PIJAK SOOLAM
KERJA JAHAT
AMIN
SHEIKH OMAR
KATA KERJA INI
BERCANGGAH
DENGAN ISLAM
AMIN
ISLAM
LARANG HINA
AGAMA LAIN
AMIN
INI KENYATAAN
BETUL DAN BENAR
TEPAT LAGI SAHIH
TAPI TAK LENGKAP
AMIN
ISLAM JUGA
LARANG CEROBOH
TANAH ORANG
YANG BUKAN
MILIK SENDIRI
AMIN
KHALAS
Tindakan memijak Soolam--tombak cabang tiga yang menjadi simbol keagamaan Hindu--adalah tidak wajar dan bercanggah dengan ajaran Islam, kata seorang pemimpin Melayu DAP.
"Kepada penganut Hindu di Malaysia, saya mohon maaf. Saya juga ingin tegaskan bahawa perbuatan tersebut tidak menggambarkan ajaran Islam.
"Islam tidak mengajar umatnya 'membakar' rakyat dan negara dengan api perkauman dan keagamaan sempit," kata Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Omar Ali.
Dia yang juga anggota Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP berkata Islam agama damai, rahmah dan mempromosi keharmonian, bukannya perpecahan dan permusuhan.
Dia juga memetik ayat al-Quran yang melarang umat Islam daripada mencela sembahan agama lain kerana ia akan mengundang tindakan balas yang sama.
Terdahulu, aktivis antikuil tidak berdaftar Tamim Dahri Abdul Razak mencetuskan kontroversi selepas muncul klip video yang didakwa menunjukkan dirinya menghina simbol suci Hindu.
Kemunculan klip video berkenaan mengundang kemarahan kalangan penganut Hindu dengan beberapa laporan polis dibuat sejak beberapa hari lalu.
Satu protes juga diadakan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur malam tadi dan pengasas Pertubuhan Perpaduan Puratchi Malaysia, K Umagandhan, mendakwa dihadiri oleh kira-kira 200 orang dari seluruh negara.
Insiden itu menyusul selepas tular imej seorang pelajar universiti, S Vikneswaran, 21, memijak al-Quran lebih seminggu lalu. Dia sudah didakwa di mahkamah atas pertuduhan mencemar al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik melampau.
Sementara itu, mengulas tanggapan bahawa ia sebagai reaksi balas terhadap insiden memuat naik gambar memijak al-Quran sebelum ini, Sheikh Omar berkata ia tetap tidak menghalalkan apa yang berlaku.
"Namun bagi saya, ia bukan tiket untuk menghalalkan sebarang bentuk tindak balas menghina simbol agama lain pula.
"Oleh itu, tindakan tegas mengikut saluran undang-undang mesti diambil segera – bukan emosi 'ikut kepala sendiri', provokatif atau penghinaan demi penghinaan," tegasnya lagi.
Sehubungan itu, Sheikh Omar menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan profesional berlandaskan undang-undang bagi meredakan ketegangan.
Langkah itu katanya, penting bagi memastikan undang-undang negara dihormati serta mengelakkan isu berkenaan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Malaysiakini sudah menghubungi Tamim Dahri sejak semalam dan masih menunggu penjelasannya


Tiada ulasan:
Catat Ulasan