Isnin, 1 Jun 2009

JEREBU DATANG LAGI



KUALA LUMPUR PANAS MENYENGIT


Ini panas terik. Pokok labu dalam bilik tidur terpaksa di beri minum 3 kali sehari kalau tidak daunnya layu. Nasi dalam periok selalu basi. Bulu bulu kucing bertaburan gugur kerena panas.

Jerebu telah muncul kembali. Pokok di hadapan rumah duannya telah mula menguning. Rumput di pinggir jalan kering menunggu air. Semuanya dahaga menunggu hujan.

Sungai kelang gelap dan mula keluar bau longkang.

Malas sekali hendak bekerja. Malas sekali hendak membaca. Nak tidor panas tak tidor duduk malas.

Panas yang terik ini di susahkan lagi dengan harta keretek di pasar chow kit naik melonjak.

Berapa lama agaknya jerebu ini berkumpul.

Panas sebegini mengingatkan aku kepada kota Baghdad dimana June dan Julainya adalah bahang yang maha sangat. Lalu aku teringat berjalan sendirian di padang tandus mencari entah apa-apa. Yang aku temui hanyalah bayang sendiri.

Panas sebegini aku tertanya-tanya dari mana gugurnya durian di pasar chow kit?

Panas sebegini lalu terfikir betulkan cuaca dunia sudah berubah? Panas sebegini apakah ianya ada sangkut paut dengan Pemanasan Global.

Jerebu datang lagi. Tanjung gelap kerana jerebu. Port Dickson gelap kerana jerebu.

Bahang jerebu membakar otak.

Alangkah nikmatnya secangkir air nira dari Kuala Muda.

Alangkah nikmatnya secangkir tuak dari Terangganu untuk menyejuk pans petang.



9 ulasan:

judin berkata...

check your current local temp online at http://www34.wolframalpha.com/input/?i=weather+kuala+lumpur

Tanpa Nama berkata...

panas dunia adaleh dek tangan-tangan manusia yang merosakkan kehijauan dunia selama ini...

Awang berkata...

Kapitalisme memang memakan kehidupan manusia. Kilang-kilang dan kenderaan bermotor mengeluarkan asap dan kita semua dapat asap. Akhirnya rokok dan pembakaran kebun pula yang dijadikan kambing hitam oleh anasir kapitalis demi mendapatkan projek "Tak Nak Rokok" dan tindakan populis parti-parti politik. Padahal sudah beribu tahun manusia merokok dan membakar kebun selepas musim menuai...

mamai berkata...

jerebu dari sampah yang bersepah-sepah....

kucingsiam berkata...

meow~

alangkah segarnya kalau ada seteguk air dari labu sayong dan bukan dari bekas plastik RM 0.99buatan China... tapi labu sayong sudah jadi bahan koleksi bukan barang gunaan harian.

Tanpa Nama berkata...

....bro lain macam je .madah pujanga lu ari ni..macam mamat jiwang tutus cinte je.....lu tergode dkt minah penanti 2 ke...ke tnga kna balut......

Ahmadkmz berkata...

abihlaa pokok anggerik aku baru beli...

Pacal Yang Hina berkata...

Bila jerebu datang lagi - pokok didepan rumah kau pun menguning.

Bila jerebu datang lagi - anak musanng pun malas keluar cari buah ceri.

Terima Kaseh.

Johan berkata...

Bila jerebu datang lagi,mat mongol brharap ia akn meyelubungi hantu altantuya