NEGERI 9 AKAN
ADA KERAJAAN
BARU
MB BARU DAN
YAM TUAN BARU
KHALAS
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ditangguh, tumpuan ke PRN Negeri Sembilan
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dijadualkan pada 23 hingga 25 Jun telah ditangguhkan, menurut laporan media.
Straits Times Singapura melaporkan penangguhan itu susulan pertikaian mengenai takhta di Negeri Sembilan.
"Walaupun jurucakap Istana Negara mengesahkan pembatalan mesyuarat Majlis Raja-Raja kepada Straits Times pada 23 Jun, tiada butiran lanjut diberikan.
"Tetapi beberapa sumber, termasuk seorang ketua menteri yang dijadual menghadirinya susulan mesyuarat pra-majlis sembilan raja-raja itu, memberitahu ST bahawa wujud kebimbangan sama ada wajar untuk meneruskannya memandangkan terdapat dua pihak yang menuntut takhta Negeri Sembilan," menurut laporan itu.
Straits Times juga mendakwa perkembangan itu menimbulkan keraguan sama ada pilihan raya negeri di Negeri Sembilan, yang ditetapkan pada 1 Ogos, akan berlangsung.
Sementara itu, akhbar The Star pula mengaitkan penangguhan tersebut dengan krisis di Negeri Sembilan, dengan melaporkan lima raja-raja kanan termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan beberapa hari lalu.
"Raja-raja mahu perkara itu diselesaikan dahulu dan tidak dibawa ke mahkamah," kata seorang pemerhati istana.
Pada 5 Jun, Malaysiakini melaporkan bahawa undang luak dan pemimpin adat Negeri Sembilan membantah secara rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri yang diumumkan oleh Menteri Besar Aminuddin Harun malam sebelumnya.
Dalam surat yang dihantar melalui peguam mereka kepada Speaker Dewan Undangan Negeri MK Ibrahim Abd Rahman, undang luak berkata keputusan itu dibuat tanpa kebenaran mereka sebagai pemerintah bersama negeri.
Mereka mendakwa tindakan Aminuddin melanggar perlembagaan negeri Negeri Sembilan dan menggesa speaker mengambil tindakan pembetulan segera.
Pada hari yang sama, undang luak juga memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu, menggantikan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Ini menimbulkan persoalan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Tuanku Mukhriz.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan sokongannya terhadap pilihan raya di Negeri Sembilan, menegaskan bahawa kedaulatan undang-undang dan amalan adat mesti dipatuhi pada setiap masa.
Mengisytiharkan bahawa kerajaan persekutuan terus mempertahankan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar, Anwar berkata walaupun dia tiada bantahan terhadap penyuaraan pendapat yang berbeza, pendirian sedemikian harus disampaikan dengan sewajarnya.
“Saya menyokong penuh tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan oleh kerana simpang siur yang tidak tentu arah ini sebaiknya diadakan pilihan raya dan Tuanku juga telah perkenan.
“Jadi bagi kita, jalan terus, kita masih bersama dengan Tuanku Muhriz selaku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan jalur lain kalau dibuat mengikut jalur, kita tidak menghalang,” katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan