabila berada di tempat ramai orang Islam seperti bazar Ramadan dan kawasan masjid sebagai tanda menghormati suasana di situ.
Pemilik kedai tinted kereta di Subang Jaya itu mula aktif di aplikasi TikTok sejak 2024 bagi mempromosikan perniagaannya yang kini hampir 15 tahun beroperasi.
Canny sebelum ini dikenali di Tiktok kerana sering menggayakan busana tradisional Melayu seperti baju kurung, jubah dan kebaya dalam videonya.
Dia melihat pemakaian sopan dan menutup aurat bukan sekadar imej khusus untuk wanita Islam, malah melambangkan rasa hormat terhadap diri sendiri dan orang lain.
“Sebagai perempuan Cina, saya selesa berpakaian sopan kerana bagi saya itu tanda saya menghormati diri sendiri,” katanya.
Komen positif
Canny berkata banyak komen positif yang diterima warganet membuatkan dia lebih bersemangat untuk terus berpakaian sopan.
“Ramai yang puji saya cantik, jadi saya lebih bersemangat untuk terus menutup aurat,” katanya.
Canny yang bercakap sepenuhnya dalam bahasa Melayu menerusi video TikTok berkata pendedahan terhadap budaya Melayu sudah bermula sejak kecil lagi.
Ibunya merupakan pesara di sebuah syarikat penerbangan dan mempunyai ramai rakan sekerja berbangsa Melayu.
Malah, kata Canny, ibunya juga amat fasih dalam berbahasa Melayu.
“Bahasa Melayu mak saya sangat bagus, dulu karangan pun dia yang tolong buatkan,” katanya.
Dalam pada itu, Canny berkata ada warganet yang menyangka dia sudah memeluk Islam dan sentiasa mendoakan agar dia diberikan hidayah.
Namun, dia menegaskan dirinya bukan seorang mualaf dan hanya cuba belajar untuk memahami agama Islam.
Dia mengakui Islam merupakan agama yang sangat indah dan baik, namun berpendapat seseorang perlu benar-benar memahami serta ikhlas sebelum bertukar agama.
“Sekarang saya memang berminat untuk mendalami Islam tapi bagi saya ini semua adalah ketentuan tuhan.
“Jadi saya mohon untuk janganlah terlalu mendesak saya,” tambahnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan