Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 10 Februari 2009

KEMBALIKAN KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU - melayau



SEDIH, malu, hina dan hampa. Empat perkataan yang dapat saya terjemahkan apabila menyaksikan melalui kaca TV apabila orang Melayu Islam merusuh di jalanan selepas menunaikan fardu Jumaat di Kuala kangsar baru-baru ini.

Peristiwa menyayat hati yang memperlihatkan gelagat manusia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam melontarkan batu dengan melemparkan kata-kata nista serta bertakbir terhadap konvoi pemimpin serta kerabat diraja memang tidak boleh dimaafkan.

Orang Melayu mana yang tidak sedih apabila melihat manusia berserban dengan wanita bertudung labuh merusuh di jalan seperti gelagat manusia yang tidak ada moral dan bertamadun. Malah yang lebih mengaibkan ialah peristiwa itu berlaku selepas sembahyang Jumaat.

Peristiwa 'kurang ajar' terhadap Sultan Perak oleh pemimpin-pemimpin pembangkang serta peristiwa rusuhan orang Melayu yang disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia sudah cukup untuk pihak kerajaan yang diterajui oleh UMNO, membuat kajian semula untuk mengembalikan kekebalan raja-raja dari aspek perundangan di Malaysia.


kah kah kah…. KEMBALIKAN ?... KEMBALIKAN KEKEBALAN?.... kah kah kah…

woit…. KEBAL NI HILANG DI MANA ?.... kah kah kah… DIA PERGI RUMAH SIAPA?.. kah kah kah

kah kah kah… SIAPA YANG HILANGKAN…kah kah kah….BUKAN KAH MADEY YANG HILANGKAN KEKEBALAN…. kah kah kah…..

kah kah kah... MASA ITU MADEY TAK DERHAKA PULAK?.... kah kah kah...

kah kah kah....1988 DERHAKA BELUM SAMPAI LAGI KE? ... kah kah kah

kah kah kah…. SEDIH MELIHAT PAK HAJI BERSERBAN BERDEMO ?... kah kah kah

kah kah kah… SEDIH LIHAT WANITA BEKAIN TUDUNG BERDEMO ?...kah kah kah..

woit…. HARI HARI DALAM TV ADA YANG BERSERBAN DAN BERKAIN TUDUNG BERDEMO…. kah kah kah

kah kah kah.. TAK TENGOK KE BERITA GAZA?… BERITA HEBRON… BERITA JENIN ?....
kah kah kah… JANGANLAH BUAT BUAT TAK NAMPAK…. kah kah kah... HARI HARI ADA DEMO...kah kah kah





38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita lebih sedih, malu, hina dan hampa apabila undang-undang dipijak-pijak oleh orang-orang Melayu yang mengaku beragama Islam (UMNO).

Khun Pana aka johanssm berkata...

Kalau mau kebal sila naik kereta kebal lain kali.
Pakai jaket kalis tombak , kalis peluru ,kalis jampi.
Pakai tengkolok anti puluru.
Pakai lah tu, baru lah kebal.
Hantar semua sultan belajar silat kebal.

Che berkata...

lebih seseuai

"KEMBALIKAN KEBEBALAN RAJA-RAJA MELAYU - melayau"

SEDIH, malu, hina dan hampa. Empat perkataan yang dapat saya terjemahkan apabila menyaksikan
golongan penjilat ni x abis2 dgn propaganda bodoh...wei, org lain pon bangang gak, tp x payah la nk tunjuk..

pak_kedambe berkata...

bodohkan melayu pakai media melayu dan akhirnya ade melayu yang jadi wartawan membodohkan lagi melayu. camnilah nak didik anak melayu sokong kerajaan kau tau lah sape, dalam buku text pon mane ade che det tarik kuase raje2 nih..

alahai.. mase tu pon dia marah sebab raja lembab luluskan usul. kemudian di tokok tambah dengan gambaran bakal-jahat sultan/raja yang kebal dari undang2

sekarang ni ORANG RAMAI marah sebab raja di gambarkan dalam media melayu yang mereka berpihak pada Kau tau lah sape. nak tulis pon hine sangat pula jadinya keyboard saya ni kang.

kawalan media tiada dalam tangan sultan. jadi benarkah apa yang kita fahami dari media melayu yang sedia bodoh lagi membodohkan ini?

dan sekali lagi media melayu main peranan penting dengan memberi gambaran pembangkang menderhaka pada sultan.

"Inna-Allah ha ma'a sobirin," titah Sultan Perak kepada Nizar Jamaluddin yang bermaksud:'Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar'
(dipetik dari harakah)

Saya kepingin melihat sejauh mana rakyat malayu dapat terus dibodohkan.

zack berkata...

Kenapa gerombolan cakap tak serupa bikin...dulu kata demontrasi jalanan adalah politik murahan,,,tapi tiap-tiap hari dlm TV3 ditunjukkan gambar demontrasi jalanan lagak pahlawan melayu mempertahankan sultan
dgn ikat kain kuning merah dikepala tu ...siapa.OOoo...kalau gerombolan buat demo siap polis escort lagi tak provokasi dr FRU...tapi kalau PR yg buat ramai anjing2 dtg dari rakyat...itulah pemikiran yahudi.
Berhubung dgn KEKEBALAN RAJA2 NII..
tak payah cakapla ....saja nak ambil hati raja...dulu Madey sendiri yg hapuskan imuniti SEMUA RAJA tak ada sekor pun gerombolan
bersuara...apa Madey mamak niii lebih kebal dari raja ka...kalau tak silap Madey nii pun kebal juga boleh tembusi dinding istana Johor
Perak, Trengganu sbb dpt anugerah
kerabat Sultan...masuk tak payah larangan tak kira siang malam.
Kalau" KEKEBALAN" dah tak ada pun
boleh merentap kuasa rakyat sesuka hati....apatah lagi kalau dpt balik habis semua kerajaan PKR dirampas UMNO menggunakan kuasa raja.Maka akan terjadi peristiwa
anak gadis orang, bini orang, laki orang...dijadikan gundek.Kita tidak mahu negara ini kembali kezaman Kesultanan Melaka...rakyat mahukan pemerintahan DEMOKRASI
RAJA BERPELEMBAGAAN.....BUKAN RAMPASAN RAJA BERPELEMBAGAAN.

zack berkata...

Kenapa gerombolan cakap tak serupa bikin...dulu kata demontrasi jalanan adalah politik murahan,,,tapi tiap-tiap hari dlm TV3 ditunjukkan gambar demontrasi jalanan lagak pahlawan melayu mempertahankan sultan
dgn ikat kain kuning merah dikepala tu ...siapa.OOoo...kalau gerombolan buat demo siap polis escort lagi tak provokasi dr FRU...tapi kalau PR yg buat ramai anjing2 dtg dari rakyat...itulah pemikiran yahudi.
Berhubung dgn KEKEBALAN RAJA2 NII..
tak payah cakapla ....saja nak ambil hati raja...dulu Madey sendiri yg hapuskan imuniti SEMUA RAJA tak ada sekor pun gerombolan
bersuara...apa Madey mamak niii lebih kebal dari raja ka...kalau tak silap Madey nii pun kebal juga boleh tembusi dinding istana Johor
Perak, Trengganu sbb dpt anugerah
kerabat Sultan...masuk tak payah larangan tak kira siang malam.
Kalau" KEKEBALAN" dah tak ada pun
boleh merentap kuasa rakyat sesuka hati....apatah lagi kalau dpt balik habis semua kerajaan PKR dirampas UMNO menggunakan kuasa raja.Maka akan terjadi peristiwa
anak gadis orang, bini orang, laki orang...dijadikan gundek.Kita tidak mahu negara ini kembali kezaman Kesultanan Melaka...rakyat mahukan pemerintahan DEMOKRASI
RAJA BERPELEMBAGAAN.....BUKAN RAMPASAN RAJA BERPELEMBAGAAN.

dragsuperstar berkata...

http://dragsuperstar.blogspot.com/2009/02/siapa-yang-ajar-kami-menderhaka.html

korang tengok gambar pastu pikir..sapa yang ajar kata boleh derhaka??


BINCHEK LU UMNO N PERWARIS!!

Abu Ihsan Elbaritii berkata...

Raja Nazrin pernah bertitah: Raja-raja tidak pekak dan bisu.Maknanya telinga dan mulut tuan Umno- tuan Umno ini tidak kebal.

Kalau raja kebal, tentu akan jadi pekak dan bisu kihkihkihkih

Jangan bebal sudahlah...pekak atau tak pekak pun sama aje.

Tumpang gelak...kahkahkahkah

dragsuperstar berkata...

Kira-kira 1,000 berhimpun di padang Dewan Bandaraya Ipoh tengahari tadi untuk menyatakan sokongan mereka kepada Raja-Raja Melayu.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Pemuda Umno dan beberapa NGO termasuk GPMS.

Anggota Pemuda Umno datang dari negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Negri Sembilan dan Kedah, untuk menyertai rakan seperjuangan mereka di Perak di perhimpunan tersebut.

jap jap...sat sat..kojap kojap..den nak terkentut nie..

hahahahahahahahahahhahahahhahahahha
hahahahahahahahhahahah..humang aii..kito kumpui pakai orang dalam perak yo..

helo yeop..orang perak tak nak join kot...

kesian dia..kesian dia!!

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya, MELAYU ISLAM beginilah yg kita mahu krn berani mempertahankan KEDAULATAN UNDANG2 & KELUHURAN PERLEMBAGAAN yg dok dibaca2kan selalu tu dlm buku2 sekolah drp dipijak2. Semangat dan keberanian beginilah yg ditakuti oleh org2 UMNO sbb mereka takkan berani buat begitu. Org2 yg mcm ni lah yg kalau negara berhadapan dgn peperangan, merekalah yg akan ke depan dulu. Puak2 UMNO sure nyorok kat belakang punye.

Tanpa Nama berkata...

propaganda murahan...
orang kampung pun dah celik IT buka blog dari tengok tv..

Sakuragi berkata...

Funny!!! Really funny.... hahaha!!!

jawa peranakan berkata...

aku tak kesian kepada org yang berserban yang berdemo..

aku lebih kesian kepada org yang jatuhkan hukuman kepada org yang berserban ketika menunggang motor.. kerana akalnya belum cukup..

Akademia berkata...

Salam semua......

Sekarang ni semakin banyak berita bodoh dan memperbodohkan di media perdana (Menteri) maka makin terlondeh kebenaran... Cerita internet ni menarik dan mantap lagi.. jalan ceritanya.. Cerita dua Bukit (Selambar dan Gantang) nanti akan boom dalam media internet dan pastinya Rakyat Malaysia yang merupakan pengguna.. pemain dan penagih internet akan berpusu-pusu mencari mana FAKTA dan mana AUTA.. Muramlah pasaran surat khabar dan media perdana (menteri) lepas ni.. Tak lama dah.. sekarang dah nampak segalanya... terlondeh sehingga nampak sesuatu yang sangat memalukan dan menghinakan.. apa mereka ingat nita ni ayam sabung ker nak laga-lagakan dengan bangsa lain... bermodalkan "KETUANAN' dan DEB (yang dah padam decara sah).. Yang muda keluaran universiti yang dijerut PTPTM semakin ramai.. manakala golongan tua yang takut "KETUANAN" dia hilang pun semakian cerah akalnya,. dan ramai juga yang dah berpindah ke alam yang tiada penipuan politik lagi... Kita tengok je la nanti cerita sejauh mana Rakyat Malaysia dapat di perkotak-katikan dengan penipuan.. dan simbahan cat hitam kepalsuan pada setiap warna putih kebenaran.. Rakyat Nepal yang ramai buta huruf dan buta komputer pun pandai mencari kebenaran dari penipuan ahli politik rakus.. ikan pula KITA.. semua di Malaysia.. Hina sangat kerja...kerja mengapikan perkauman untuk terus berkuasa tu.. sekian wassalam

Akademia berkata...

Dalam banyak-banyak siaran internet,.. emm Tukar Tiub Paling best... menghidangkan cerita-cerita kelakar sampai berguling kekadang aku ketawa.. Ada juga siaran cerita seram kononnya... tentang kehilangan "KETUANAN" dan "Cina nak rampas dan berperang nak hak Melayu" tentang DEB tapi semua tu dah tak jadi cerita seram dah tapi kita pakat gelak ramai-ramai... akhirnya cerita tu jadi cerita kelakar yang memalukan dan menghinakan kemanusiaan.. Ingat kita ayam sabung ker nak di laga-lagakan... Bukan lembu juga untuk dicucuk hidung supaya pergi berlaga sesama lembu... dan mereka menang besar dapat memperkotak katikkan kebodohan...

Aiman berkata...

sape penulis yang bangang nak mampus nie!! bahlolll... bape ringgit mamat ni dapat tulis mcm tu..

Tanpa Nama berkata...

Nie satu contoh melayu bodoh hasil ajaran United Malay..........kah...kah...kah...

jabsp berkata...

Harakah,Siasah,Keadilan perlu cetak berita lama UM dan BH berkaitan demontrasi umno lucut kekebalan raja raja melayu suatu waktu dulu.(sebenar aku memang sokong dari dulu hingga sekarang).Sebar secara percuma pada umum dalam 2 PRK nanti.tunjukan dan paparkan apa yang UM dan BH lapurkan terutama kemewahan tanpa had raja raja ini.kecuali Sultan Terangganu,Sultan Kedah,Raja Perlis

Sivakumar berkata...

Ampun Tuanku

Patik pohon Tuanku tengok cerita Gaban dan Ultraman di TV3 untuk mengetahui rahsia mendapatkan kekebalan mutlak ruang angkasaraya hitam

Tanpa Nama berkata...

pergi jahanam ketuanan melayu. semua manusia adalah sama. ketuanan melayu hanyalah suatu konstruk sosial yang dibentuk melalui indoktrinasi politik. pergi jahanam sama sultan. pegi jahanam sama bendera malaysia.

yang benar,

Lan Anarkis.

Rakrakrak Thai berkata...

HOT PANAS GEMPAK!

IPOH, Feb 10 – The Magistrate Court here today issued warrants of arrest to Changkat Jering Perak State Assemblymen Capt (R) Mohd Osman Mohd Jailu and businessmen Usaili Alias for not being present for a RM180 million graft case. –

The malaysian insider

amanlegend berkata...

Salam..

Media arus perdana
termasuk ahbarnya yang menbuat fitnah dan provoksi melampaui batas tanpa memikirkan akibatnya sanggup dikuda oleh Gorombolan yang terdesak semakin Hebat, pintar menfitnah, licik, meperompak, penipu, menbuat jenayah, menbunuh Demokrasi dan menbelakangi undang2 budaya timur.

Kepada DYMM Sultan2, raja2 melayu dan Yang Dipertua. Sejak 1998 lagi (bahkan sebelum itu pun lagi ) sampai le ke sekarang ni apa kah sumbangan, perlindungan, keadilan yang sudah diambil oleh 9 raja2 Melayu ini keatas nasib orang2 Melayu? Bagitahu, apa yang mereka dah buat sebagai pelindung Agama. Apa yang nampak hanya lah setakat mengistharkan tarikh mula puasa, hari raya dan memberi darjah kebesaran (bersepah-sepah bagi award,,mungkin dah jadi world record kut.) spt Tan Sri, Dato Seri, Dato..etc, mengalah kan Great Britian (lord, duke, sir etc).

Ironi nya Negara dan Negeri hanya sekangkang kera, rakyatnya hanya 27 juta orang (termasuk imigran) Raja sampai 9 orang..ditambah dengan Yang DiPertua lagaknya lebih dari Raja tapi orang Melayu bertambah teruk*(sungguh hairan, SIAM hanya ada satu raja tapi dapat menyelasai masaalah politik Thailand dan sentiasa mengutama kan rakyat lebih daripada mana2 ahli politik. Sebab itu rakyat nya menghormati beliau).

Belambak anak2 Melayu jadi murtad, murahnya maruah anak perempuan Melayu kalah kan pelacur (pegile check kat youtube) dan anak2 lelaki melayu lebih ramai yang jadi separuh jantan dan separuh perempuan,,, lembik, lembab, layu and lazy macam pondan tak ada tulang belakang. Soalan nya kenapa tiap2 kali ada masalah orang2 Melayu masih LAGI mencari raja2 Melayu YANG JELAS2 LEMBIK ,KAKU, BISU DAN LAYU yang tidak ambil pusing dan peduli pun keatas rakyat nya. Tapi orang Melayu masih tak nampak2 usaha yang sia2 ini.

Maafkan Saya jika kata2 ini salah dan melampau, kerana semangat Jebat ini hadir tanpa diundang.

Penyu Belimbing berkata...

20 tahun akan datang, sultan-sultan ni sudah tidak diperlukan lagi. Kalau dikatakan British itu penjajah, sultan pun apa kurangnya. Hinggakan sultan membunuh, merogol pun masih dilepaskan dari undang-undang. Zaman ini orang-orang melayu yang bodoh. Setan yang banyak membuat onar pun masih nak diagung2 kan.

kucingsiam berkata...

meow~

perangai orang PEKEMBAR memang macam tu - lidah bercabang bukan setakat dua tapi entah berapa cabang yang ada ...

kat trengganu tak dengar pun dia orang bising pasal sepanduk "natang"? wow sekarang lagaknya macam pahlawan pelindung istana Perak terakhir.

mengapa banyak sangat penjilat-penjilat dan pengampu begini ... sungguh memualkan minda kucingsiam

jumpa ular dan PEKEMBAR ... pukul yang mana dulu?

Tanpa Nama berkata...

SEBAB PASAL KESULTANAN MELAYU MELAKA YANG AMIK ANAK ORG JADI GUNDIK, KESULTANAN PERAK ADALAH SUSUR GALUR KESULTANAN ITU... MEMANG PENYANGAK DAN BIAR PUPUS TERUS.. AKU RAKYAT PERAK DAH LAMA FEDUP DENGAN AKSI KERABAT2 PERAK NI, PERASAN CANTIK! DAHLAH SUKA RAMPAS TANAH RAKYAT WAT PROJEK DI BAWAH GAMUDA YANG MCM GARUDA

Tanpa Nama berkata...

sultan-sultan ni dah jadi benda yang hina, nampaknya tidak akan ada lagi org mengaku kerabat sebab bunyi hina lagi jelek

Tanpa Nama berkata...

Mengenang Sejarah
Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.



Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”


Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.


Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.


Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU


Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]

Dipetik dari Blog Merah Tinta MSO

Yg dizalimi berkata...

Salam..salam reformasi dan salam perjuangan.
Teringin nak kongsi sikit dgn kawan2 yang posting di sini. Kita sedih dgn apa yang berlaku di Perak. Tapi kita ibarat mentimun dgn durian, pd pandangan sesetengah pihak. Apa daya kita rakyat marhain yang tak ada kedudukan dan kuasa nak lawan dgn pemerintah dan raja. Untuk itu ada lagi jalan yg kita boleh gunakan yg lebih hebat dan berkat.Saya terbaca ketika utusan Nabi yg terdiri dari para hafiz dibunuh orang kafir tindakan Baginda ialah membaca qunut sebulan lamanya dalm solat lima waktu dan disebut nama2 yg terbabit satu demi satu dalam qunut itu. So mari kita laksanakan ini untuk kembali kepada sunnah Nabi dgn mengadu kepada Allah yg Maha Berkuasa. Mereka yang menyangka berkuasa penuh dan boleh persetankan sgl undang2 shg mencetuskan krisis prlmbgn ini sudah dikenali orang. Jom kita baca Yasin keatas mereka, kita qunutkan mereka dan kita solat
hajat mendakwa mereka kepada Allah supaya kita lihat siapa yang paling berkuasa. Berikut adalah nama-namanya seperti tersiar dalam satu blog: 1)Anuar Zaini, dalang utama, org paling rapat dgn Nazrin. 2)Najib Razak org yang menggunakan kddknnya di Kem Kewangan utk mengugut raja tua ikut telunjuk dia jika tidak syarikat anak beranak raja tua ini tak akan dpt apa2 (eg: GAMUDA)3)Abd Rahim Mohd Nor SU sulit raja tua yang mengepung raja tua dan menandatangi surat2 pej istana,4)Abd Rahman Hashim SUK neg Perak yang sombong,bebal dan anti Islam 5)Zahid Hamidi yang berperanan besar 6)Osman Jailu yang diberitakan skrg di ICU Hosptl Selayang, 7)Jamaludin Mohd Radzi 8)Zamberi Kadir MB kudeta 9)Harussani Zakaria mufti yang meniup fitnah derhaka mainan media 10)Mohd Kamal Md Shahid Pnsht Undg2 Neg. Mari kita adukan mereka kpd Allah secara ikhlas dan khusuk dalam Yasin,solat hajat dan qunut kita. Semoga kita peroleh petunjuk dariNya.Amin

Tanpa Nama berkata...

Kita orang melayu ni megahkan lambang saja.
raja dah cukup untuk melayu bermegah2 ...angkat jadi satu lambang ... satu jenis lembaga mcm melayu2 yg dok gila puja2 tok keramat, wali itu wali ini ... hantu jembalang jin tanah pun ada melayu kita dok puja memuja ... lambang jugak lah tuh!

Itu satu.
Banyak lagi yg melayu kita ni dok megah2 bangga2 dgn lambang ... icon konon.

Namun apa pun -
melayu tak mudah lupa drp dulu sampai la .....

Benci Raja Zalim berkata...

Aku dapat tahu yang masa UMNO perintah Perak sebelum ni, masa zaman Tajol Rosli/Ramli Ngah Talib, D.U.N Perak pinda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang menamatkan sistem penggiliran takhta (Raja Muda, Raja Kecil, Raja Di-Hilir etc, etc).

Kesannya, kononnya sistem penggiliran takhta yang wujud sekian lama itu hilang dan cuma mereka yang datang dari keturunan Azlan Shah saja yang layak mewarisi takhta Kesultanan Perak.

Apakah perkara ini benar?

Ada sesiapa yang dapat mengesahkan berita ini?

Tanpa Nama berkata...

UMNO nilah yang dikatakan Jin Mata satu.Bila macam yang bukan gerombolannya tunjuk perasaan kepada raja maka sibuklah cari publisiti murahan kononnya yang tunjuk perasaan tu derhaka!Masa Mahathir tarik kekebalan dulu adaka orang ini kata Mahathir DERHAKA?TIDAK! PASAL MEREKA MATA SATU.

Anak buah Musa Hassan pun bila Puak Mata satu buat perhimpunan pun jadi BUTA.bUAT-BUAT TAK NAMPAK.Kalau orang lain habislah di amoknya.

INGAT SEMUA BAHAWA KITA ADALAH SEMUANYA MANUSIA YANG KEJADIAN NYA SAMA TAK ADA ORANG YANG TAK BUAT SALAH HATTA RAJA SEKALIPUN,ULAMA.USTAZ,pHd SEMUA NYA PERLU BERTAUBAT.

Opah Bagan Datoh berkata...

Raja Dato' Seri Eleena Azlan Shah
- 48
- Malaysian
- Non Independent Non-Executive
Director

An advocate and solicitor, Raja Dato’ Seri Eleena has been on the Board since 1 June 1992.

She was called to the English Bar in 1985. Upon returning to Malaysia, she joined Messrs Skrine & Co and was called to the Malaysian Bar in 1986.

She set up her own legal practice Messrs Raja Eleena, Siew, Ang & Associates in 1987 of which she is presently a senior partner.

Raja Dato’ Seri Eleena’s extensive experience in legal practice enables her to contribute significantly to the Board.

She is the niece of Dato’ Ir Kamarul Zaman bin Mohd Ali and a major shareholder of Gamuda through her interest in Generasi Setia (M) Sdn Bhd.

Raja Dato’ Seri Eleena is a Barrister-at-Law from Lincoln’s Inn, London, UK.

P/s :

SPRM, kalau berani check le berapa nilai projek2 yang Gamuda dapat lepas ni. Ada substatial increament tak? Kalau ada apa pasal?

Jangan siasat ikan bilis je SPRM.

Tanpa Nama berkata...

anak buah musa hasaan mana boleh menderhaka.nanti depa pencen x dpt pampasan sapa nak jawab.kurang2 depa dpt 80k masa pencen.then bulan-bulan lagi dpt duit pencen.sapa x mau .tu lah sbb depa jaga umno baik punya

Tanpa Nama berkata...

Dulu2 mungkin Raja2 Melayu memnag kebal. Masyarakat dulu2 masih belum terdedah dgn demokrasi sepenuhnya macam sekarang. Maknanya, rakyat dulu2 memang menyanjungi Raja sebagai lambang bangsa dan agama. Sikit2 raja..sikit2 takut kena tulah...takut kena sumpah. Bila masyarakat terlalu percaya, daulat mereka automatik KUAT.
Tapi kan...SEKARANG..org cakap daulat Raja2 dah semakin nipis krn faktor dalaman perkahwinan campur, bukan dr kerabat atau kawin dgn org barat, juga ciri2 MELAYU dh hilang sama disegicara hidup.. Faktor luaran, rakyat dah semakin mencari kebenaran yg hakiki dan bijak, sptmana kedudukan manusia adalah sama disisi Allah. Kalau tidak masakan ramai yg menyanjung Jebat, yg mana mana pemikiran ( bukan tindakan)lebih mendahului zaman.
Jadi,atas faktor ini, Raja2 melayu sekarang tidak boleh merasakan diri mereka 'kebal' lagi. Mereka terpaksa menerima hakikat, KEKEBALAN mereka tidak memberi apa2 makna pada masyarakat melainkan simbol dan perabis elaun. Seperti rakan2 mereka yg hilang kuasa di Indonesia. Bolehjadi benda yg sama akan jadi disini.
Jadi kpd raja2, aku sbg rakyat biasa, anda jgn duk terus perasaan. Kalau nak hidup lama, anda kena buang sikit ego, dan buat tindakan sewajarnya utk memujuk rakyat. Benda dah jadi dah, takleh patah balik. Kalau terus main kasar, korang ni wujud tapi takde kualiti. Asik2 ugut rakyat...asik2 ugut rakyat. Macam samseng. Alah...setakat tak masyukkk..2,3 posen tu..apalah sgt. Pejam mata la kejap.
Aku org melayu masih mengakui sistem Raja sebagai simbol melayu, tapi taklah sampai marah2 macam Karpal sigh tu..takde..Ini bukan marah...NASIHAAATTTTT!!!!!
Sebab sbg ketua agama Islam, mereka juga berguna..misalnya bagi pompuan yg nak kawin yg takde wali cthnya mualaf, guna wali Raja..

Tanpa Nama berkata...

woiii org2 atasan...kami rakyat bawah nih dh mula paham...skit lg ramailah jd lawyer...

-sultan perak pakai perenggn mana lucut jawatan MB?

-karpal pulak guna hujah mana pertahankan krajaan perak

- nizar guna hujah mana ingkar titah sultan?

- titah sultan yg mcm mana kn patuh dan yg macam mana boleh tak patuh(derhaka?)

Sudin berkata...

Salam abang isham,

Kalau dikembalikan kekebalan Raja-Raja Melayu alamatnya PEKEMBAR lagi cepat bungkus dan berkubur....

Raja bagi puak Gerombolan ada di England.......
Kiblat bagi Gerombolan adalah England dan Queen......

Western Orientated !

Raja-raja dan Gerombolan 2x5 je...

Johan berkata...

Gua tgk ape yg brlaku kat Perak sbg "blessing in disguise"..PRU 13 nnti aku yakin united munkees national organisation dan bebal nasional akn kena pukul tsunami agi kuat dr pru 12..trima kasih,sultan azlan shah

Tanpa Nama berkata...

bro, anak aku tanya, kenapa bila cerita pasal derhaka, mesti di ungkit pasal apa jadi di melaka, dia tanya, di negeri2 lain yg ada sultan, tak ada sesapa pernah derhaka ke? dan dia tanya lagi,mcmana nak jadikan malaysia ini republik?