Khamis, 16 September 2010

BERITA DARI SABAH




INI LAGI CERITA RASUAH DARI SABAH






PENDATANG HARAM INDIA JADI AHLI UMNO DI SABAH
-http://infodppsa.blogspot.com/

ISU Pendatang asing tanpa izin di Sabah semakin menular berikutan pendedahan seorang warganegara Malaysia, Kamaruddin Omar bahawa ramai warga asing India menetap di Sabah setelah memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan projek atau palsu.

Pada mulanya, penulis hanya berjaya menjejak kes pemalsuan dokumen seorang belia India di Sabah iaitu Velutha Mannil Yousaf Abotty yang dilahirkan pada 10 Jun 1971 di Quilandy Kerala, India. Velutha telah memohon visa daripada Kedutaan Malaysia di Madras pada 13 Ogos 1990 dan diluluskan visa bernombor 18282/90 untuk tempoh selama dua bulan.

Yousaf tiba di Singapura pada 7 Ogos 1990 dan berada di sana sehingga 21 Ogos 1990 dengan menggunakan pas lawatan bernombor 2573/B2.

Yousaf ke Kuala Lumpur pada 22 Ogos 1990 dengan menggunakan pasport India S 690334 yang dikeluarkan pada 5 April 1990 di Kozhikode, India.

Yousaf telah mengisi Departure Card bernombor AT 438263 di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan diberi kebenaran untuk berada di dalam negara ini selama dua bulan sehingga 21 Oktober 1990 atas lawatan sosial.


Penulis tidak tahu bagaimana Yousaf boleh menyusup masuk ke Sabah ddan sampai di Lahad Datu sekitar 1994.

Yousaf telah memperoleh surat beranak daftar lewat yang dikeluarkan oleh Dr Chaw Tet Loong, Pegawai Perubatan Semporna bernombor 3870/91 bertarikh 30 April 1991.

Mengikut sijil lahir tersebut, Yousaf dilahirkan di Kampung Sungai Nasip Semporna pada 10 Jun 1971. Bapanya Kasim Bin Abdul (India Muslim) dan ibunya Saripa Bte Motok (Melayu).

Melalui sijil lahir tersebut, Yousaf telah berjaya mendaftar kad pengenalan dan diberi resit JPN 1/9 bernombor 7416169 pada 21 Februari 1995 oleh Pejabat Pendaftaran Negara Kota Kinabalu.

Bagaimanapun sehingga kini Yousaf belum menerima kad pengenalan tersebut dan hanya memegang resit JPN 1/9 dan sijil lahir 3870/91.

Kes berkenaan agak sepi sehinggalah pendedahan beberapa orang warga Malaysia berketurunan India atau Mamak menjelang penerbitan buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir? yang memaparkan beberapa nama Pendatang Haram India seperti Abdul Jabbar Munthalif yang berjaya di Sabah setelah mendapat Kad Pengenalan Projek dan menjadi ahli DPIM.

Paling mengejutkan, pendedahan jujur Kamaruddin yang mendakwa bahawa Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) yang diketuai oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris menjadi Pusat Merekrut Pendatang Haram India melalui sebuah sindiket yang mempunyai hubungan rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Sabah.

Kejayaan Setiausaha Agung DPIM, Mohd Ansar Maidin memperoleh kad pengenalan melalui kaedah pendaftaran lewat surat lahir dengan memalsukan keterangan dirinya membuka dimensi baru yang selama ini hanya tertumpu kepada Surat Akuan dan penyalahgunaan Borang Persatuan seperti Pekida dan Persatuan Kebangsaan Bugis Sabah (PKBS) sebagai modus operandi untuk mendapatkan kad pengenalan Sabah.

Ansar @ Ansari telah membayar sejumlah wang kepada seorang wanita berketurunan India daripada Papar untuk mendapatkan sijil lahir daftar lewat dengan membuat akuan palsu bahawa Ansar adalah anaknya walaupun tembuni dan ibu yang melahirkan Ansar masih berada di India.

Peluang Ansar untuk berjaya sebagai peniaga telah melupakan jenayah yang dilakukannya di India dan juga jenayah memalsukan keterangan diri di Malaysia, apatah lagi berani muncul membuat laporan polis dan mencabar Kamaruddin, disifatkan sebagai tindakan paling bodoh yang pernah dilakukannya.

Dengan salinan pasport India Ansar masih dalam simpanan Kamaruddin, Ansar telah meludah ke langit dengan muncul di Balai Polis Karamungsing dan membuat kenyataan akhbar di Daily Express bersama Baisul Khan.

Apakah Ansar yakin bahawa beliau kebal kerana menjadi ahli UMNO dan pemilih berdaftar sehingga tidak ada siapa yang boleh menggugat kedudukannya dan perniagaannya di Malaysia yang terus menghantar wang balik ke India?

( berita ini diambil dari blog: infodppsa.blogspot.com )

16 ulasan:

Unknown berkata...

padaan muka aku.kena kelentong kah kah kah cirakaaa!

Tanrang yusin berkata...

nak bukti, siasat individu ini MOHD NAJI BIN SIRE bertugas sebagai Penolong pegawai kesihatan persekitaran di Pejabat Kesihatan Daerah Kinabatangan Sabah. bangsa bugis tulin dari Indon tetapi dengan mudah dapat berkhidmat Sebagai Penjawat Awam menggunakan IC projek mahathir, hairan juga ibu dan bapa beliau warga Indonesia (Bugis) tetapi boleh mendapat surat beranak, bersekolah disekolah kerajaan kemudian dapat bekerja sebagai pegawai kerajaan dan beliau hampir tertangkap baru2 bila memperbaharui KPT beliau kpd MYKAD namun ditolak oleh JPN kerana tidak tersenarai dalam rekod. Sama macam kes sebelum ini seorang guru sudah bertugsa selama 5 tahun dan akhirnya diketahui beliau adalah BUGIS dari INDON. Siapa berani buatlah laporan polis, ini bukan cerita rekaan. Demi Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

Wow!
ingatkan hanya mimpi. Rupanya kenyataan.Kalau macam ini, DNA Melayu, India, Cina, Orang Asal, diperlukan untuk menyatakan kesahihan Race dalam IC.
1. Kita Mulakan dengan DNA menteri Besar Perak.
2, Tun mamakthir

Dr zombi

Tanpa Nama berkata...

diKARALA banyak saudara mara mahafiraun mamak Madey kuti yang pembohong dan manusia hipokrit itu.

"MELAYU MUDAH LUPA"

sydeen aka saidin berkata...

habis la 1malaysia ku yang terchenta ini....

Bongkar, jgn x bongkar. kita dengar pulak apa kata mereka dari gerombolan.

Hikmah dari pembunuhan jutawan jelitawan kosmetik tu la ni

Jobo berkata...

Salah eja nama dia tu... bkn Yousaf tapi YOUTUBE adik beradik TUKAR TIUB... kah kah kah...

Hantamsajalah berkata...

Lepas tu mengaku Melayu...

Kah Kah Kah

Tanpa Nama berkata...

semua bangsa berlumba lumba nak jadi bangsa melayu, pasal ada hak keistimewaan orang melayu yang dijamin oleh perlembagaan! bodog.... kenapa tak berebut menjadi islam yang mukmin sejati? pasal tak dijamin hak keistimewaan? Allah dah jamin boleh jimak bidadari sampai tak mau......!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

biar pi la pendatang ka, endia ka, indon ka, cina ka nak dok sini. kira bagoih la cukop seguni 1 malaysia. Lagipun kan ka pekasam ada bleh bela melayau. Hang tuah pon ada kata "Tatak melayau ilang didunia"

Tanpa Nama berkata...

Sabah dan Sarawak adalah fixed deposit dan akaun simpanan pendatang haram BN. Depa tak kesah pun sabah dan serawak penuh dengan pendatang haram ...janji terus memerintah dan membuat duit dan hartanah di luar negara...

Tanpa Nama berkata...

tt

kenapa kau aku macam ni, tak patut tul aku terasa tau. Aku hari2 baca tt, aku sahabat korang. bye tt

ANAK MAMAK

Tanpa Nama berkata...

Woi sydeen,



hikmah lancau kau la, orang mati kena bunuh kau sibok2 cari hikmah. meh sini aku bunuh kau pulak. nanti boleh aku nak cari hikmah. amacam...


Hikmah kepala bana.
Aku tau la.

Tanpa Nama berkata...

haramjadah punya pakatan..lu ingat m'sia ni bapak nuar punya ke? Main sedap mulut fitnah org..meroyan la korang nak gi putrajaya..hehehe..nuar jubo makin tua...dah nak mampos..nampaknya pakatan bangang kena tunggu anak nurul izah besar dulu la mungkin blh ganti atuk dia..bapak pembohong hehehe!

Tanpa Nama berkata...

nak elak semua ni berterusan kita kena undi pakatan.kita tgk nanti bila depa perintah dia org boleh selesai ke x masaalh ni.kalau boleh kita undi lagi depa next Pilihanraya.kalau sama je kita humban depa pulak!

HantamSajaLah berkata...

Geng Kerala dah naik hangin oi.

Kah kah Kah

wakmeli berkata...

KLAU BENAR APA YANG BERLAKU IAITU PEMALSUAN SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, INI ADALAH KES YANG AMAT SERIUS DAN PERLU DIBENDUNG. INI ADALAH KERJA PENGKHIANAT NEGARA. LABEL PEROSAK NEGARA AMAT SESUAI UNTUK MEREKA YANG BEKERJA DAN BERSETONGKOL DALAM MELAKUKAN PERKARA TERSEBUT. AMAT MALANG NEGARA INI MEMPUNYAI PENGKHIANAT SEBEGITU RUPA. MINTA DIPANJANGKAN KES INI DAN DISIASAT,HANTAR KAT FACEBOOK KETUA POLIS NEGARA... DENGAN SEGERA DAN DIPANTAU OLEH RAKYAT YANG PRIHATIN SETIAP MASA.....