PROJEK GULING
KERAJAAN MAKIN
MEREBAK
KAH KAH KAH
TUGAS YB
PEMBANGKANG
IALAH GULING
KERAJAAN
KAH KAH KAH
INI BUKAN
SATU JENAYAH
KHALAS
Anggota Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan turut disiasat dalam kes dakwaan konspirasi menjatuhkan kerajaan dan memudaratkan demokrasi berparlimen.
Wakil rakyat pembangkang itu bagaimanapun tidak pasti kenapa dia akan disoal siasat.
“Saya dimaklumkan beberapa orang rakan dari dunia akademik dan NGO telah dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan.
“Saya juga akan memberi keterangan hari ini tetapi tidak pasti kenapa saya dipanggil.
“Saya tertanya-tanya adakah ia satu cubaan untuk mengaitkan pembangkang dengan isu ini?” soal bekas pemimpin Bersatu yang dipecat itu.
Dua minggu lalu, Malaysiakini melaporkan isteri seorang bekas menteri kini berada dalam pemerhatian polis selepas laporan mendakwa dia merancang untuk menggulingkan kerajaan dan Anwar.
Bukit Aman bagaimanapun tidak menamakan individu itu.
Bagaimanapun, identiti itu terdedah apabila Na’imah Khalid, balu bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, menafikan sebarang bentuk usaha untuk menggulingkan kerajaan.
Dalam kenyataan hari ini, Wan Saiful bagaimanapun mempersoalkan bagaimana aktiviti media atau kempen awam disiasat bawah Seksyen 124B Kanun Keseksan berkaitan aktiviti ganas yang tidak berperlembagaan untuk mengulingkan institusi parlimen yang dipilih melalui sistem demokrasi.
“Maka timbul persoalan asas: bagaimana laporan media atau kempen awam boleh diklasifikasikan sebagai aktiviti yang ‘menjejaskan demokrasi berparlimen’?
“Adakah kempen awam oleh orang politik atau parti politik, atau kritikan terhadap kerajaan yang disiarkan oleh media, juga akan menjadi kesalahan di bawah kerajaan Madani ini?” soalnya.
Dia justeru menyifatkan siasatan bawah peruntukan itu sebagai tidak munasabah dan satu penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan.
Malah, katnaya, ia berpotensi mendatangkan impak serius terhadap kebebasan media, dan pengamal media berisiko disiasat bawah seksyen berkenaan.
“Semua rakyat Malaysia berhak membela diri dan membetulkan naratif secara sah melalui saluran media massa atau mana-mana saluran yang mereka rasakan sesuai,” katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan