Selasa, 23 Jun 2026
KES SENGAJA DI LAMAKAN ?
APAKAH KES INI
SENGAJA
DILAMAKAN
UNTUK ELAK SATU
SOALAN?
AMIN
SAPA MURID
YANG PINDAH
SEKOLAH?
AMIN
APAKAH MURID
YANG NAMA
DI RAHSIAKAN
ANAK GEDEBE?
JENG JENG JENG
KHALAS
Inkues Zara Qairina: Unsur gangguan pada dokumen kemungkinan berlaku – Pakar
KOTA KINABALU – Unsur-unsur gangguan terhadap beberapa dokumen yang dikaitkan dengan Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak dapat diketepikan secara muktamad, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.
Pemeriksa dokumen forensik dan pakar tulisan tangan bertauliah, Dr Linthini Gannetion berkata dapatan beliau adalah berdasarkan halaman yang telah dikeluarkan, penggunaan dakwat berbeza, tulisan dipadamkan serta perbezaan corak tarikh pada dokumen berkenaan.
“Berdasarkan pemerhatian saya, halaman dikeluarkan, perbezaan jenis dakwat pada bahagian tertentu, wujud tulisan yang dipadamkan serta perbezaan corak tarikh pada beberapa halaman menunjukkan unsur gangguan terhadap dokumen Y1 hingga Y15 tidak dapat diketepikan secara muktamad,” katanya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Linthini berkata dokumen ditandakan sebagai Y1 hingga Y15 disahkan merupakan helaian dikoyakkan daripada diari Love and Peace, yang dipercayai milik Zara Qairina.
Beliau berkata diari tersebut hanya mengandungi 106 halaman bergaris berbanding 228 halaman dalam sebuah buku rujukan daripada jenis yang sama, menunjukkan bahawa banyak halaman telah dikeluarkan sebelum diari itu diperiksa.
Beliau menjelaskan kesan koyakan berbeza pada dokumen Y1 hingga Y15 turut menunjukkan bahawa halaman-halaman tersebut tidak dikoyakkan dengan cara yang sama.
Linthini berkata beliau tidak dapat menentukan secara muktamad penulis beberapa halaman berkenaan kerana terdapat perbezaan tulisan tangan, selain sampel tulisan tangan Zara Qairina daripada tempoh yang sama tidak mencukupi untuk tujuan perbandingan yang tepat.
Bagaimanapun, beliau berkata tulisan pada halaman yang ditandakan sebagai Y10B, Y11A, Y11B, Y12A, Y12B, Y13A, Y13B, Y14A, Y14B, Y15A dan Y15B menunjukkan persamaan ketara dengan tulisan tangan Zara Qairina antara Februari hingga pertengahan April 2025 dan, pada pendapat beliau, ditulis oleh Zara Qairina.
Beliau juga mendapati bahawa Zara Qairina lazimnya tidak mencatat tarikh secara konsisten dalam catatan jurnalnya berdasarkan tulisan berbentuk jurnal yang telah diperiksa. Namun, hampir semua halaman dalam dokumen Y1 hingga Y15 mempunyai tarikh, kecuali Y8B dan Y13B.
Selain itu, Linthini turut mengesan penggunaan pen berbeza pada bahagian tertentu, yang menunjukkan kemungkinan sesetengah maklumat ditambah pada waktu berlainan.
“Pada halaman Y4B, huruf ‘hallenge’ dalam perkataan ‘challenge’ ditulis menggunakan pensel, manakala bahagian lain ditulis menggunakan pen. Pada halaman Y13A pula, frasa ‘Jala imut’ tidak konsisten dengan ciri-ciri tulisan tangan Allahyarham Zara Qairina dan menunjukkan ia ditulis oleh individu lain,” katanya.
Saksi ke-74 inkues itu, yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pemeriksaan Dokumen Forensik dari Universiti Sains Malaysia, berkata pemeriksaannya turut berdepan kekangan kerana tidak semua ujian makmal dapat dijalankan memandangkan bahan bukti tidak boleh dibawa ke makmal untuk analisis lebih menyeluruh.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya kira-kira 4 pagi.- BERNAMA
NEGERI SEMBILAN SEMUA BARU
NEGERI 9 AKAN
ADA KERAJAAN
BARU
MB BARU DAN
YAM TUAN BARU
KHALAS
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ditangguh, tumpuan ke PRN Negeri Sembilan
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dijadualkan pada 23 hingga 25 Jun telah ditangguhkan, menurut laporan media.
Straits Times Singapura melaporkan penangguhan itu susulan pertikaian mengenai takhta di Negeri Sembilan.
"Walaupun jurucakap Istana Negara mengesahkan pembatalan mesyuarat Majlis Raja-Raja kepada Straits Times pada 23 Jun, tiada butiran lanjut diberikan.
"Tetapi beberapa sumber, termasuk seorang ketua menteri yang dijadual menghadirinya susulan mesyuarat pra-majlis sembilan raja-raja itu, memberitahu ST bahawa wujud kebimbangan sama ada wajar untuk meneruskannya memandangkan terdapat dua pihak yang menuntut takhta Negeri Sembilan," menurut laporan itu.
Straits Times juga mendakwa perkembangan itu menimbulkan keraguan sama ada pilihan raya negeri di Negeri Sembilan, yang ditetapkan pada 1 Ogos, akan berlangsung.
Sementara itu, akhbar The Star pula mengaitkan penangguhan tersebut dengan krisis di Negeri Sembilan, dengan melaporkan lima raja-raja kanan termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan beberapa hari lalu.
"Raja-raja mahu perkara itu diselesaikan dahulu dan tidak dibawa ke mahkamah," kata seorang pemerhati istana.
Pada 5 Jun, Malaysiakini melaporkan bahawa undang luak dan pemimpin adat Negeri Sembilan membantah secara rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri yang diumumkan oleh Menteri Besar Aminuddin Harun malam sebelumnya.
Dalam surat yang dihantar melalui peguam mereka kepada Speaker Dewan Undangan Negeri MK Ibrahim Abd Rahman, undang luak berkata keputusan itu dibuat tanpa kebenaran mereka sebagai pemerintah bersama negeri.
Mereka mendakwa tindakan Aminuddin melanggar perlembagaan negeri Negeri Sembilan dan menggesa speaker mengambil tindakan pembetulan segera.
Pada hari yang sama, undang luak juga memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu, menggantikan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Ini menimbulkan persoalan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Tuanku Mukhriz.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan sokongannya terhadap pilihan raya di Negeri Sembilan, menegaskan bahawa kedaulatan undang-undang dan amalan adat mesti dipatuhi pada setiap masa.
Mengisytiharkan bahawa kerajaan persekutuan terus mempertahankan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar, Anwar berkata walaupun dia tiada bantahan terhadap penyuaraan pendapat yang berbeza, pendirian sedemikian harus disampaikan dengan sewajarnya.
“Saya menyokong penuh tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan oleh kerana simpang siur yang tidak tentu arah ini sebaiknya diadakan pilihan raya dan Tuanku juga telah perkenan.
“Jadi bagi kita, jalan terus, kita masih bersama dengan Tuanku Muhriz selaku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan jalur lain kalau dibuat mengikut jalur, kita tidak menghalang,” katanya.
GADUH UMNO DENGAN ANWAR BIN IBRAHIM MAKIN MEREBAK
PERGADUHAN
ANTARA UMNO
DENGAN ANWAR
BIN IBRAHIM
MAKIN MEREBAK
AMIN
FELDA DI BAWAH
ZAHID YANG KINI
SEDANG DI TEKAN
AMIN
DANA TAK LULUS
PROJEK DIBATAL
MADAFAKA MAHU
RAKYAT LIHAT
UMNO & ZAHID
GAGAL
KHALAS
Saya dihalang memasuki kawasan FELDA - MB Johor
KLUANG: Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mendedahkan beliau dihalang memasuki kawasan FELDA bagi penyerahan geran hak milik kepada peneroka sempena sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026, hujung minggu lalu.
Ini menyebabkan majlis yang sepatutnya dijadual berlangsung di FELDA Ulu Belitong, Kluang pada 20 dan 21 Jun lalu terpaksa ditukar ke Dewan Dato Onn, Taman Sri Lambak di sini.
"Sesungguhnya pada petang ini, saya rasa sangat bersyukur. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana walaupun sepatutnya kita berjumpa dua hari lalu, diuji, disekat dan ditekan.
"Namun dengan takdir Allah SWT, kita tetap berjumpa walaupun lewat sedikit urusan. Saya ternanti-nanti nak berjumpa dengan satu kelompok yang kerajaan negeri anggap sebagai anak emas.
"FELDA ialah anak emas Johor. Berjumpa dengan warga FELDA di 73 tanah rancangan. Berjumpa dengan rakan di kawasan Parlimen Sembrong, FELDA Bukit Tongkat, Ulu Belitong.
"Rupa-rupanya nak serahkan hak milik peneroka dalam kawasan FELDA pun saya tak dibenarkan masuk. Pertama kali dalam sejarah hidup saya di Johor, Menteri Besar tak dibenarkan masuk ke kawasan FELDA.
"Ini bukan salah pengurus. Saya ingat kita boleh buat program lain khas untuk menyerahkan hak milik peneroka," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Hak Milik Peneroka FELDA di Dewan Dato' Onn, Rumah Komuniti Parlimen Sembrong, di sini hari ini.
Hadir sama, EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip.
Onn Hafiz bagaimanapun berkata, beliau memahami dan tidak menyalahkan pihak FELDA yang menimbulkan kesulitan melaksanakan penyerahan itu.
"Saya nak bagi jaminan kepada ibu dan ayah yang hadir di dalam dewan ini, macam mana sekali pun saya ditekan...nak sekat saya, hina dan mengata, tidak sedikit pun mengurangkan dan melunturkan semangat berjuang demi warga FELDA.
"Ramai di sini dizalimi dan Insya Allah, orang dizalimi, doanya makbul. Kita di Johor, kita ada cara Johor dan kita nak buat macam mana pun, kita tak ada hal.
"Lagi dia buat kita, lagi kita bangkit. Kerana apa? Kerana kita perjuangkan ialah agama, bangsa dan tanah air.
Sebelum ini, Zahari memohon maaf kepada warga FELDA susulan penangguhan sambutan Hari Peneroka yang dijadual berlangsung di FELDA Ulu Belitong, Kluang pada 20 dan 21 Jun lalu walaupun keputusan itu bukan berpunca dari mereka.
Katanya, kerajaan negeri hanya dimaklumkan bahawa FELDA Johor menerima arahan supaya sambutan berkenaan tidak diteruskan.
Keputusan itu diterima hanya empat hari sebelum program berlangsung walaupun pelbagai persiapan sudah dibuat dengan kerjasama kerajaan negeri, FELDA dan jawatankuasa di peringkat rancangan.
PANAS MULA MEMBUNUH
PANAS!!!
DUNIA MAKIN
PANAS
KHALAS
Dua kanak-kanak maut dalam kereta ketika gelombang haba landa Perancis
PARIS: Dua kanak-kanak berusia dua dan empat tahun ditemukan maut di dalam kereta milik keluarga mereka di bandar Carpentras, selatan Perancis, semalam, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Berdasarkan siasatan awal, dua beradik itu dipercayai terkunci secara tidak sengaja di dalam kenderaan berkenaan, menurut pejabat pendakwa raya tempatan.
Ibu mereka menemukan kedua-dua kanak-kanak itu di dalam kereta yang di parkir di laluan masuk rumah keluarga berkenaan.
Pasukan kecemasan berusaha memberi bantuan kecemasan kepada mangsa, namun gagal menyelamatkan mereka.
Pejabat pendakwa raya membuka siasatan awal atas kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat, manakala bedah siasat turut diarahkan bagi menentukan punca sebenar serta keadaan yang membawa kepada kematian kedua-dua kanak-kanak itu.
Ibu mangsa yang berusia 33 tahun menerima rawatan daripada anggota bomba selepas mengalami kejutan emosi.
Pihak berkuasa berkata, penyiasat pada peringkat awal tidak dapat mengambil keterangannya berikutan keadaannya ketika itu.
Siasatan lanjut masih dijalankan.
Tragedi berlaku ketika Perancis berdepan gelombang haba yang tinggi, dengan suhu mencecah sehingga 42 darjah Celsius di beberapa kawasan negara itu.
Di Carpentras, suhu dilaporkan meningkat kepada sekitar 39 darjah Celsius pada Isnin, menurut perkhidmatan cuaca kebangsaan, Météo-France.
Sebahagian besar wilayah Perancis masih berada di bawah amaran merah, iaitu tahap amaran tertinggi, dengan suhu dijangka terus meningkat dalam beberapa hari akan datang.
Langgan:
Catatan (Atom)




