Khamis, 12 Februari 2009

BERITA BARU MASUK ! HADIAH OSCAR KECOH DI LOS ANGLES BRADD PITT BENGANG - DADAH DITEMUI


LAPORAN SECARA LANGSUNG - SILA JANGAN BETULKAN SALURAN ANDA


Penguam pembela yang di tuduh tanya : MACAM MANA KAMU TAHU ?

Saksi yang menuduh jawab :. SAYA TAHU LAH…

Peguam pembela yang dituduh tanya : TAHU MACAM MANA ? BAGAIMANA KAMU TAHU ?

Saksi yang menuduh jawab : TAHU MACAM TAHU LAAAA…

Peguam pembela yang dituduh tanya : ADA KAMU LAKU KAN SIASATAN ?

Saksi yang menuduh jawab : DAH TAHU TAHU TAK PERLU SIASAT.

Peguam bela yang di tuduh bertanya : TIDAK SIASAT MACAM MANA TAHU ?

Saksi yang menuduh jawab : SAYA TAHU LAH…

Peguam pembela yang di tuduh tanya: KAMU INI BODOH KE BANGANG ?

Saksi yang menuduh jawab : SEMUA ORANG RAMAI TAHU

Peguam pembela yang dituduh jawab : DARI MANA ORANG RAMAI TAHU ?

Saksi yang menuduh mula-mula berpeloh-peloh. Kemudian dia sendawa. Kemudian menguap. Kemudian dia terkentut. Akhirnya menangis.

Tiba-tiba PENDAKWA masuk mencelah : SI MAMAT INI PENGADU BUKAN PENYIASAT.

ah kah kah… kah kah kah…. kah kah kah

woit… INI PENDAKWA KE ?... ATAU TUKANG BELA ….kah kah kah

woit … ATAU TUKANG TUTUP CERITA……kah kah kah


( untuk mengikuti laporan sukan ini sila jangan ubah saluran tv anda)



TIADA KETERANGAN DIREKODKAN DARI TPM - SAKSI

PETALING JAYA: Saksi kelima pendakwaan, DSP Gan Tack Guan, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa tiada keterangan direkod daripada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes hasutan membabitkan penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin.

Penolong Pengarah Pusat Biro Nasional/Interpol itu berkata, ini kerana siasatan polis mendapati Timbalan Perdana Menteri itu tidak terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Beliau (Najib) tidak dipanggil untuk memberi keterangan setelah segala siasatan pihak polis dijalankan dan mendapati beliau tidak terlibat dalam kes ini," katanya.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Raja Petra, Gobind Singh Deo, membantah dengan mendakwa bagaimana Gan boleh menyata sedemikian sedangkan tiada sebarang keterangan direkodkan daripada Najib.

"Bagaimana awak boleh mengetahuinya sedangkan tiada sebarang keterangan diambil, tolong jangan main-main, keadaan kes ini terlalu teruk," kata Gobind.

Ketika disoal balas oleh pihak pembelaan, Gan tetap bertegas dengan menyatakan tidak perlu untuk menyiasat atau mengambil sebarang kenyataan daripada Najib kerana tiada unsur penglibatan beliau.

Keadaan menjadi tegang selepas Gobind kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Gan ketika menjawab soalan itu.

"Saya maksudkan kes yang sedang berjalan di hadapan mahkamah ini tidak perlu siasat Najib walaupun nama beliau ada disebut dalam kandungan lampiran A (artikel Let's Send the Altantuya Murderers to Hell).

"Dalam proses penyiasatan kita perlu lihat pembabitan seseorang. Kena ambil kira semua itu. Semua saksi sememangnya penting tetapi dalam kes ini, Najib tidak terbabit langsung jadi tidak perlu ambil keterangan beliau," kata Gan.


Pada 10 Okt tahun lepas, Gan menyatakan sebagai ketua penyiasat pembunuhan Altantuya beliau bertanggungjawab membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, pada 30 April 2008, berhubung artikel itu kerana terdapat isu dibangkitkan tidak benar dan diadakan.

Timbalan Pendakwa Raya Roslan Mat Nor, membantah soalan Gobind yang menurutnya cuba membawa elemen politik kerana saksi kelima itu tidak mempunyai kuasa untuk memberi jawapan terhadap soalan berkenaan.

"Saksi adalah pengadu dalam kes ini dan bukannya pegawai penyiasat jadi beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang cadangan bagi proses pendakwaan," katanya.

Pada 6 Mei 2008, Raja Petra, 59, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerbitkan artikel bertajuk "Let's Send The Altantuya Murderers To Hell" dalam laman web www.malaysiatoday.net pada 25 April 2008.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung Khamis ini. BERNAMA





10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ITU yang dinamakan sebuah pembicaraan yang si pendakwa itu betul-betul PEKAK!Bikin semua orang benggong dam hakim masuk angin keluar asap

Daddy berkata...

Salam...

Tergelak besar betul aku dengan siaran cerita terbaru ni... Memang kelakar betul...

Tak sabar nak tau macamana penamat cerita kelakar ni..

Ayiem berkata...

kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah tergolek kah kah kah kah terguling kah kah kah kah kah terlentang kah kah kah kah terkincit kah kah kah kah......adus

Mohd Shahril berkata...

Erm.. ini lah baru 'Malaysia Boleh', erm.. baru tau siapa kontrol mahkamah di tanahairku ini. tapi rakyat di sawah, di hutan belantara getah, di tgh laut mesti tak tau .. sapa nak bagi tau depa, nak harap TV1 TV2 .. haram ...TV3 .. lagi haram jadah terus...

EQUILIBRIUM berkata...

jadi brad pitt apa hal muahahahha

Tanpa Nama berkata...

penjenayah terbesar.
lebih kebal dari raja-raja.
semua aduan di flush begitu saja.

abis la, jahanam negara pasnih.

Awan Lahon berkata...

kakka..memang macam tak sekolah...senang budak sekolah jawab kerja rumah sudah siap camner siap cam tu kakakka

Tanpa Nama berkata...

Peguam pembela yang di tuduh tanya: KAMU INI BODOH KE BANGANG ?

Saksi yang menuduh jawab : Saya BERUK

Tanpa Nama berkata...

Tajuknya begitu mengujakan...alahai bradd pitt cian jadi mangsa.
hai bilalah nak tgk berita kat tv m'sia kuar citer ex perdana menteri dijatuhkan hukuman kerana rasuah ke bunuh ke.x mcm taiwan baru2 ni wife ex president taiwan ngaku amik rasuah.selagi bee end memerintah x kan ada keadilan.

Tanpa Nama berkata...

adoii..
macam ni punya turrrr pon ade.
abesla..