WOIT
JANGAN HAIRAN
RAMAI PEMIMPIN
NEGARA ARAB &
NEGARA ISLAM
PERCAYA TERAM INI
NABI
AMIN
ADA PEMIMPIN
NEGARA ISLAM
SAMBUT NABI
TERAM DENGAN
MENARI-NARI
KHALAS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin memadam imej media sosial yang jelas menggambarkan dirinya sebagai Jesus atau Nabi Isa susulan kecaman daripada pemimpin agama bahawa dia bersikap kufur.
Imej yang dimuat naik di platform Truth Social milik Trump memapatkannya berjubah merah dan putih yang labuh, menyentuh dahi seorang lelaki yang kelihatan sedang sakit dengan cahaya bersinar dari tangan dan kepalanya.
Bendera Amerika berkibar di latar belakang manakala pelbagai figura memandang ke arah presiden dengan penuh hormat.
Gambar AI itu dimuat naik lewat Ahad dan dibuang pada Isnin.
AFP melaporkan Trump ketika ditanya mengenai hantaran itu, Trump menafikan dia cuba menggambarkan dirinya sebagai Nabi Isa.
"Saya ada memuat naiknya, dan ia gambar saya sebagai doktor dan berkaitan dengan Palang Merah," katanya kepada wartawan.
"Ia sepatutnya saya sebagai doktor, menyembuhkan orang. Dan saya memang menyembuhkan orang. Saya membuatkan orang menjadi jauh lebih baik."
Hantaran itu mencetuskan kecaman daripada beberapa penganut Kristian konservatif terkemuka yang merupakan antara penyokong tegar Trump.
"Saya tidak tahu sama ada presiden fikir dia sedang berlawak atau dia di bawah pengaruh bahan tertentu atau apa penjelasan yang mungkin dia ada untuk kekufuran yang melampau ini," tulis Megan Basham, seorang wartawan dan pengulas konservatif di X.
"Dia perlu menurunkan hantaran ini dengan segera dan memohon ampun daripada rakyat Amerika dan kemudian daripada Tuhan."
Penasihatnya berulang kali meletakkan dirinya dalam peranan seperti Nabi Isa.
Semasa acara makan tengah hari Easter di White House awal bulan ini, Paula White-Cain, seorang penginjil televisyen yang berkhidmat sebagai penasihat rohaninya, menyamakan Trump dengan Nabi Isa.
"Dia dikhianati dan ditangkap serta dituduh secara palsu. Ia adalah corak biasa yang ditunjukkan oleh Tuhan dan Penyelamat kita kepada kita."


Tiada ulasan:
Catat Ulasan