Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 9 September 2009

SELAMAT BERBUKA PUASA



BEBERAPA HARI LAGI RAYA AKAN SAMPAI


beberapa hari lagi raya akan sampai
kasut sudah dibeli
songkok sudah sedia
baju sudah ditempah
stoking sudah bernyala

no talipon awek dah sedia
no talipon balak dah ada
janji telah dibuat
nak jumpa hari raya

itu lima belas tahun dahulu
sekarang anak sudah lima
kepala naik sengal
sepatu lima pasang
baju berhelai helai
kain belum berjahit
kain masih tersidai

kueh patut dibuat
kueh patut di beli
ketupat dari plastik
lemang dalam baldi

langsir harus di ganti
langsir harus di basuh
kerusi alas meja
dah mula rapoh

beberapa hari lagi raya akan sampai
lalu teringat kembali lima belas tahun dahulu

satu detik yang enak
satu detik yang misteri
sekarang perut dah senak
sex tak hairan lagi

beberapa hari lagi raya akan sampai




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam bro Isam,

Puisi hari ini mudah difahami. Tidak banyak penggunaan perlambangan dan bro banyak menggunakan gambaran secara "direct". Satu kelainan yang dapat dilihat ialah bro Isam menggunakan teknik "flash back" atau "undur kembali" iaitu 15 tahun yang lalu.

Tiga empat hari kebelakangan ini puisi bro lebih banyak berkisar pada "situasi semasa". Berbuka puasa dan berhari raya mahupun bentuk santai. Mana perginya puisi yang menyengat tentang isu kemasyarakatan, isu keadilan, keruntuhan akhlah, penipuan, kepuraan-puraan dan sebagainya? Mungkin bro juga terlalu teruja untuk berhari raya kot?

Salam bro. Teruskan!

JimAlifSiin berkata...

ye ke bro?..hehehhehhh...

KamalHanafi berkata...

Raya tahun ni aku tak apply cuti. Rabu dah masuk kerja balik. Cukuplah 2 3 hari beraya. Buat apa lama-lama.

Tapi orang kita banyak nak cuti raya lama-lama. Tak puas, katanya. Kalau boleh puasa nak seminggu saja, tapi raya sebulan lama.

Akhirnya hari raya bertukar parti makanan. Parti membeli belah. Parti fesyen. Parti segala kebendaan.

Bukan hari kesyukuran. Bukan hari pengabdian. Bukan hari memohon pengampunan dari Tuhan.

Orang kita...

Keylee Daud berkata...

raya n9 bro ini tahun?

Abdul.Fatah.Firdaus berkata...

selamat hari raya.
salam satu malaya.
;)

Sukj berkata...

PAK LONG TT,

YANG LEBIH SIBUK DAN GHAIRAH NAK RAYA NI DAH TENTU CUCU DAN CICIT...kah kah kah kah..kah kah kah..kah kah

3 CUCU BAWA KEPALA LEMBU, MENGAKU TAK BERSALAH

3 CICIT PIJAK KEPALA LEMBU JUGA MENGAKU TAK BERSALAH

JADI KEENAM-ENAMNYA ADALAH CUCU CICIT SETAN PUKIMAK...kah kah kah kah..kah kah kah..kah kah

JIKA CUCU CICIT MANUSIA YANG BERIMAN...TIDAK MUNGKIN MEREKA AKAN PIJAK KEPALA LEMBU...kah kah kah kah..kah kah kah..kah kah

Keliwontron berkata...

Alamak raya sudah dekat ...cuti belum amik lagi ...duit mau jaga sikit tahun nie tak bule boros sangat .... teringat masa2 kecik2 dulu bila raya happy penah pegi masjid semayang raya pakai baju MobyDick kah kah kah ...what a complicated life nowadays sex tak hairan lagi ...sengal kepala aku kah kah kah

indera berkata...

Salam bro Isam,

yap,kehidupan yang mesti kita teruskan...

NHB berkata...

yap bro syam.; saya setuju dengan tanpa nama yg first komen tu.. mana puisi perihal keadilan kemasyarakatan dbs bro.. itu lebih penting...........

pepun, teruskan. keep up ur good work