Sabtu, 7 Februari 2009
SUHAKAM BERPENDAPAT: CARA TUBUH KERAJAAN BARU BERMASAALAH
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.
Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa, hanya pilihanraya bebas dan adil yang juga satu hak asasi manusia dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.
Dalam satu kenyataannya, Suhakam berkata, ia merupakan hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan yang adil pilihan mereka.
Menurutnya, Suhakam mengambil perhatian bahawa Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama apabila kesahihan surat peletakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diragui.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Oi Suhakam! Si monggol tu mana ada telor, tuya telan sebijik bik mama telan sebijik..harharhar.
CARA TERBAIK 3 EKOR LEMBU TUU LETAK JAWATAN BERIKAN RAKYAT PILIHAN UNTUK MENENTUKAN KERAJAAN YG DIPILIH OLEH RAKYAT BARU ADIL...BUKAN ADUN YG MENENTUKAN TAPI KUASA RAKYAT...!!!!
BN = 28.....PR = 28
BEBAS = 3 (BERI PELUANG PADA RAKYAT
UNTUK MENENTUKAN)
=BARULAH BERPUASHATI ...BUDAK UPSR PUN TAHU NAK SELESAIKAN MASALAH.
Catat Ulasan