Selasa, 16 Disember 2008

MOGOK NELAYAN MEREBAK - 45,000 TIDAK TURUN KE LAUT – Malaysian Insider



KUALA LUMPUR, Dec 16 — Para nelayan di 11 buat negeri di Malaysia telah mogok. Mereka menuntut harga minyak diesel diturunkan.

Dari laporan harian Sin Chew mogok ini telah melonjakkan harga ikan di pasaran. Ada ikan yang 3 rinngit dan ada yang telah naik 4 ringgit dari harga lama.

Jumlah nelayan yang mogok ialah 45,000. Kapal nekayan yang tidak turun ke laut berjumlah 15,000.

Pada awalnya hanya nelayan di 7 negeri yang mogok – Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah , Pulau Pinang, Selangor, Johor. Ini diikutyi di Perak mogok nelayan bermula Jummat lalu.

Kelantan dan Terangganu pada ketika ini dalam musim tengkujuh.

NOTA : Akhbar Melayu tidak ada laporan tentang mogok ini. Satu lagi KEMPEN PETAKA.








8 ulasan:

jab sp berkata...

sedikit kerisauan dan sedikit kemuskilan ,kemungkinan ada wayang kapitalis disebalik semua ini.
tradisi bisik bisk harga tertinggi,tradisi pemborong kaut keuntungan berganda daripada harga pendaratan wajar di ambil kira olih olih para nelayan.
pesatuan nelayan bukan setakat tangkap ikan dan hasil RM entah kemana.yang perlu persatuan sendiri perlu pasarkan harga dan bukan serah bulat bulat pada pemborong gila harga.

Tanpa Nama berkata...

Ini sudah maju daripada 20,000 naik ke 45,000. Percayalah jika nelayan dah sedar dan tiada lagi rasa takut untuk mengungkapkan rasa tidak senang terhadap pemerintah, kerajaan akan gentar, tapi kesianlah para polis terpaksa benggang nak jaga 'kententraman' awam meskipun mereka sedar apa yang nelayan sebagai golongan kurang pendidikan formal berhak dan tak salah bertindak demikian. Golongan terpelajar, bila lagi nak tunggu sehingga AUUKU dimansuhkan?
Dulu kita tak percaya nelayan yang banyak dapat bantuan subsidi kerajaan boleh mogok dan tunjuk perasaan.

Tanpa Nama berkata...

Kemana Farouk pergi ni


takdak ulasan lagi niii... lekas lah farouk bagi ulasan lemah awak tu...

Tanpa Nama berkata...

NELAYAN2 SEMUA!!

KALAU ADA PEMIMPIN BN 'PRIHATIN' DAN NAK BANTU KORANG,JANGAN LUPA BAWAK KASUT EXTRA MASA PEGI JUMPA PEMIMPIN TERSEBUT YE..

DK berkata...

"either the fishermen are being hoodwinked by middle men for huge profits or they are simply just making excuses to get cheaper fuel for smuggling purposes."

http://dksdreamworld.blogspot.com/2008/12/fishy-business-in-fish-catching.html

KESINAMBUNGAN YANG PERLU DIURUSKAN SEBELUM... berkata...

Adoi....penin penin ikan mahal..minyak dah turun ciput hapi tak hapi tu sama...orang kampung gigitlah apa yang nak gigit dah ada raamai orang melayau yang dah gantung diri gua cakap luuu

Tanpa Nama berkata...

Ikan di pasar cukup mahal,sebelum mogok lagi.Sekarang lagi lah mahal.Yang peliknya harga ikan mahal ,tapi bila aku kampung nelayan,Kuala Pahang dan Tg Lumpur tak nampak pun nelayan yg kaya raya,mengapa begitu,siapa yg sebenarnya mengaut untung dari keringat mereka?.

Tanpa Nama berkata...

Semalam kata nelayan dah berhenti mogok selepas harga baru subsidi diesel diumumkan? Ni kata 45,000 nelayan mogok lagi...Mana satu yang betul ni?...