Khamis, 12 Februari 2009
10 BULAN BOLEH SELESAI - 50 TAHUN SATU HABUK TAK JADi - Mkini
KERAJAASN PAKATAM PERAK BERJAYA SELESAI ISU-ISU TERTUNGGAK
Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.
Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:
- Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.
- YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.
- Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.
- Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.
- Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.
- Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.
- Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.
Ambiga berkata, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Sudah lebih 50 tahun pihak gerombolan menafikan pembangunan
sosial orang asli Tanah Melayu.Tanah mereka dirampas untuk
projek mega dan hutan balak hak mereka dinafikan...kini bila gerombolan terdesak dan waktu pilihanraya barulah kita lihat dan dengar orang asli diberi perhatian. Sekalong tahniah buat MB DSNizar kerana membuat kerja dalam diam tak perlu publisiti hanya rakyat yg celik mindanya dapat menilai kualiti kepimpinan DS.
patutla nak sgt kt perak ni..
byk projek kena cantas...
kahkahkah
Ambiga berkata, Majlis Peguam gumbira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit!
Kami rakyat marhaen juga tumpang gumbira bila ada TELUs ,mesrakyat peribumi,mesralam tiada tanah runtuh-rantah jaus dari rompakan....tiada zionis !baru ada cools ,usah Putarjaya natangtunya la ni nanti HANCUS TErmasuk DBP dah kemuzium....ahai la yeop macammana demo tuk Musa Hassan main kayu tigo
bumiputera asal juga yang lebih teruk kena kikis rupanya!
Catat Ulasan