Selasa, 10 Mac 2026

SAPA PUNYA KERJA BAKAR KERETA


KERETA DIBAKAR

APAKAH INI KERJA

PENJUAL KERETA

TANGAN KEDUA?

KAH KAH KAH

ATAU ADA PROJEK

 BUAT KACAU

CARI SOKONGAN

KHALAS 


Kereta Cikgu Chandra dibakar jam 3 pagi

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta milik aktivis dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dalam satu kejadian dipercayai khianat di kawasan perumahan Taman Kinrara, Puchong, awal pagi tadi.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Selangor, Mohamad Suffi Kamari berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Cikgu Chandra seawal jam 5 pagi bagi memaklumkan mengenai kejadian tersebut serta keadaan semasa keluarga aktivis berkenaan.

“Saya menerima panggilan telefon daripada Cikgu Chandra jam 5 pagi dan mendapatkan keadaan sebenar dan situasi keluarga cikgu,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Menurutnya, kejadian membabitkan kenderaan milik Cikgu Chandra itu dipercayai berlaku sekitar jam 3 pagi di kawasan kejiranan berkenaan.

“Kereta kereta cikgu telah dibakar sekitar jam 3 pagi tadi,” katanya.

Beliau turut memaklumkan lokasi kejadian merupakan kawasan perumahan yang mempunyai ramai jiran serta berkemungkinan mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik penduduk berhampiran.

Sementara itu, Suffi berkata, aktivis dakwah, Firdaus Wong kini sedang membantu memindahkan Cikgu Chandra bersama keluarganya ke lokasi yang lebih selamat sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saudara Firdaus Wong sedang usaha membantu memindahkan Cikgu Chandra dan keluarga beliau pagi ini ke lokasi dan tempat yang lebih selamat,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menyeru semua pihak supaya bertenang dan tidak mencetuskan sebarang ketegangan susulan insiden tersebut.

Bagaimanapun, Suffi menegaskan polis perlu segera mengambil tindakan tegas dengan menangkap individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat berkenaan.

“Apa yang penting sekarang ialah pihak polis wajib segera menangkap siapa penjenayah yang berani melakukan tindakan jahat ini!

Pelaku jenayah seperti ini tidak boleh dibiarkan bebas kerana ia boleh mewujudkan budaya intimidasi dan keganasan dalam masyarakat.

“Keadilan mesti ditegakkan, keselamatan rakyat mesti dilindungi.”
“Kita wajar serahkan urusan selanjutnya sepenuhnya kepada pihak polis menyiasat dan tangkap segera dalang penjenayah ke atas kereta Cikgu Chandra,” katanya.

Semalam, Cikgu Chanda memberitahu, rumahnya dipercayai diceroboh tiga lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dalam kejadian di Puchong.

Firdaus Wong berkata, Cikgu Chandra menghubunginya dalam keadaan cemas memaklumkan kejadian tersebut.

Menurutnya, tiga lelaki memakai topeng penuh itu telah memasuki pekarangan rumahnya sebelum merosakkan harta benda. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: