Rabu, 11 Mac 2026

PAGI INI


PAGI INI 


PAGI INI

RABU 11  MAC 2026

PUASA HARI KE 21

PERANG HARI KE 12


IRAN BERJAYA
Jelas kelihatan Iran semakin berjaya. Betul  - kota dan bandar di Iran runtuh rantah. Tapi Iran telah berjaya mengubah pandangan dunia terhadap Amerika, Israel dan Barua Amerika.

IRAN BERJANJI AKAN MENYERANG  BARUA AMERIKA – Janji di tepati – kini semua negara Barua Amerika seperti Saudi, UAE, Jordan , Bahrain – sedang minta nyawa : MINTA TRUMP BUAT GENCANTAN SENJATA – kah kah kah.

Iran jawab – PERANG HANYA BERHENTI BILA IRAN KATA BERHENTI – ini kenyataan dibuat dalam temu bual Menteri Luar Iran di CBS – stesen TV Amerika.

Terperanjat Berok Trump – baru warga Amerika sedar bila mendengar  dasar resmi Iran ini. INI BUKAN KENYATAAN NEGARA KALAH ini TANDA IRAN TAK TAKUT DAN MENANG.

Kota-kota Israel -  terus meledak. 

RUMAH SETANYAHU MELEDAK – ADIK SETANYAHU DI BERITAKAN MATI.  Rumah Ben Gavir meledak. Dia cedera parah – tapi Israel buka cerita dia  kemalangan kereta – kah kah kah ( berita ini masih belum sahih – kita tunggu dan lihat)

APA YANG SAH IALAH PUSAT INTEL MOSSAD BAWAH TANAH TELAH DISERANG OLEH IRAN – ini sah, tapi Israel cuba menutup berita ini.

GUMBIRA DI BULAN RAMADAN IALAH MENDENGAR BERITA SELAT HORMUZ MASIH DI TUTUP. Amin.

ADA JAMBU DALAM KELAMBU
KENAPA ANWAR BIN IBRAHIM mempertahankan Azam bin Baki ? Ini soalan dari Rafizi – kah kah kah.

Apakah AZAM BIN BAKI INI JAMBU ? kah kah kah. Jambu macam SAIPOL BUKAHARI kah kah kah

TASTE Anwar bin Ibrahim adalah TASTE  DBKL – SAPU APA SAJA – kah kah kah. Khalas.

HOKKIEN
Pagi ini cerah, segar, dan kering. Matahari dah muncul – sinar lemah. Langit biru bercampur dengan awan putih.  KL & KL Sentral cerah – kemarin tak hujan dan berangin  kuat.

Jalan nak masuk ke Hokkien  di kawasan letak kereta Le Chateau penuh dengan daun gugur.  Banyak daun getah BERGUGURAN  kerana Le Chateau satu ketika dulu KEBUN GETAH. Bulan Mac dan April musim daun gugur dan berpucuk.

Di Bukit yang sama – dari kawasan yang sama mungkin dari pokok yang sama How Wow bersuara kuat. Dalam sawah rumput Tekukur berlagu.

Pagi ini  Emak menunggu – tapi tak ramai datang. Pagi ini makan spesial – ada Ketul Ayam – ini lebihan dari dalam Freezer – gua bersihkan Freezer – ketul ayam ini masih elok.

PENDATANG PUTIH – marah pada Tak Tak – dia menyalak   tapi Tak Tak tidak ambil pot.

Di Wakaf Satu Siti rapati gua. Wow luka dah kering. Berjalan tak tempang. Ubat antibiotik mujarab. Pagi ini gua beri sebutir lagi.

Pagi ini Tiong Suami isteri datang  juga untuk mendapat Friskies. 

Gumbira ialah melihat warga Hokkien enjoi makan. Amin.
Gua harap hari ini akan  panas  tapi tak terik. Bantu puasa dan bantu Bazar Ramadan.  Dan malam berangin kuat – gua nak melepak  di Brickfeilds malam ini. Amin.

BRO 
SENYUM
SENYUM SAMBUT
RABU YANG INDAH

BRO
Besarlah kawah orang mengukus
Pinggan kecil letak di  para
Harapan puasa badan mengurus
Kurang makan kontrol selera

Hari Selasa sampai ke sempadan
Keringat keluar tanpa tiupan
Kita puasa senaman badan
Mengingat  alam mengingat  hidupan

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAY BEKERJA

SELAMAT BERPUASA



Tiada ulasan: