Selasa, 10 Mac 2026

PROJEK TRUMP GAGAL MELESET


PROJEK TRUMP

GAGAL

KAH KAH KAH

YANG MINTA 

BERHENTI 

PERANG

ISRAEL

AMIN

KERAJAN IRAN

MASIH KUKUH

AMIN

TEL VIV

BOM BOM

AMIN

RUDAL RUDAL

PELURU BERPANDU

IRAN TERUS

MENYERANG

KHALAS 


'Perang dengan Iran akan tamat tidak lama lagi' - Trump


DUBAI/JERUSALEM/DORAL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam meramalkan perang di Asia Barat mungkin akan berakhir tidak lama lagi, walaupun kelompok haluan kanan Iran mengadakan perhimpunan bagi menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin tertinggi baharu negara itu, Mojtaba Khamenei, sebagai isyarat negara itu tidak bersedia untuk berundur dalam masa terdekat.

Isyarat berbeza itu menyebabkan pasaran berdepan turun naik mendadak, dengan harga minyak melonjak selain pasaran saham menjunam sebelum kembali meningkat susulan kenyataan Trump serta laporan kemungkinan pelonggaran sekatan terhadap sektor tenaga Russia.

Mojtaba, 56, adalah ulama Syiah yang mempunyai pengaruh dalam kalangan pasukan keselamatan serta empayar perniagaan besar.

Bagaimanapun, Trump sebelum ini menolak Mojtaba dengan menyatakan beliau 'tidak layak' dan menegaskan Washington perlu memberi kelulusan terhadap mana-mana calon, selain menuntut Iran menyerah tanpa syarat.

Trump berkata, perang akan berterusan sehingga Iran 'ditewaskan sepenuhnya dan secara muktamad, namun meramalkan ia akan berakhir tidak lama lagi.

"Ia akan selesai dengan agak cepat. Kita sudah menang dalam banyak cara, tetapi kita belum menang secukupnya," katanya kepada ahli perundangan parti Republikan.

Bagaimanapun, Trump tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana kemenangan dalam perang itu akan dicapai.

Media kerajaan Iran menyiarkan rakaman orang ramai berhimpun dalam skala besar di beberapa bandar bagi menyatakan sokongan kepada pemimpin baharu itu sambil mengibarkan bendera Iran dan memegang potret bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin tertinggi yang terbunuh dalam serangan Israel pada hari pertama perang terbabit.

Di Isfahan, stesen televisyen kerajaan melaporkan bunyi letupan berhampiran yang dipercayai akibat serangan udara ketika penyokong setia pemimpin Iran itu berkumpul di Dataran Imam yang bersejarah, melaungkan 'Allahu Akbar' di bawah pentas yang memaparkan potret Allahyarham Khamenei dan Mojtaba Khamenei.

Sebagai isyarat untuk meneruskan perang, tentera Iran berkata, ia akan meningkatkan serangan peluru berpandu.

Ahli politik dan institusi negara mengeluarkan ikrar taat setia kepada pemimpin tertinggi baharu itu, yang menurut media kerajaan Iran, isteri, anak lelaki dan ibunya turut terbunuh pada permulaan serangan udara AS-Israel.

"Kami akan mematuhi ketua angkatan tertinggi sehingga titisan darah terakhir," menurut kenyataan Majlis Pertahanan.

Rakyat Iran yang dihubungi melalui telefon memberikan reaksi berbeza dengan penyokong pihak berkuasa menyambut baik pelantikan itu sebagai tanda penentangan, manakala pihak yang menentang bimbang ia akan memusnahkan harapan mereka untuk perubahan.

"Saya sangat gembira beliau menjadi pemimpin baharu kami. Ia satu tamparan kepada musuh kami yang menyangka sistem ini akan runtuh selepas pembunuhan bapanya. Perjuangan pemimpin kami yang telah meninggal dunia akan diteruskan," kata pelajar universiti dari Tehran, Zahra Mirbagheri, 21.

Ramai rakyat Iran pada awalnya meraikan kematian Allahyarham Khamenei, beberapa minggu selepas pasukan keselamatannya mengakibatkan kematian ribuan penunjuk perasaan anti-kerajaan dalam pergolakan domestik paling buruk sejak era Revolusi Iran 1979.

Bagaimanapun, sejak tercetusnya perang, hampir tiada tanda demonstrasi jalanan bagi menentang kerajaan diteruskan, ini berikutan kumpulan aktivis bimbang akan keselamatan mereka susulan serangan AS-Israel.

"Pasukan elit Pengawal Revolusi Iran dan sistemnya masih kuat. Mereka mempunyai puluhan ribu anggota yang bersedia berjuang untuk mengekalkan rejim ini. Kami, rakyat biasa, tidak mempunyai apa-apa," kata Babak, 34, seorang ahli perniagaan di bandar Arak yang meminta nama keluarganya dirahsiakan.

Dalam pada itu, Israel berkata matlamat perangnya adalah untuk menjatuhkan sistem pemerintahan ulama di Iran.

Pegawai AS pula kebanyakannya menyatakan matlamat Washington adalah untuk memusnahkan keupayaan peluru berpandu dan program nuklear Iran, namun Trump berkata, perang hanya boleh berakhir sekiranya kerajaan Iran bersetuju untuk memenuhi kehendak Washington.

Israel turut berkata, pihaknya akan membunuh sesiapa sahaja yang menggantikan Khamenei, melainkan Iran menamatkan dasar permusuhannya.



Tiada ulasan: