Jumaat, 19 Jun 2026

JUMAAT 19 JUN DAH SAMPAI - JADI KE TAK JADI ?

 


JUMAAT 19 JUN 2026

DAH SAMPAI

JADI KE TAK JADI

?

KHALAS

PRN JOHOR TENTUKAN NASIB BERSATU


KALAU BUNGKUS

DI PRN JOHOR

MAKA BERSATU

BOLEH TUTUP KEDAI

AMIN

TENGKU MUKRIZ BUKAN LAGI YAM TUAN


TENGKU MUHRIZ

BUKAN LAGI

YAMTUAN BESAR

NAK DOAKAN

PASAI APA?

KAH KAH KAH

KHALAS



Undang Yang Empat arah khutbah Jumaat doakan Tunku Nadzaruddin
Krisis institusi adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan berhubung pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar yang baru membawa kepada arahan Undang Yang Empat supaya khutbah Jumaat mendoakan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar.

Sabda arahan itu dikeluarkan Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin kepada Mufti Negeri Sembilan, Faudzinaim Badaruddin bertarikh 9 Jun lalu.

Berdasarkan surat yang dihantar kepada mufti, arahan berkenaan membabitkan masjid-masjid dalam kawasan Luak Sungai Ujong; Luak Jelebu; Luak Johol; Luak Rembau dan Wilayah Tampin.

"Oleh yang demikian, berdasarkan kepada Perkara 181 (1) Perlembagaan Persekutuan serta prerogatif kami selaku Ketua Agama dalam Luak dan Wilayah kami, maka dengan ini mensabdakan untuk YB Sahibus Samahah mengarahkan Kadi-Kadi dalam Luak dan Wilayah kami untuk mendoakan DYMM Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 dalam khutbah kedua solat Jumaat berkuatkuasa serta merta.

"Kerjasama serta perhatian YB Sahibus Samahah dalam perkara ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih jua. Sekian," kata surat berkenaan.

Peguam kepada Undang Luak Jelebu, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mengesahkan surat berkenaan telah dihantar kepada mufti.

Bagaimanapun dia tidak dapat mengesahkan arahan itu dilaksanakan di masjid-masjid berkenaan.

Pada 5 Jun lalu, Tunku Nadzaruddin dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di sebuah resort di Melaka.

Pemasyhuran berkenaan diisytiharkan oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

Bagaimanapun, Pengelola Bijaya Diraja Azizi Mohamad Ali kemudian mengumumkan istiadat pemasyuran itu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan.

Dia berkata tindakan Tunku Nadzaruddin itu dengan sendirinya telah melepaskan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandangnya.

Sementara itu, Faudzinaim mengesahkan surat berkenaan dihantar ke pejabat Mufti Negeri Sembilan.

Dia berkata perkara itu di luar bidang kuasanya, sebaliknya ia di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan.

"Perkara tersebut adalah di luar bidang kuasa jabatan mufti. Ia di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan," katanya kepada Malaysiakini.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan komen Jabatan Agama Islam Negeri berhubung perkara ini.

Krisis adat dan institusi beraja di Negeri Sembilan bermula pada 17 April lalu apabila Mesyuarat Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) di Istana Besar Seri Menanti mengesyorkan agar Mubarak Dohak ditamatkan perkhidmatan sebagai Undang Luak Sungai Ujong.

Sebanyak 33 alasan pelanggaran adat dikemukakan bagi menyokong tindakan tersebut.

Berikutan itu Undang Yang Empat mengumumkan pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar dan cuba menabalkan Tunku Nadzaruddinsebagai pengganti.

Mereka juga menuntut Menteri Besar, Aminuddin Harun meletakkan jawatan kerana didakwa gagal melaksanakan keputusan Undang yang empat.

BUKIT BINANG DISUCIKAN KEMBALI


BUKIT BINTANG

DISUCIKAN

KEMBALI

KAH KAH KAH

TIONG

KAH KAH KAH

LU NAK BUAT 

APA ?

KAH KAH KAH

NAK BUAT

MANDI BUIH KE?

KAH KAH KAH

KHALAS




Solat Jumaat di Bukit Bintang bermula hari ini

Umat Islam di sekitar Bukit Bintang dapat menunaikan solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang mulai hari ini susulan kelulusan khas yang diberi bagi tujuan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan menerusi hantaran di Facebook berkata kemudahan berkenaan diberi secara sementara sehingga surau Jumaat kekal di lokasi itu siap dibina.

“Sejarah bakal tercipta di Bukit Bintang esok (hari ini)! Atas izin Allah dan kelulusan khas, solat Jumaat kini boleh ditunaikan di Outreach Oasis Bukit Bintang buat sementara waktu sehingga surau Jumaat kekal siap dibina kelak.

“Selepas ini, tak perlu kelam-kabut nak kejar masa atau bersesak pergi jauh demi menunaikan kewajipan, insya-Allah,” katanya.

Zulkifli turut mengajak umat Islam, khususnya warga Bukit Bintang, untuk hadir dan memeriahkan pelaksanaan solat Jumaat di lokasi berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap syiar Islam.

“Jom, penuhkan saf tanda sokongan padu ummah untuk syiar Islam.

“Hari Jumaat hari penuh barakah! Kita rehatkan minda, bersihkan jiwa dan imarahkan solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang esok!” katanya.

Kerajaan sebelum ini berusaha untuk mewujudkan surau Jumaat yang selesa di Bukit Bintang bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan ibadah di kawasan tumpuan pelancong itu.- Bernama

TERKINI TENOWW TER HOTT


TERKINI

TER NOWW

TER HOTT


GENCATAN SENJATA AKAN
 TERBATAL BALIK ?

TERKINI: Delegasi Iran tidak akan pergi ke Switzerland kerana pelanggaran gencatan senjata Israel yang berterusan di Lubnan 

China memberi amaran kepada Israel agar tidak menghalang pemahaman antara Iran dan AS

China telah memberi amaran kepada Israel agar tidak menghalang pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Iran dan AS, menggesa semua pihak untuk mengambil langkah-langkah konkrit bagi menyokong keamanan di rantau ini dan mewujudkan keadaan untuk perundingan di masa hadapan.


Group 5.0
https://chat.whatsapp.com/DLOs5k3ODHd7exzM4QQatS?mode=ems_copy_c

Channel
https://t.me/breakingnewsbmbi

MATI DALAM PENJARA


MAMAT INI

UMUR 67 TAHUN

KENA JIL 33 TAHUN

AMIN

LANGKAH BIJAK

DALAM  JIL

SEMUA SIAP

TAK BAYAR LETERIK

TAK PERLU MASAK

TAKDA SEWA BILIK

SAKIT DIHANTAR

KE HOSPITAL

SEMUA BERES

KAH KAH KAH

67 TAHUN BEBAS

DILUAR DAH PUAS

KHALAS



Warga emas rogol, amang seksual cucu 12 dan 9 tahun dipenjara 33 tahun, 14 sebatan


MUAR – Seorang pesara dijatuhi hukuman penjara 33 tahun dan 14 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima kesalahan merogol dan amang seksual fizikal terhadap dua cucu perempuannya tahun lalu.

Hakim Mohd Khairi Haron menjatuhi hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 67 tahun mengaku salah terhadap lima pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama dan keempat, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan amang seksual terhadap cucunya berusia 12 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Batu Pahat.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Peruntukan di bawah Seksyen 14 ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebatan manakala Seksyen 16 sebagai tambahan hukuman, penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak kurang dua kali.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa merogol mangsa dengan kejadian itu juga berlaku di rumah sama antara Januari hingga Disember tahun lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara sehingga 30 tahun atau sebatan bagi setiap pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Pertuduhan kelima pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi adik mangsa berusia sembilan tahun dengan kejadian itu juga berlaku di lokasi sama tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang tahanan selain pengawasan polis selama tiga tahun sebaik selesai hukuman selari dengan Seksyen 26 dan 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK).

Pada 11 Jun lalu tular video seorang wanita tidak dapat menahan kemarahan dengan menjerit sekuat hati terhadap seorang lelaki warga emas yang mengaku merogol cucunya di sebuah rumah di daerah ini sejak tahun lalu.

Pengakuan itu menyebabkan wanita dipercayai ibu mangsa meraung sambil menyebut ‘Allahuakbar’ selepas anak perempuannya berusia 13 tahun mendedahkan kejadian itu kepadanya beberapa sebelum kejadian itu.

Melalui video berdurasi 1:04 saat itu, suspek mengakui melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap cucunya.

“Ada juga buat,” demikian pengakuan warga emas dalam satu video tersebut yang tular selepas ditanya oleh anaknya.

Menerusi video itu juga, suspek meminta ahli keluarga membuat laporan selepas mengaku melakukan perbuatan keji terhadap cucu kandungnya. – MalaysiaGazette

 

BILA ROSMAH AKAN MASUK KE PENJARA?


BILA ROSMAH

AKAN MASUK

KE PENJARA ?

AMIN


𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚 𝟭𝗠𝗗𝗕 𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥, 𝗕𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕

✍️ Ahmad Mursi

1.  Bila Mahkamah keluarkan 809 muka surat alasan penghakiman bertulis kes 1MDB Najib, semua orang boleh baca dan nilai sendiri betapa besarnya bencana 1MDB kepada negara.

2.  Bukan cerita kosong. Bukan fitnah politik. Kes ini dibicara merentasi kerajaan BN, PH, PN.

3.  Dalam dokumen itu, boleh tengok rekod transaksi dan dapatan mahkamah bagaimana wang berbilion ringgit mengalir keluar daripada akaun berkaitan 1MDB, masuk ke akaun-akaun perantara, sebelum sebahagiannya berakhir dalam akaun peribadi Najib.

4.  Bayangkan negara buat hutang atas nama pembangunan. Tapi duit hutang itu sebahagiannya mengalir masuk dalam akaun peribadi, sebahagian lagi digunakan untuk melabur. Rakyat dan negara jadi tukang bayar hutang.

5.  Beban hutang tu ditanggung sampai puluhan tahun. Anak yang lahir masa skandal tu 2013, dah kahwin anak dua nanti pun, kerajaan tak habis bayar lagi 2043.

6.  Sebab itu kalau UMNO Johor dan kelompok politik yang rapat dan ada talian darah dengan Najib masih mahu berkempen untuk mencuci imej Najib, rakyat Johor kena nampak perkara ini sebagai isu besar.

7.  Ini bukan soal benci Najib atau nafikan jasa dia dalam hal pembangunan.

8.  Ini soal negara pernah dimalukan dengan skandal kewangan dan rasuah terbesar dalam sejarah negara.

9.  Imej Malaysia rosak. Keyakinan pelabur terjejas. Duit yang sepatutnya boleh pergi kepada pendidikan, kesihatan, kebajikan rakyat dan pembangunan negara, kini terpaksa digunakan untuk menanggung beban hutang skandal lama.

10.  Jadi bila Onn Hafiz jadikan Najib sebagai antara tema kempen awal BN Johor, eloklah jangan terlalu kuat bercakap soal integriti dan politik bersih.

11.  Kalau betul UMNO Johor mahu berubah, mulakan dengan berani mengaku kesilapan lama dan move on.

12.  Bukan hidupkan semula nostalgia terhadap zaman yang sudah menjahanamkan negara.

13.  Najib bukan mangsa. Banyak negara lain juga sudah menghukum individu yang terlibat dalam aliran wang haram 1MDB.

14.  Fakta itu tak boleh dipadam dengan kempen simpati.

15.  Dalam PRN Johor ini, rakyat kena fikir masa depan. Bukan terperangkap dengan nostalgia politik lama.

16.  Kalau UMNO Johor masih mahu kembali kepada budaya dan penyakit lama, rakyat Johor patut tolak.

17.  Negara ini perlu bergerak ke depan, bukan kembali memutihkan skandal yang jadi luka kepada negara dan rakyat negara kita.

https://www.facebook.com/share/p/1DCV18sKwo/

MADFAKA BERI INGATAN PADA MADAFAKA


MADAFAKA

ANWAR

BIN IBRAHIM

BERI INGATAN

PADA

MADAFAKA

ANWAR 

BIN IBRAHIM

KHALAS

alamakkkkk DS Anwar Ibrahim dah sound PMX....pemimpin mcm DS Anwar ni yg kita mahukan berani direct sound PMX....

INI 14 FASAL PERJANJANJI MOU AMERIKA-IRAN


INI 14 FASAL

ISI PERJANJIAN MOU

AMERIKA-IRAN

AMIN

GARIS REVOLUSI ANTI AMERIKA !!!


GARIS POLITIK

SYIAH GARIS

REVOLUSI

ANTI AMERIKA

AMIN

JUSTERU WAJIB

DISOKONG

AMIN

ISHAM RAIS

BUKAN SYIAH

DIA TAK 

SEMBANYANG

KHALAS

Unknown commented on 
"RAKYAT TAK PILIH MADAFAKA"

rakyat pilih puak syiah ke? ye ali, ye habibi, ye khamenei! kah kah kah!


Unknown commented on 
"PAGI INI"
puak syiah tusuk jarum lagi. kalaulah hebat sangat kenapa tak serang rumah putih secara langsung? tak ada bola ke? kah kah kah!

Unknown commented on
 "BOSNIA BERKULIT PUTEH"
puak syiah tak payah menyemak di brickfields, isham dan rohingya boleh berambus ke myanmar! kah kah kah!

NETANYAHU AKAN SABOTAJ TRUMP



SETANYAHU 

ZIONIS ISRAHELL

AKAN SABOTAJ

AMIN

BEBANON AKAN

TERUS DISERANG

KHALAS


Republikan kecam perjanjian Iran Trump apabila butiran mula didedah


WASHINGTON: Perjanjian sementara yang dicapai Presiden Donald Trump untuk menamatkan perang dengan Iran menerima kritikan hebat daripada beberapa anggota Parti Republikan sendiri apabila salinan perjanjian yang ditandatangani mula diedarkan di Capitol Hill hari ini.

Seorang senator Republikan menyifatkan kerangka perjanjian yang diumumkan minggu ini sebagai "kesilapan dasar luar paling buruk dalam beberapa dekad", manakala seorang lagi berkata beberapa peruntukan yang dilaporkan kelihatan "tidak bijak".

Beberapa pengulas konservatif yang lazimnya menyokong Trump turut mengkritik perjanjian itu.

Kritikan berkenaan merupakan teguran yang jarang berlaku daripada ahli-ahli Republikan yang selama ini kebanyakannya memberikan sokongan penuh kepada Trump.

Namun, mereka semakin bimbang apabila kesan ekonomi konflik Iran menjejaskan peluang parti itu menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada November yang akan menentukan penguasaan Kongres.

Parti Demokrat, yang berusaha merampas semula kawalan satu atau kedua-dua dewan Kongres, turut mengkritik perjanjian berkenaan.

Rumah Putih menghantar teks Memorandum Persefahaman (MOU) AS-Iran kepada anggota Kongres pada Khamis, sehari selepas Trump menandatangani perjanjian awal untuk menamatkan perang.

Dokumen yang dilihat Reuters itu sepadan dengan kandungan yang dibacakan oleh seorang pegawai AS pada Rabu.

Ahli-ahli Kongres daripada kedua-dua parti berkata, mereka mahukan lebih banyak maklumat daripada Rumah Putih.

Menjelang Khamis, pembantu kongres memaklumkan bahawa tiada taklimat diberikan kepada Kongres mengenai perjanjian itu atau rancangan pentadbiran Trump, dan tiada sebarang jadual taklimat diumumkan.

Kritikan Terhadap Pelepasan Aset Iran

Antara kritikan paling keras ialah laporan bahawa pentadbiran Trump bersetuju melepaskan aset Iran yang dibekukan, membenarkan penubuhan dana kekayaan swasta bernilai AS$300 bilion untuk merangsang pelaburan di Iran serta melonggarkan sekatan ekonomi.

Senator Republikan dari Louisiana, Bill Cassidy, berkata cita-cita nuklear Iran tidak berjaya dibendung.

"Iran kini belajar bahawa mengancam Selat Hormuz berkesan dan mereka pasti akan menggunakan taktik itu lagi pada masa depan," katanya.

Beliau menyatakan bahawa sebelum perang, Selat Hormuz terbuka dan Iran berdepan sekatan yang ketat.

"Kini, 13 rakyat Amerika terbunuh, keluarga-keluarga membayar berbilion dolar untuk bahan api, sekatan akan ditarik balik dan pengeboman dihentikan. Ini adalah kesilapan dasar luar paling buruk dalam beberapa dekad," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat, Roger Wicker, pula bimbang MOU itu mengorbankan kejayaan ketenteraan Amerika.

Beliau juga menentang sebarang langkah memaksa Israel menghentikan operasi terhadap Hizbullah di Lubnan serta membantah penarikan sekatan atau pelepasan dana Iran hanya sebagai balasan kepada persetujuan Iran untuk berunding selama 60 hari lagi.

Trump Balas Pengkritik

Trump membalas kritikan itu menerusi media sosial.

"Golongan bodoh ini, yang fikir saya tidak cukup tegas terhadap Iran, sedangkan pasaran saham baru sahaja mencatat rekod tertinggi dan harga minyak sedang menjunam, sama ada mereka cemburu, berniat jahat atau tidak bijak. MAKE AMERICA GREAT AGAIN!," katanya.

Perjanjian yang membuka semula Selat Hormuz dan menamatkan konflik itu dilihat sebagai perkembangan positif bagi Trump, yang memerlukan jalan keluar daripada perang yang telah meningkatkan harga tenaga dan mengurangkan sumber ketenteraan Amerika.

Namun, pengkritik berhujah bahawa perjanjian sementara itu memberi manfaat besar kepada Iran sebagai pertukaran kepada dua perkara yang sebenarnya telah dimiliki Amerika sebelum perang, iaitu laluan Hormuz yang terbuka dan janji Iran untuk tidak membangunkan senjata nuklear.

Pengulas Konservatif Turut Mengkritik

Pengulas konservatif terkenal, Ben Shapiro, yang sebelum ini menyokong serangan AS-Israel terhadap Iran, menyifatkan memorandum tersebut sebagai "bencana".

Beliau menyalahkan Naib Presiden, JD Vance kerana menyokong perjanjian itu.

"Berdasarkan teks yang ada, MOU ini kelihatan seperti satu bencana yang gagal mencapai matlamat utama pentadbiran," katanya.

Seorang lagi penyokong kuat Trump, Mark Levin, turut mengkritik keputusan pentadbiran yang tidak memasukkan isu peluru berpandu balistik Iran dalam perjanjian.

"Meremehkan ancaman peluru berpandu ini dan tidak memasukkannya dalam sebarang perjanjian adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab," katanya.

Ada Republikan Yang Menyokong

Walaupun menerima kritikan, perjanjian itu masih mendapat sokongan daripada sebahagian Republikan.

Senator Republikan dari Kansas, Roger Marshall, memuji Trump kerana memilih "jalan menuju keamanan berkekalan dan bukannya satu lagi perang tanpa penghujung".

Beliau berkata akan terdapat kawalan terhadap bagaimana Iran membelanjakan dana yang diterima dan wang tersebut tidak datang daripada pembayar cukai Amerika.

Perlu Semakan Kongres

Ahli-ahli Kongres mungkin akan menyemak perjanjian itu pada masa hadapan.

Di bawah Akta Semakan Perjanjian Nuklear Iran-Amerika Syarikat (INARA), sebarang perjanjian yang melibatkan program nuklear Iran dan pelonggaran sekatan perlu diteliti oleh Kongres.

Pentadbiran Trump memberikan isyarat bercampur-campur sama ada perjanjian itu akan dihantar untuk semakan Kongres.

Namun beberapa ahli politik, termasuk Senator Republikan, Lindsey Graham berkata dokumen tersebut mesti dibawa ke Capitol Hill untuk diteliti. - REUTERS