Selasa, 9 November 2010
SATU PERCUBAAN MEMBAWA DEMOKRASI
nota:
ini penerusan tulisan perbincangan tentang pimilihan pkr
yang sedang berjalan sekarang. tulisan ini ditulis minggu
lalu dan di cetak di KHABAR KEADILAN hari ini.
BAGAIMANA PEMBAJAKAN TERJADI ( Bahagian 2)
Parti Keadilan Rakyat pada ketika ini sedang mencuba melebarkan dan memperkukuhkan ruang demokrasi. Ini dilakukan dengan memberi hak kepada semua ahli-ahli PKR untuk mengundi. Setiap anggota PKR boleh mengundi dan memilih pimpinan dari ranting, cabang hingga ke pusat – satu angota satu undi. Bunyinya cukup gah !
Tetapi hakikat yang berlaku ketika ini tidak segah mana. Kelam dan kabut sedang berlaku dimana-mana. Masih belum jelas apakah tujuan PKR memperkenalkan sistem satu ahli satu undi ini.
Pemilihan ini telah masuk ke minggu ke tiga. Setiap minggu semakin sesak dan terdesak masaalah yang mucul. Komplin dan tidak puas hati semakin lantang kedengaran. Saranan terakhir agar pemilihan ini di tangguhkan – kerana tidak diyakini ketelusannya - bukan datang nya dari orang luar parti tetapi dari Mustapha Kamal Ayub naib Presiden Parti Kadilan Rakyat sendiri.
Dalam tulisan pertama dahulu saya telah menulis bahawa dalam masa terdekat PKR ini akan dibajak oleh para cukong. Kali ini saya ingin menyambung dan memikrokan lagi hujah saya itu.
Pada minggu pertama pemilihan saya telah mengamati proses pengundian di beberapa cabang di Selangor. Saya mendapati cukup jelas sistem struktur sistem pemilihan ini telah memperlihatkan keterbukaan dimana bibit bibit politik wang boleh menerbus masuk dan menjadi barah.
Kalau dalam sistem perwakilan ‘ cukong penaja politik’ hanya melabor dan membeli undi ahli perwakilan sahaja. Dalam sistem satu anggota satu undi ‘cukong’ ini perlu melabur dengan lebih lumayan untuk membeli setiap ahli dari satu negeri ke satu negeri.
Justeeru, ada hujah yang mengatakan bahawa tidak mungkin ada cukong yang akan melabor untuk membeli ke semua 400,000 anggota PKR. Justeru sistem satu anggota satu undi ini lebih telus. Sistem ini lebih kukuh dan kalis dari pembajakan. Ini cakap cakap dari ibu jari kaki saya – masuk telinga kiri keluar ke lubang hidung.
Orang yang memiliki pandangan sedemikian kurang arif dalam ilmu politik ekonomi. Tidak memahami kepentingan kaum pemodal. Hujah yang tidak berasaskan kelas dan kepentingan kelas. Kaum pemodal dan para cukong juga memiliki fikrah. Jika diri mereka lembab berfikir maka dolar mereka boleh mencari dan mengupah jurufikir. Kaum pemodal , para cukong dan jurufikir mereka akan menghitung untung rugi sebelum melabor. Untuk kaum pemodal yang menjadi rukun imam mereka ialah keuntungan.
Para cukong akan melihat Selangor negeri Pakatan yang terkaya di Asia Tenggara kini di bawah puncuk pimpinan PKR. Ada berbilion dolar dan dinar sedang dilabur dalam negeri Selangor. Bayangkan, kaum pemodal dan para cukong apabila melihat Selangor pasti meleleh air liur seperti melihat China Doll berkemban di tepi katil.
Apakah tidak masuk akal jika para pelabur ini menaja tiga empat orang calon untuk menerbus ke dalam pucuk pimpinan PKR. Ini pelaburan berjangka pendek dan berjangka panjang. Para cukong melihat Parti Keadilan Rakyat dalam Pakatan Rakyat seperti anak dara sunti yang memiliki masa depan yang cerah. Masuk akal jika mereka melabor sekarang sebagai ‘ faedah simpanan berjangka panjang’ jika United Malays National Organistaions tersungkur rebah di bawah kopek Bik Mama.
Strateji untuk menang cukup enteng. Pada ketika ini pemusatan ahli terdapat di Sabah dan Selangor. Justeru apa yang wajib dilakukan ialah memastikan ahli-ahli parti di Selangor dan Sabah turun di hari pengundian. Kunci kemenangan ialah siapa yang berjaya menyusun dan membawa turun ahli ke meja undi maka si malaon ini akan menang.
Pada tahap ini sang cukong hanya perlu mengeluarkan dana untuk dua buah negeri ini sahaja. Kerja politik, kempen di negeri lai adalah kerja sampingan. Undi dari wilayah ini dianggap bonus. Hadiah yang wajib dimenangi datang dari Sabah dan Selangor. Khalas.
Wahai Dr. Watson, ini elementri Dr. Watson.
Hakikatnya dalam masa yang tidak lama lagi sesiapa yang bernawaitu untuk menjawat pimpinan PKR wajib memiliki modal yang banyak. Bermodalkan semangat perjuangan dan air liur adalah kerja gila dalam istilah politik PKR hari ini. Sosok yang memiliki kualiti pimpinan, memiliki fikrah yang cerah , jujur dan telus tidak semesti akan naik dalam struktur perlembagaan PKR yang ada masa ini.
Untuk mereka yang memiliki semangat juang dan ingin berbakti kepada nusa dan bangsa tetapi tidak berdolar – jawabnya lupakan sahaja PKR sebagai wadah perjuangan. Struktur yang diwujudkan tidak akan membenarkan cita cita ini tercapai.
Sabar ! Abang dan kakak bersabar dahulu. Jangan cepat putus asa. Jalan masih luas terbuka. Biar saya tarbiahkan sejujur mungkin akan cara untuk menang. Ini tarbiah ringkas dari saya. Senang sahaja : sila cari cukong untuk menaja kempen anda!
Jangan risau hati , jangan gundah gulana bukan susah untuk mencari sang cukong. Para cukong ini sedang berkeliaran untuk mencari sosok yang baik, jujur dan berketrampilan untuk dimenangkan. Ada cukong pembuat bangunan, ada cukong pasir, ada cukong simin, ada cukong dvd, ada cukong internet, ada cukong papan iklan – ada seribu satu macam jenis cukong yang mahu projek dan lesen mereka diluluskan.
Para cukong yang berkeliaran ini amat bersedia melabor dolar dan riyal untuk memastikan calon mereka menang. Malah para cukong ini melihat bahawa besar kemungkinan sosok yang menang ini nanti akan mendapat tempat sebagai ahli majlis. Tak perlu menjadi Adun – menjadi ahli majlis tempatan sahaja sudah memadai kerana ‘rezeki’ akan datang mencurah-curah. Sila kira berapa banyak lembaga majlis tempatan di Selangor?
Untuk melelehkan air liur sidang pembaca sekelian biar saya surahkan disini bahawa belanjawan Majlis Perbandaran Petaling Jaya lebih besar dari belanjawan negeri Perlis. ‘Ngang dan selaras’ tak ‘barang anda’ apabila mendengar fakta ini. Pasti meleleh air liur basi sang cukong sekali lagi.
Mungkin tulisan saya ini akan dianggap pisimis seolah-olah kita tidak memiliki jalan keluar dari di bajak oleh cukong dan para pemodal. Biar saya surahkan disini secara jujur dan ikhlas bahawa nawaitu dan akidah dalam real politik tidak mencukupi. Real politik bukan tentang niat dan akidah.
Dalam real politik niat yang baik tidak semestinya membawa kebaikan. Mari kita bersama-sama menerima hakikat bahawa kemusnahan dalam dunia ini banyak bermula dari niat dan cita cita untuk membawa kebaikan.
Justeru apakah tidak ada jalan keluar untuk umat manusia dari terus di cengkam oleh kaum pemodal? Jawabnya pasti ada. Manusia memiliki fikrah. Selagi manusia boleh berfikir maka manusia akan mencari jalan keluar. (TT) (bahagian 3 akan sampai )
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 ulasan:
Show must go on....peratusan yang keluar mengundi teramat rendah lebih membimbangkan..jumlah undi cabang pkr tak jauh beda dengan undi satu cawangan umno
skrang ni susah kita nak cari pemimpin yg btul2 berjuang untuk rakyat.. ramai yang tewas dengan asakan ringgit para cukong.. jgn nanti pimai pmai tang tu jugak..
Betoi!!!Kalau dgn semangat jer tak cukup utk mendapat tempat.Bukan senang utk menerangkan niat kiter kalau koghang modai.Bayangkan,utk satu cabang pon kener keluor belanjer besor.Aper tidaknyer,ketuer2 ghantin mesti dipujuk,diteghangkan niat komer.Tak kan pegi becakap dengan bawak ayor paip dgn ghokok gulong jer.Ini kan pulak berpuloh2 cabang,bulih menjangkau ratusan ghibu ghengget. Namun begitu,kiter tengok,jiker ditakdirkan PKR menjadi pemerentah negare ni,letakkan POLIH,SPRM,SPR dibawah Parlimen.Bermakner demer2 ni tak terikat dgn menteri dan kementerian...betoi2 bebas. Dengan carer ini jer dapat mengajor org2 yg nak naik pakai duit,bukan pakai bakat kepimpinan. Kalau sekaghang ni pon,kalau geng2 diataih tu diletak dibawah Parlimen,teman ghaser dah berdozen2 ahli politik kiter kener dakwer.Kalau komer betoi2 nak mengubah politik Malaysia ni,siler ubah dulu peghangai komer.Tp,bukan senang utk beghubah yob ooii!!
Oleh kerana terlalu banyak komplen, ada baiknya proses pemilihan dibuat semula selepas dipastikan semua kelemahan telah dibaiki. Undi mestilah bebas, telus dan adil. Semua orang boleh puas hati.
Kita selalu kata parti orang lain tak telus, tak adil dan tak bebas, tetapi ekor kita juga bergelumang tahi. Bagaimana kita nak harapkan parti PKR yang bermasalah nak uruskan negara?
krisis dalam PKR hanya menyusah dan merugikan pakatan rakyat. tolong jgn jd biawak hidup. kerusi parlimen nk banyak tapi ahli hampeh. Nuar Breheng, sila ambil tindakan tegas dgn ahli2 kamu.. beli undi, kes gadoh ni ape sume ni?? kemaskan parti dulu sebelum mengidam nak memerintah negara. Tlg jgn jadi UMNO kedua bila dah dapat memerintah..
perggh gila babi punya artikel babun nih...demokrasi cara PKR yang taruhan sayang kenapa la babun ni tak jadi calon dulu lagi dh pesan takkan nak jadi nasi tambah dan tukang hasut buat demostrasi je...sesekali jadi le calon kat tompek kau babun kat 'Kolopelah"....Demokrasi apa kejadah...jom buat demostrasi dah lama tak ada demostrasi nak tengok berapa kerat yang datang support bapak kepala babun buat demostrasi jalanan...kah kah 3 kerat je yag datang kah kah cukong babun yang datang kah kah..demokrasi dah jadi demo penetrasi kah kah pentrasi ??babun asah batang nak demo penetrasi kah kah kah
bagi aku senang je. pemimpin yg nak masok politik mestilah telah mempunyai perniagaan yang stabil. kemudian beliau menyerahkan urusan perniagaan kepada ahli keluarga utk diteruskan dan beliau pun menyertai politik tanpa memikirkan soal wang.
maksudnya, seorang usahawan yang berjaya dengan hasil usaha sendiri tanpa pengaruh kronisme dan kuasa pemerintah.
orang seperti inilah yang sesuai diambil menjadi bakal pemimpin kerana prinsip perjuangan politiknya sukar dipengaruhi atau dibeli oleh pihak2 tertentu.
kita lihat sahaja dlm PKR dan PAS, kebanyakan pemimpin mereka tiada kekuatan wang sendiri. Mereka hanya gologan penganggur, kerja kampung, para ustaz, makan gaji dan seumpamanya tetapi persamaan mereka ialah tiada kekuatan kewangan sendiri.
Cadangan aku begini: Jadikan keusahawanan sebagai salah satu syarat utk menjadi perwakilan, pemimpin tertinggi dan AJK parti. Kejujuran, amanah, sifat kepimpinan dan lain2 boleh ditambah.
Tapi buatlah satu lagi undang2, yg mana perniagaan beliau tidak boleh menggunakan pengaruh dan kuasa politik utk kepentingan perniagaan beliau.
Kalau nak dapat projek, mestilah melalui tender terbuka. Kita boleh buat undang-undang utk mengawal pengaruh perniagaannya atau keluarganya/kroninya daripada memonopolikan kekayaan negara.
Sebagai contoh, kita ambil arwah dato' Sosilawati(jika masih hidup):
Beliau mempunyai kekayaan berpuluh2 juta ringgit dan perniagaannya menjadi stabil dengan kekayaan semakin bertambah. Kemudian beliau menyerahkan syarikat beliau kepada anaknya utk diuruskan dan beliau pun menyertai parti politik atas dasar kepentingan rakyat.
Satu sistem penilaian utk mebezakan calon yang berkepentingan perniagaan atau calon yang betul2 berjuang utk parti dan rakyat boleh dibuat oleh pihak pimpinan parti.
beliau menggunakan wang sendiri utk berkempen. Seorang usahawan berjaya pastilah mempunyai sifat kepimpinan dan mahir menguruskan organisasi dan anak buah berdasarkan pengalamannya dalam bidang perniagaan sebelum ini. Sifat2 inilah yg akan membuatkan beliau terpilih.
Kredibiliti lawan populariti. Kalau setakat dok maki orang dlm ceramah tp diri sendiri tiada kekuatan kewangan, kepimpinan dan lain2, baik xyah masuk politik.
Satu lagi kelebihan ialah beliau boleh menyumbangkan sebahagian kekayaannya utk kegunaan parti. Buat satu tabung yg akan digunakan utk program2 kebajikan utk mendekati rakyat.
Aku yakin dengan kaedah ini, PR boleh bangkit. Tp apa2 kelemahan yg bakal timbul haruslah dikaji dan dibuat satu sistem undang2 seperti yg aku tulis diatas supaya golongan usahawan ini tiada kepentingan perniagaan selepas menyertai politik.
Harap TT timbangkan idea ni utk diulaskan dgn lebih panjang.
Bagi aku politik ialah untuk mendapatkan kuasa dan kuasa tidak akan kita dapat tanpa wang. jadi, wang dan kuasa merupakan kembar siam dan tak boleh dipisahkan. Cuma dengan cara yang elok dan tak elok je.
Alaaaa apa nak kisah, kita bagi peluang kat PR memerintah satu dua penggal, biar diaorang bagi apa saja manfaat buat rakyat, lepas tu nak tukar selera, tukarlah.
PKR tu lahir dari orang UMNO, apa yang bezanya..buatlah satu undi satu orang, ke 1Malaysia ke, dalam kepala diaorang mana boleh kasi kosonnnng je, nak huluqqqq la, ada masyyuuukkk boleh laaa...inilah yang DITARBIAHKAN sekian lama dari dulu, kini dan selamanya sampai reformasi nak demokrasi tetap demo kasi, kawe undi, sebab itu semua perkataan, amalan dari manusia, bagilah perkataan indah-indah, bombastik, tapi manusia tak indah tetap PPPIIIIIIRAHHHHH
Menarik tulisan saudara. Tapi kalau kesimpulan yg saya boleh buat ni betul, maka Realpolitik yg saya faham daripada tulisan saudara adalah sesuatu yang mirip anti-demokrasi.
Kalau kemusnahan berlaku akibat niat yg baik, maka lebih baik lantik Anwar Ibrahim jadi Diktator atau Ketua Agung Parti Keadilan Rakyat! Macam Kim Jong Il atau Jeneral Than Shwe. Azmin pula jadi Timbalan Diktator. he he
aku tak kira, undi tipu ka..undi bersih macam breeze ka.. cukong nak bela ka.. ini kita tak boleh dielakkan.. sbb inti gerombolan masih kuat dalam PKR..
buat la 50 ka 50000 kali pemilihan pun, cukong tetap akan datang menebeng dengan PKR sbb dia tahu, duit boleh membeli orang2 PKR yang berjiwa gerombolan..
nak pertahankan prinsip apa kalo hanya 2-3 persen saja ahli PKR yang riuh rendah? lain la kalo turun ke jalan beramai2 membantah sistem pengundian PKR.. kalo ramai, turun la jalanraya.. permit takdak pun, polis tak kesah punyer kalo kes camni.. BN lagi suka...
kita biaq PKR berkelahi.. bagi sikik lagi api.. biaq isham lebam bijik mata pulak kali ni..
Tanpa Nama 12:45.. idea lembam sunggh la kalo camtu..
Apa pasal tak buat macam PAS buat syarat nak jadi ketua/adun/ahli perlimen? mesti itu ini sampai ahli lama sendiri malu nak tawarkan diri menjadi calon? ramai boleh jadi ahli PAS, tapi hanya berapa kerat saja yang mampu menjadi calon.. malah nak lobi jadi calon pun, malu2 sendiri sbb diri sendiri rasa tak layak nak menceritakan dia hebat itu dan ini.. malah yang layak jadi calon pun, sampai kena paksa menjadi calon sbb malu dengan Allah Taala atas kelemahan diri sendiri.. malah jangan terkejut, yang menjadi calon tu, duit "pertaruhan pilihanraya" dibiayai oleh orang ramai yang bersemangat nak tumbangkan BN! tak ada duit pun calon tu.. subhanallah.. karismanya orang ramai sudah kenal..
Ini sudah kaya, kendian soh serahkan bisnes kat anak2 dia? kendian dia masuk politik? hahaha.. ini makin banyak la dia boleh polok untuk bisnes dia nanti..
aku dah tau apa kau nak cakap sebagai jalan keluar...mesti kau nak ajak semua turun jalan raya kan hahahahah
tapi aku agak knfius gak la brader...tian chua yang cool duduk depan trak fru tu pun kena taja ke sampai boleh jadi naib presiden
AKU DAH TUNGGU LAMA TULISAN YANG MCM NI.. KAH KAH KAH.. TT MUNGKIN LU X SEDAR, DAH LAMA LU X TULIS MACAM NI.. RASA MCM NAK PANCUT JE LEPAS BACA TULISAN NKO NI.X SABAR TUNGGU SAMBUNGAN...KAH KAH KAH...AKU KENE JUMPA DR NASIR PAGODA LA LEPAS N,, NK BGTAU DIA,NEX PRU KITA JAJAH SNGOR!! KATUP IKEA,, KAH KAH KAH !!!
Catat Ulasan