Selasa, 23 Jun 2026
KES SENGAJA DI LAMAKAN ?
APAKAH KES INI
SENGAJA
DILAMAKAN
UNTUK ELAK SATU
SOALAN?
AMIN
SAPA MURID
YANG PINDAH
SEKOLAH?
AMIN
APAKAH MURID
YANG NAMA
DI RAHSIAKAN
ANAK GEDEBE?
JENG JENG JENG
KHALAS
Inkues Zara Qairina: Unsur gangguan pada dokumen kemungkinan berlaku – Pakar
KOTA KINABALU – Unsur-unsur gangguan terhadap beberapa dokumen yang dikaitkan dengan Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak dapat diketepikan secara muktamad, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.
Pemeriksa dokumen forensik dan pakar tulisan tangan bertauliah, Dr Linthini Gannetion berkata dapatan beliau adalah berdasarkan halaman yang telah dikeluarkan, penggunaan dakwat berbeza, tulisan dipadamkan serta perbezaan corak tarikh pada dokumen berkenaan.
“Berdasarkan pemerhatian saya, halaman dikeluarkan, perbezaan jenis dakwat pada bahagian tertentu, wujud tulisan yang dipadamkan serta perbezaan corak tarikh pada beberapa halaman menunjukkan unsur gangguan terhadap dokumen Y1 hingga Y15 tidak dapat diketepikan secara muktamad,” katanya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Linthini berkata dokumen ditandakan sebagai Y1 hingga Y15 disahkan merupakan helaian dikoyakkan daripada diari Love and Peace, yang dipercayai milik Zara Qairina.
Beliau berkata diari tersebut hanya mengandungi 106 halaman bergaris berbanding 228 halaman dalam sebuah buku rujukan daripada jenis yang sama, menunjukkan bahawa banyak halaman telah dikeluarkan sebelum diari itu diperiksa.
Beliau menjelaskan kesan koyakan berbeza pada dokumen Y1 hingga Y15 turut menunjukkan bahawa halaman-halaman tersebut tidak dikoyakkan dengan cara yang sama.
Linthini berkata beliau tidak dapat menentukan secara muktamad penulis beberapa halaman berkenaan kerana terdapat perbezaan tulisan tangan, selain sampel tulisan tangan Zara Qairina daripada tempoh yang sama tidak mencukupi untuk tujuan perbandingan yang tepat.
Bagaimanapun, beliau berkata tulisan pada halaman yang ditandakan sebagai Y10B, Y11A, Y11B, Y12A, Y12B, Y13A, Y13B, Y14A, Y14B, Y15A dan Y15B menunjukkan persamaan ketara dengan tulisan tangan Zara Qairina antara Februari hingga pertengahan April 2025 dan, pada pendapat beliau, ditulis oleh Zara Qairina.
Beliau juga mendapati bahawa Zara Qairina lazimnya tidak mencatat tarikh secara konsisten dalam catatan jurnalnya berdasarkan tulisan berbentuk jurnal yang telah diperiksa. Namun, hampir semua halaman dalam dokumen Y1 hingga Y15 mempunyai tarikh, kecuali Y8B dan Y13B.
Selain itu, Linthini turut mengesan penggunaan pen berbeza pada bahagian tertentu, yang menunjukkan kemungkinan sesetengah maklumat ditambah pada waktu berlainan.
“Pada halaman Y4B, huruf ‘hallenge’ dalam perkataan ‘challenge’ ditulis menggunakan pensel, manakala bahagian lain ditulis menggunakan pen. Pada halaman Y13A pula, frasa ‘Jala imut’ tidak konsisten dengan ciri-ciri tulisan tangan Allahyarham Zara Qairina dan menunjukkan ia ditulis oleh individu lain,” katanya.
Saksi ke-74 inkues itu, yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pemeriksaan Dokumen Forensik dari Universiti Sains Malaysia, berkata pemeriksaannya turut berdepan kekangan kerana tidak semua ujian makmal dapat dijalankan memandangkan bahan bukti tidak boleh dibawa ke makmal untuk analisis lebih menyeluruh.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya kira-kira 4 pagi.- BERNAMA
NEGERI SEMBILAN SEMUA BARU
NEGERI 9 AKAN
ADA KERAJAAN
BARU
MB BARU DAN
YAM TUAN BARU
KHALAS
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ditangguh, tumpuan ke PRN Negeri Sembilan
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dijadualkan pada 23 hingga 25 Jun telah ditangguhkan, menurut laporan media.
Straits Times Singapura melaporkan penangguhan itu susulan pertikaian mengenai takhta di Negeri Sembilan.
"Walaupun jurucakap Istana Negara mengesahkan pembatalan mesyuarat Majlis Raja-Raja kepada Straits Times pada 23 Jun, tiada butiran lanjut diberikan.
"Tetapi beberapa sumber, termasuk seorang ketua menteri yang dijadual menghadirinya susulan mesyuarat pra-majlis sembilan raja-raja itu, memberitahu ST bahawa wujud kebimbangan sama ada wajar untuk meneruskannya memandangkan terdapat dua pihak yang menuntut takhta Negeri Sembilan," menurut laporan itu.
Straits Times juga mendakwa perkembangan itu menimbulkan keraguan sama ada pilihan raya negeri di Negeri Sembilan, yang ditetapkan pada 1 Ogos, akan berlangsung.
Sementara itu, akhbar The Star pula mengaitkan penangguhan tersebut dengan krisis di Negeri Sembilan, dengan melaporkan lima raja-raja kanan termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan beberapa hari lalu.
"Raja-raja mahu perkara itu diselesaikan dahulu dan tidak dibawa ke mahkamah," kata seorang pemerhati istana.
Pada 5 Jun, Malaysiakini melaporkan bahawa undang luak dan pemimpin adat Negeri Sembilan membantah secara rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri yang diumumkan oleh Menteri Besar Aminuddin Harun malam sebelumnya.
Dalam surat yang dihantar melalui peguam mereka kepada Speaker Dewan Undangan Negeri MK Ibrahim Abd Rahman, undang luak berkata keputusan itu dibuat tanpa kebenaran mereka sebagai pemerintah bersama negeri.
Mereka mendakwa tindakan Aminuddin melanggar perlembagaan negeri Negeri Sembilan dan menggesa speaker mengambil tindakan pembetulan segera.
Pada hari yang sama, undang luak juga memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu, menggantikan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Ini menimbulkan persoalan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Tuanku Mukhriz.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan sokongannya terhadap pilihan raya di Negeri Sembilan, menegaskan bahawa kedaulatan undang-undang dan amalan adat mesti dipatuhi pada setiap masa.
Mengisytiharkan bahawa kerajaan persekutuan terus mempertahankan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar, Anwar berkata walaupun dia tiada bantahan terhadap penyuaraan pendapat yang berbeza, pendirian sedemikian harus disampaikan dengan sewajarnya.
“Saya menyokong penuh tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan oleh kerana simpang siur yang tidak tentu arah ini sebaiknya diadakan pilihan raya dan Tuanku juga telah perkenan.
“Jadi bagi kita, jalan terus, kita masih bersama dengan Tuanku Muhriz selaku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan jalur lain kalau dibuat mengikut jalur, kita tidak menghalang,” katanya.
GADUH UMNO DENGAN ANWAR BIN IBRAHIM MAKIN MEREBAK
PERGADUHAN
ANTARA UMNO
DENGAN ANWAR
BIN IBRAHIM
MAKIN MEREBAK
AMIN
FELDA DI BAWAH
ZAHID YANG KINI
SEDANG DI TEKAN
AMIN
DANA TAK LULUS
PROJEK DIBATAL
MADAFAKA MAHU
RAKYAT LIHAT
UMNO & ZAHID
GAGAL
KHALAS
Saya dihalang memasuki kawasan FELDA - MB Johor
KLUANG: Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mendedahkan beliau dihalang memasuki kawasan FELDA bagi penyerahan geran hak milik kepada peneroka sempena sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026, hujung minggu lalu.
Ini menyebabkan majlis yang sepatutnya dijadual berlangsung di FELDA Ulu Belitong, Kluang pada 20 dan 21 Jun lalu terpaksa ditukar ke Dewan Dato Onn, Taman Sri Lambak di sini.
"Sesungguhnya pada petang ini, saya rasa sangat bersyukur. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana walaupun sepatutnya kita berjumpa dua hari lalu, diuji, disekat dan ditekan.
"Namun dengan takdir Allah SWT, kita tetap berjumpa walaupun lewat sedikit urusan. Saya ternanti-nanti nak berjumpa dengan satu kelompok yang kerajaan negeri anggap sebagai anak emas.
"FELDA ialah anak emas Johor. Berjumpa dengan warga FELDA di 73 tanah rancangan. Berjumpa dengan rakan di kawasan Parlimen Sembrong, FELDA Bukit Tongkat, Ulu Belitong.
"Rupa-rupanya nak serahkan hak milik peneroka dalam kawasan FELDA pun saya tak dibenarkan masuk. Pertama kali dalam sejarah hidup saya di Johor, Menteri Besar tak dibenarkan masuk ke kawasan FELDA.
"Ini bukan salah pengurus. Saya ingat kita boleh buat program lain khas untuk menyerahkan hak milik peneroka," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Hak Milik Peneroka FELDA di Dewan Dato' Onn, Rumah Komuniti Parlimen Sembrong, di sini hari ini.
Hadir sama, EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip.
Onn Hafiz bagaimanapun berkata, beliau memahami dan tidak menyalahkan pihak FELDA yang menimbulkan kesulitan melaksanakan penyerahan itu.
"Saya nak bagi jaminan kepada ibu dan ayah yang hadir di dalam dewan ini, macam mana sekali pun saya ditekan...nak sekat saya, hina dan mengata, tidak sedikit pun mengurangkan dan melunturkan semangat berjuang demi warga FELDA.
"Ramai di sini dizalimi dan Insya Allah, orang dizalimi, doanya makbul. Kita di Johor, kita ada cara Johor dan kita nak buat macam mana pun, kita tak ada hal.
"Lagi dia buat kita, lagi kita bangkit. Kerana apa? Kerana kita perjuangkan ialah agama, bangsa dan tanah air.
Sebelum ini, Zahari memohon maaf kepada warga FELDA susulan penangguhan sambutan Hari Peneroka yang dijadual berlangsung di FELDA Ulu Belitong, Kluang pada 20 dan 21 Jun lalu walaupun keputusan itu bukan berpunca dari mereka.
Katanya, kerajaan negeri hanya dimaklumkan bahawa FELDA Johor menerima arahan supaya sambutan berkenaan tidak diteruskan.
Keputusan itu diterima hanya empat hari sebelum program berlangsung walaupun pelbagai persiapan sudah dibuat dengan kerjasama kerajaan negeri, FELDA dan jawatankuasa di peringkat rancangan.
PANAS MULA MEMBUNUH
PANAS!!!
DUNIA MAKIN
PANAS
KHALAS
Dua kanak-kanak maut dalam kereta ketika gelombang haba landa Perancis
PARIS: Dua kanak-kanak berusia dua dan empat tahun ditemukan maut di dalam kereta milik keluarga mereka di bandar Carpentras, selatan Perancis, semalam, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Berdasarkan siasatan awal, dua beradik itu dipercayai terkunci secara tidak sengaja di dalam kenderaan berkenaan, menurut pejabat pendakwa raya tempatan.
Ibu mereka menemukan kedua-dua kanak-kanak itu di dalam kereta yang di parkir di laluan masuk rumah keluarga berkenaan.
Pasukan kecemasan berusaha memberi bantuan kecemasan kepada mangsa, namun gagal menyelamatkan mereka.
Pejabat pendakwa raya membuka siasatan awal atas kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat, manakala bedah siasat turut diarahkan bagi menentukan punca sebenar serta keadaan yang membawa kepada kematian kedua-dua kanak-kanak itu.
Ibu mangsa yang berusia 33 tahun menerima rawatan daripada anggota bomba selepas mengalami kejutan emosi.
Pihak berkuasa berkata, penyiasat pada peringkat awal tidak dapat mengambil keterangannya berikutan keadaannya ketika itu.
Siasatan lanjut masih dijalankan.
Tragedi berlaku ketika Perancis berdepan gelombang haba yang tinggi, dengan suhu mencecah sehingga 42 darjah Celsius di beberapa kawasan negara itu.
Di Carpentras, suhu dilaporkan meningkat kepada sekitar 39 darjah Celsius pada Isnin, menurut perkhidmatan cuaca kebangsaan, Météo-France.
Sebahagian besar wilayah Perancis masih berada di bawah amaran merah, iaitu tahap amaran tertinggi, dengan suhu dijangka terus meningkat dalam beberapa hari akan datang.
ANJING SAHABAT MANUSIA PALING SETIA
ANJING ADALAH
SAHABAT MANUSIA
PALING SETIA
KHALAS
Unknown commented on
"BANGGA JADI ANJING SHIAH"
Kalau sama kan manusia dengan anjing bukan satu penghinaan, sepatutnya menjadi kebanggaan, kerana anjing lebih terbaik, sifat sayang sifat setia sifat tidak tamak haloba ada pada anjing, tetapi manusia sebanyak mana pun harta benda masih tidak cukup?
Asyik rasuah asyik curi asyik menyamun kerja harian mereka amin kah kah kah jadi kawan dengan anjing liar memang wajib dipuji bukan dihina. Teruskan berkawan dengan anjing wahai TT semoga sentiasa dirahmati Allah SWT amin
TERIMA KASIH NETANYAHU DAN ISRAHELL
IRAN DAPAT
DANA BERBILION
DOLAR
AMIN
TERIMA KASIH
NETANYAHU
KERANA
MULAKAN PERANG
KHALAS
IKLIM DUNIA MAKIN PANAS
CUACA PANAS
MELANGGAR
EROPAH
AMIN
AKAN SAMPAI
KEPADA KITA
AMIN
Gelombang haba Eropah secara langsung: UK mengeluarkan amaran suhu merah yang jarang berlaku; PM Perancis akan mengadakan mesyuarat krisis selepas kematian akibat panas
Perubahan iklim melonjak dalam tekanan haba global – kajian
Bilangan orang yang terdedah kepada tekanan haba berbahaya di seluruh dunia telah meningkat dengan mendadak sepanjang setengah abad yang lalu didorong oleh perubahan iklim, menurut satu kajian yang dikeluarkan ketika Eropah dilanda gelombang haba yang menghukum.
Tekanan haba - nama yang diberikan kepada pengumpulan haba badan yang berbahaya yang disebabkan oleh suhu yang melambung tinggi, kelembapan dan faktor lain - adalah salah satu cara yang paling biasa cuaca membunuh orang.
Kajian baru itu, yang diterbitkan dalam jurnal Nature Climate Change pada hari Isnin, mengesan bagaimana tahap tekanan haba melonjak antara tahun 1970-an dan 2024.
"Di setiap benua, tekanan haba yang kuat hingga melampau kini lebih kerap," kata pengarang utama kajian Rebecca Emerton, dari Pusat Eropah untuk Ramalan Cuaca Julat Sederhana, dipetik oleh Agence France-Presse
ANWAR BIN IBRAHIM JAWAB TMJ
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
ANWAR
BIN IBRAHIM
BUKTIKAN TMJ
CUBA TIPU RAKYAT
KAH KAH KAH
ATAU
ANWAR
BIN IBRAHIM
YANG TIPU RAKYAT
KAH KAH KAH
SAPA PENIPU
ANTARA DUA
MALAON INI
KHALAS
Johor sumbang RM14 bilion, terima semula RM16 bilion daripada Persekutuan - Anwar bin Ibrahim
TANGKAK: Anwar bin Ibrahim menjelaskan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan yang lebih tinggi kepada Johor berbanding hasil yang disumbangkan negeri itu kepada kerajaan dalam tempoh tiga tahun lalu.
Perdana Menteri berkata berdasarkan rekod Kementerian Kewangan, Johor menyumbang kira-kira RM14 bilion hasil kepada Persekutuan bagi tempoh 2023 hingga 2025.
Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Persekutuan menyalurkan semula RM16 bilion kepada Johor melalui pelbagai projek pembangunan, peruntukan pengurusan dan program berkaitan.
"Berdasarkan rekod Kementerian Kewangan, hasil Persekutuan yang dikutip dari Johor bagi 2023 hingga 2025 berjumlah RM14 bilion.
"Berapa kita beri balik melalui pelbagai projek, pengurusan dan pembangunan keseluruhannya? Sejumlah RM16 bilion untuk negeri Johor," kata beliau ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, di sini, malam tadi.
Anwar bin Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, fakta itu perlu dijelaskan bagi memberikan gambaran sebenar tentang komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan Johor.
Beliau turut memberikan perbandingan peruntukan perbelanjaan mengurus yang diterima Johor di bawah kerajaan terdahulu dengan Kerajaan MADANI ketika ini.
Perdana Menteri berkata, peruntukan perbelanjaan mengurus yang diterima Johor ketika pentadbiran terdahulu berada pada kadar kira-kira RM6 bilion hingga RM7 bilion setahun.
Jumlah itu, katanya, meningkat kepada RM8.7 bilion di bawah Kerajaan MADANI.
Anwar berkata peningkatan peruntukan berkenaan jelas membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor terus diberi keutamaan.
Menerusi data yang dibentangkan Anwar bin Ibrahim, bagi 2026, Johor disenaraikan sebagai penerima peruntukan Perbelanjaan Mengurus (OE) dan Perbelanjaan Pembangunan (DE) ketiga terbesar di negara ini selepas Sabah dan Sarawak.
Peruntukan OE kepada Johor meningkat daripada RM7 bilion pada 2022 kepada RM8.7 bilion pada 2026, manakala DE meningkat daripada RM2.3 bilion kepada RM4.8 bilion dalam tempoh sama.
Selain itu, Johor turut direkodkan sebagai negeri kedua terbesar menerima bantuan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) selepas Selangor. - BERNAMA
BANGGA JADI ANJING SHIAH
BANGGA JADI
ANJING SHIAH
ALLAH PUN
ADA ANJING
AMIN
Unknown commented on
"PENDATANG HARAM
MASALAH GLOBAL"
Rohingya tetap pujaan isham anjing syiah. kah kah kah!
TUHAN ADA PROJEK ALAM
TUHAN TAK LAYAN
PROJEK
SENDIRIAN
TUAHN ADA
PROJEK ALAM
AMIN
Unknown commented on
"KANSEL APAI NERAKA"
beza.. dia boleh minta. belum tentu lulus... dia ingat dia boleh tipu tuhan
kat dunia lagi dah kena..
amin
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SENIN 22 JUN 2026
PERANG HARI KE 112
GENCATAN SENJATA JALAN KEMBALI
PM UK LETAK JAWATAN
Keith Starmer PM UK letak jawatan. Kenapa?
Kerana Parti Buruh corot dan tak popular. Dua tahun dulu parti Buruh menang hebat tapai GAGAL TUNAI JANJI – kah kah kah – macam dah pernah dengar dan alami kah kah kah
DALAM MASA 10 TAHUN UK ADA 7 PERDANA MENTERI – negara hebat – kita ada berapa MALAON ? kah kah kah.
IRAN AMERIKA
Iran dapat jua minyak – sekatan di tarik – Amin
Juga Iran akan dapat berbilion dolar – amin.
TONY PUA PRO FEUDAL
Ramai tak sedar bahawa Tony Puan ini adalah benteng kaum feudal di Malaysia – orang macam Tony Pua ini menaikkan SEMANGAT MELAYU UNTUK PERTAHAN KAUM FEUDAL DARI SERANGAN MALAON MACAM TONY PUA.
AWALNYA dilaman sosial media ramai anak muda telah bangun BERSUARA bila TMI tibai Madafaka.
Ceriat lama kes bunuh muncul kembali malah ada yang cadang TMJ masuk politik – jeng jeng jeng.
MUNCUL TONU PUA – Semua Melayu bersatu KUTUK DAN TIBAI TONY PUA DARI DAP.
Woit mana AZIZ BARI ? Masih tidur mimpi nak jadi MB Perak ke ? Kah kah kah.
HOKKIEN
Pagi ini kering indah. Di Belukar tepi pagar Jantan Berkokok. Atas bukit Terkukur berlagu – dari jauh Gagak mendayu dayu.
Mata hari dah muncul – cahaya lemah – langit indah biru berawan putih – Jalan kosong takda sapa menunggu.
Gua berjalan ke Wakaf 3 – hanya Tak Tak setia menunggu. Pulang dekat Pokok Ara Ibu Itam muncul. Sampai di Wakaf Pertama gua lihat Tiong atas atap menunggu.
Pagi ni hanya Ibu Itam dan Tiong yang datang makan – yang lain tidak muncul – MANA MEREKA BERTANDANG ?
Gua ambil gambar makam Orang Kaya tapi dah kena tinggal – kawasan makam luas -satu ketika dulu pasti hebat dengan ukiran burung dan tembikar – hari ini – anak cucu cicit dah lupa – inilah perjalanan hidup.
Hari ini akan panas – malam enak. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUTA
PAGI SELASA SEPERTI BIASA
BRO
Jalani hari ini macam lu baru jumpa kekasih baru.
BRO
Ingat kembali zaman kakak-kanak bila lu nak dapat kasut baru sebelum Hari Raya.
BRO
Senyum dan ingatkan kali pertama lu cium lidah. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)













