Ahad, 7 September 2008

HASRAT TUKAR KERAJAAN BAHAYA: ONGKILI - Berita Hairan

KUDAT: Hasrat pembangkang mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 September ini bukan setakat pakatan jahat, malah berbahaya kerana mengancam politik dan ekonomi negara, kata Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat sanggup membelakangkan etika berpolitik dengan mencuba membentuk kerajaan baru dengan kaedah memujuk Ahli Parlimen BN keluar parti dan menyertai pembangkang demi kepentingan politik sempit mereka.

Mengapa Pakatan Rakyat degil dalam mencanangkan pembentukan kerajaan terdiri daripada ahli politik yang tidak berprinsip.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Ahli Parlimen BN tidak boleh dijual beli untuk semangkuk bubur politik.

"Adakah kita ingin melihat negara ini ditadbir oleh `Ahli Dewan Rakyat katak' yang pasti menggadaikan hak rakyat," katanya.

Beliau meminta kerajaan mengambil tindakan tegas, termasuk menggunakan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pihak yang menimbulkan ketakutan rakyat dengan menyebarkan dakyah dan pembohongan.

Kah kah kah…. maximus biggus dikkus bercakap lagi….
Etika politik…… kah kah kah kah.
Ahli dewan rakyat katak….. kah kah kah …. braim ali dia perli hang….kah kah kah.

Laa aaaaaa cakap beretika dan berprinsip….. nak tangkap  guna ISA…..tu pasalaaaa rakyat nak tukar kerajaaaan…. ngok ....maximus biggus dikuss ni boduss sanguss…kah kah kah.

maximus biggus dikuss yang boduss sanggus ini kita akan bagi dia tiga mangkuk bubur….kah kah kah.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mr Maximus,mana ada kita bohong, betul lah ni....rakyat tak takut
tetapi suka malahan lebih 80% yg menyokong perubahan untuk tukar kerajaan baru.
ISA MISA ni tak perlu dan awak jgn nak takutkan kita balik.
Lempang mulut tu nanti bisu baru tau.... cehhhh!!!

Tanpa Nama berkata...

bukan rakyat yg takut...
diorang yg takut....
apa tak nya, nanti jawatan hilang onkos pun melayang.....
nanti lempang muka tu jadi lemping...pun sodap!!!

The Trader berkata...

Optimus Prime aka Maximus Ongkili kalau taj tukar kerajaan lagi bahaya..
Barisan kabinet BN tu semua ulaq ayaq..tak kira lagi pengikut bawah depa bukan takat projek kampung depa nak sebat projek buat jamban pun la ni depa nak sebat...tambah pulak budget pak lah umum kurang projek untuk kelas F..

maksimus..hang pun patut lompat..dok nampak hang pun mai satu macam punyiaa bahay..sikit-sikit ISA...sikit-sikit ISA apa hang ingat ISA bapak hang yang punyiaaa?

Tanpa Nama berkata...

bro isham kalau makan gulai itek...nampak Maximus datang baling je tulang itek kat kasut dia.....waaa waa waaaaa!!

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan PAS pernah 'dijatuhkan' BN secara tidak demokratik
KUALA NERUS, 7 Sept (Hrkh) - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempunyai pengalaman 'pahit' apabila parti itu pernah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh Parti Perikatan yang kini dikenali Barisan Nasional (BN).
Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata kerajaan PAS yang memenangi Pilihan Raya Umum Pertama tahun 1959 pernah 'dijatuhkan' oleh parti Perikatan.
Katanya, pada waktu itu parti Perikatan hanya mempunyai tujuh kerusi tetapi telah berjaya mengemukakan usul undi tidak percaya tersebut.
Akhirnya, menurut Ustaz Abu Bakar usaha tersebut berjaya menjatuhkan kerajaan Pas Terengganu setelah mendapat sokongan dari tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti Negara yang dipercayai telah 'dibeli' pihak tertentu.
"Kita (PAS) ada pengalaman itu. Kerajaan PAS Terengganu tahun 1959 tidak dapat bertahan lama kerana pada 30 Oktober 1961, parti Perikatan telah membawa usul undi tidak percaya dan 'disokong' pula oleh tiga wakil parti Negara," jelasnya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, keadaan itu menyebabkan parti Perikatan atau Barisan Nasional (BN) sekarang berjaya memerintah Terengganu hingga hari ini kecuali pada tahun 1999-2004.
Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Nerus menyelar pihak-pihak tertentu termasuk kerajaan Barisan Nasional agar tidak bercakap soal demokrasi.
Ini kerana, katanya sejarah silam telah membuktikan mereka (BN) menggunakan cara yang sama bagi membentuk kerajaan di Terengganu pada waktu itu.
Menurut Ustaz Abu Bakar, bukan menjadi suatu masalah besar sekiranya Pakatan Rakyat mampu mengambil-alih kerajaan dengan cara yang hampir sama.
Katanya, tidak ada undang-undang yang menghalang seseorang ahli atau pemimpin parti politik keluar daripada parti bagi memilih parti lain yang lebih sesuai. - mns _

Tanpa Nama berkata...

Oii Maximus Ong ong....Dulu masa PBS...yang kebanyakan katak lumpat pergi BN zaman pemenrintahan Ductur Mahathirr Zalim apa kau mau cakap? Kami rakyat sabah bersusah payah mengharapkan sabah di perintah oleh PBS yang kebanyakan pergi lumpat tuh apa kau cakap? Memang kau nie maximus terkena makan rasuah seperti si pairin ketua kau...dimana sudah kebernian dizaman PBS kamu tuh? Oiii Menteri-menteri WAKE UPlah...janganlah pentingkan poket kamu tuh, macam rakyat disabah nie? Kami perlukan pemimpin bersih bukan pemimpin yang asyik-asyik TIDURR cam bodowi

Tanpa Nama berkata...

Salam Tok Hisham,

Fobia smpi nak pki ISA ye juak2 Panji Keris ni..

Kah kah kah

Takde lagi ke senjata selain akta karut ni???

Tanpa Nama berkata...

wa cakap lu c ongkili takkan melompat . sapa tak kenal PBS? dulu punya hebat. la ni uda jadi balaci BN. PBS masuk BN dulu pun kerja dia la. dia muzakarah dgn bn . tak heran menteri ja jwtn dia pegang. ramai lg yg boleh jd menteri. dia kalo boleh mau c najib jd pm. takut kalo krjn bertukar. hahahaha