Khamis, 10 September 2009
VIRUS TAMBI TELAH MEREBAK
PERJUANGAN DI TERUSKAN
KANAK KANAK INI DALAM BAHAYA
PENAN BAGUN MELAWAN
LAPORAN PENYIASATAN DAKWAAN PENDERAAN SEKSUAL TERHADAP WANITA KAUM PENAN TIDAK AKAN SELESAI MASALAH
Wanita KEADILAN ingin merakamkan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Faizah Md Tahir yang telah menemui dan memberikan kerjasama kepada rombongan Wanita KEADILAN bagi mendapatkan Laporan oleh Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak yang diketuai oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil.
Laporan tersebut telah diperoleh semalam, Selasa 8 September 2009. Wanita KEADILAN telah dengan serta-merta menghebahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada aktivis yang membela keadaan kaum Penan di Sarawak.
Penelitian terhadap Laporan tersebut telah mendapati bahawa matlamat untuk menyediakan pelan tindakan menangani secara khusus bagaimana untuk mengelakkan jenayah rogol dan penderaan seksual terhadap wanita, gadis dan anak-anak perempuan kaum Penan dengan sewenangnya dari terus berlaku tidak tercapai.
Laporan tidak menyebut peranan khusus yang harus dimainkan oleh pihak polis di Sarawak dalam pelan tindakan untuk menghentikan pencabulan seksual ke atas wanita dan gadis kaum Penan.
Sikap acuh tak acuh dan tidak mesra kaum Penan Polis Sarawak telah memburukkan lagi keadaan bagi keselamatan kaum Penan, khususnya wanita dan gadis. Kenyataan Ketua Polis Bahagian Jenayah, ACP Huzir Mohamed bahawa PDRM Sarawak tidak mempunyai peruntukkan untuk misi bersama NGO untuk terus menyiasat dakwaan mengenai kes rogol wanita dan gadis Penan sungguh menghampakan.
Janji Ketua Polis Negara, Musa Hassan kepada Penan Support Group pada 2 Januari 2009 bahawa PDRM bersetuju untuk mengadakan siasatan bersama dengan bantuan NGO pula belum menghasilkan sebarang tindakan.
Wanita KEADILAN juga kesal bahawa tiada usaha untuk membawa mereka yang bersalah (yang telah dikenalpasti menurut Laporan) melakukan penderaan seksual terhadap anak-anak, yang semuda usia 10 tahun, sehingga ada di antaranya berulang kali hamil dan melahirkan anak, tidak dibawa ke muka pengadilan.
Wanita KEADILAN mengutuk syarikat pembalakan yang telah jelas sama sekali mengabaikan tanggungjawab sosial mereka dalam memelihara cara hidup, maruah dan kesejahteraan kaum Penan. Perbuatan pekerja syarikat pembalakan yang mencabul kehormatan wanita kaum Penan merupakan suatu kehinaan yang bersifat kehaiwanan. Malaysia tidak memerlukan syarikat-syarikat sedemikian yang bersifat rakus beroperasi hanya untuk kepentingan material dan keuntungan wang ringgit yang membawa padah kepada rakyat.
Apakah keuntungan berbilion ringgit mereka tidak dapat dikongsi dalam membangunkan infrastruktur dan usaha-usaha menjamin keselamatan kaum Penan di mana mereka membalak?
Satu Malaysia Najib Razak makin jauh meleset kerana wujud berbagai golongan rakus yang tidak memperdulikan golongan yang lemah di Malaysia.
HJH. ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
LAPORAN KERAJAAN AKUI GADIS PENAN ALAMI DERAAN SEKS - malaysiakini
Kerajaan akhirnya mengakui secara terbuka bahawa memang wujud penderaan seks terhadap gadis dan wanita Penan di tangan pekerja kem pembalakan di Baram, Sarawak.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil menerima tekanan kumpulan NGO untuk menyiasat dakwaan tersebut sejak ia pertama kali dibangkitkan, hampir setahun lalu.
Laporan penderaan seks itu diserahkan kepada Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, yang juga ahli parlimen Ampang, semalam.
Laporan berkenaan menyenaraikan sekurang-kurangnya lapan kes penderaan seks terhadap gadis dan wanita Penan di tangan pekerja pembalakan.
Ia menyebut, beberapa mangsa pencbulan itu termasuklah murid-murid sekolah, semuda 10 tahun.
NGO setempat mendakwa kes-kes yang didokumentasikan ini hanyalah sejumlah kes penderaan seks di kalangan suku kaum ini.
Jawatankuasa bertindak kebangsaan bawah kementerian wanita diarahkan oleh kabinet pada 8 Oktober tahun lalu untuk menyiasat perkara tersebut.
Anggota jawatankuasa itu melawat Long Item, Long Kawi, Long Luteng, Long Belok, Kampung Ugos, Jambatan Suai, Niah antara 10 hingga 15 November tahun lalu.
KAH KAH KAH…
kah kah kah… WARGA MELAKA TOLONG KAWAL VIRUS INI… kah kah kah…
kah kah kah…. DARI MELAKA SUDAH MEREBAK KE SERAWAK…. kah kah kah…
kah kah kah... KANAK KANAK BAWAH UMUR SUDAH TAK SELAMAT...kah kah kah
kah kah kah…. BALAK MEREKA SEBAT…. TANAH MEREKA REMBAT…kah kah kah…
kah kah kah…. TAK CUKUP LAGI…. BURET PUN MEREKA KEBAS…kah kah kah…
kah kah kah…. PATUT LAH BANGSA PENAN BANGUN MELAWAN… kah kah kah…
kah kah kah…. BUKAN TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG… DAH BOGEL TERUS…. kah kah kah…
nota:
16 september ialah hari kebangsaan malaysia.
agaknya orang serawak menyesal tak
menjadi jadi warga melaysia?
bangsa penan mesti menyumpah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
POLIS, BUAT KERJA! JANGAN DOK TIDUR JER... SIBUK SEMBUR AIR GATAL, GI TANGKAP PETUALANG DI SERAWAK. MUSA HASAN, KERJA! BUKAN TIDUR!
Ini lah kerajaan Barisan Nasional. Sibuk tutuh duit negara sampai anak-anak rakyat kena ROGOL pun dia tak tahu.
bukan tak tahu.. saja tak mahu tahu walau dah tahu.. x ambik tahu.. orang2 sarawak sedarlah.. KERAjaan yg selama ni kowang sokong sangat.. last2 anak bini sedara mara keturunan pun kene sebat.. jgn sampai kene batang hidung sendiri bru nk mengamuk. dah terlambat! sedarlah.. hak keseronokan puak2 lanun gerombolan sentiasa diutamakan.. duit dh kene sogok semua balai.. semua buat2 pekak, buta, bisu, bengap!! inilah polis 1 Malaysia.. damn it!!
Musa Hasan tentu sedar ini perkara tetapi sibuk menjaga kes Najib. Rakyat yang tidak mempunyai daya menjaga diri mereka habis di entot entot oleh taukeh balak dan kunsu kunsu mereka.
Polis tidoooo ke? Najib ambil ta tahu je..Al Malikut Mat Sembab Muhyidin ambil ta tahu je. Apa lah erti "Rakyat diDahulukan"? oleh 1MALAYSIA yang di laung laung kan oleh Najib? Pemimpin BE-END sibuk merambat harta rakyat sehingga rakyat yang tertindas TIDAK DI UTAMAKAN sudah!!
Tuhan Mahakuasa.
Tuhan akan belasih perambat harta; pehak pengenepikan rakyat; perogol; penghina kaum Penan khususnya kumpulan wanita dan budak budak perempuan mereka.
Allahuakhbar Allahuakhbar.
Tangkap pembalak tu...hukumannya...potong balak dia pulak...amacam...setuju tak?
Salam!
Kerana simpati membaca kisah kaum penan ni lah wa Kasi "RAUNGAN ANAK BELANTARA" dekat meor bikin lagu dlm D.R.U.R.Penyangak bukan setakat rogol balak..habis segala isi hutan di sondol nya..rakus
1 jer yang nyata.
BUKAN BN PUNYA ORANG, SAMPAI MATI PUN TAK DAPAT PERMIT BALAK!.
SAH2 KRONI BN PUNYALAH!...
b*** punya BN.
polisi 1malaya sakap kena bagi nama, tarikh dan tempat perogol malakukan perogolan baru senang disiasat heeheeheee
polisi 1malaya fasiliti kelas ketiga mentaliti dunia ketigapuluh huahuahua
mana pejuang wanita brnama Sharizad jalil???kahkahkah pesal psl ni tak mnyalak?
woit bro,lu celaka pny org nogori kutok melaka kahkahkah
Catat Ulasan