Selasa, 14 April 2026

BILA ROSMAH NAK MASUK JIL - RAMAI NAK LIHAT ROSMAH SLIM KIUT


RAMPAS SEMUA

DUIT & BARANG INI

UNTUK DI JUAL

AMIN

DUIT HASIL JUALAN

JADIKAN DANA

 MILIK NEGARA

KHALAS


Wang tunai, barang kemas melimpah keluar dari bagasi ketika Pavilion Residences digeledah – Saksi


KUALA LUMPUR – Seorang bekas pegawai kanan polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, pasukan serbuan menemukan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas melimpah keluar dari bagasi sehingga bertaburan atas lantai ketika menggeledah Pavilion Residences yang dikaitkan dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Amar Singh Ishar Singh, 68, berkata, sejumlah 71 bagasi, satu kotak plastik dan 284 kotak mengandungi beg tangan ditemukan di kediaman mewah yang dikaitkan dengan isteri bekas Perdana Menteri,  Rosmah Mansor pada 17 Mei 2018.

Beliau yang juga bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman itu berkata, beg-beg itu mengandungi pelbagai mata wang asing manakala beg yang mengandungi barang kemas diletakkan dalam plastik.

Beliau yang mengetuai pasukan serbuan tiba di penthouse dua tingkat itu pukul 6.30 petang dan mendapatinya tidak berpenghuni manakala bagasi dan kotak ditempatkan dalam dua buah bilik manakala dua buah bilik lagi adalah kosong.

Menurut saksi kedua yang memberi keterangan bagi pihak ketiga (kerajaan), pasukan serbuan pada awalnya berhasrat untuk mengira dan membuat penandaan barang kes di kediaman itu namun tidak dapat dilaksanakan kerana jumlahnya terlalu banyak.

Amar berkata, wang di dalam beg-beg berkenaan juga tidak dikumpul dan diikat dengan sempurna menyebabkannya melimpah keluar ke lantai sehingga mereka terpaksa menzipnya kembali.

“Sama juga dengan barang kemas dalam beg-beg berkenaan, ia terlalu penuh hingga terkeluar sehingga kami tidak dapat mengiranya.

“Bayangkan jika kita membuat pengiraan dan penyenaraian eksibit, saya akan menulis satu jenis barang kemas tetapi terdapat sehingga 12,000 unit untuk satu rantai. Terlalu banyak,” ujarnya.

Beliau memberi keterangan pada perbicaraan kes saman AS$14.57 juta yang difailkan oleh syarikat barang kemas dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL berkaitan kehilangan lebih 40 barang kemas yang didakwa dipinjamkan kepada Rosmah.

Amar selanjutnya berkata, pasukan serbuan ketika itu tidak mempunyai mesin penimbang mahupun pakar dalam penyenaraian barang kes atau menentukan barang kemas tersebut adalah emas tulen, emas palsu atau berlian.

“Premis itu juga tidak mempunyai pendingin hawa dan kami juga tidak mempunyai peralatan menimbang dan mengukur serta tiada kepakaran untuk menyenarai dan mengesahkan setiap item,” ujarnya.

Menurut Amar, pasukan serbuan kemudian memutuskan untuk membungkus beg dalam pembungkus plastik (sama seperti yang digunakan di lapangan terbang) untuk memastikan beg itu selamat dan integriti barang kes dikekalkan sebelum menghantarnya ke Bukit Aman dengan bantuan lima buah `Black Maria’.

Beliau selanjutnya menyatakan, semua barang kes itu ditempatkan dalam kenderaan tersebut dengan selamat dan diiringi konvoi siasatan dan dikawal ketat kereta peronda.

Sementara itu, Amar dalam pernyataan saksinya berkata, pemeriksaan dan penilaian barang kemas itu dijalankan dari 30 Mei 2018 hingga 25 Jun 2018 di tingkat 34 Menara KPJ.

Ujarnya, pada akhir setiap proses pengiraan, penilaian dan penjadualan, bekas plastik yang menyimpan eksibit kemudian dibawa ke Bank Negara Malaysia (BNM) diiringi oleh pasukan pengiring untuk ditempatkan di bilik kebal.

“Saya dimaklumkan bahawa pegawai penyiasat AMLA bersama-sama dengan wakil dari Global Royalty telah mengenal pasti secara positif salah satu barang kemas itu adalah milik syarikat tersebut.

“Barang kemas bertanda ini telah dikenal pasti secara positif dan dikembalikan kepada mereka. Jika ini benar, sejumlah 1,041 barang kemas ditemukan dalam beg yang disimpan dalam bilik di premis berkenaan,” ujarnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Quay Chew Soon bersambung petang. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: