Isnin, 17 Januari 2011
SURAT DARI PEMBACA
MAT MONGOL KELENTONG CAKAP LAIN BUAT LAIN
( ini sebahagian dari ucapan mat mongol ):
4. Bagi penjawat awam:
a) Kerajaan memansuhkan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
b) Bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, pegawai kontrak dan pesara Kerajaan.
c) Menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000.
d) Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 untuk tempoh 1 tahun lagi.
e) Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik.
f) Menaikkan kadar pinjaman kepada RM20,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi Kumpulan Sokongan Dua.
g) Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000.
Di atas ini adalah sebahagian dari petikan teks ucapan perbentangan bajet 2011 yang diucapkan sendiri oleh Najib sewaktu perbentangan bajet 2011 yang lalu. Saya adalah salah seorang individu dari beribu lagi individu yang lain yang terangkum dalam perkara “d) Menyambung perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember 2010 untuk tempoh 1 tahun lagi.” Dengan kata lain pekerja Pegawai Khimat Singkat kerajaan.
Dalam perbentangan bajet 2011 yang lalu kami telah diberi jaminan oleh Najib yang kontrak kami akan disambung lagi setahun. Khabar itu cukup menggembirakan kami kakitangan kontrak kerajaan ini, kerana kita semua sendiri sedar yang dalam Malaysia sekarang ini begitu susah untuk mendapatkan pekerjaan.
Tapi malangnya hinggalah 31 Desembar 2010 kami langsung tidak diberi khabar tentang penyambungan kontrak dan langsung tidak menerima apa – apa notis tentang penyambungan kontrak hinggalah kami terpaksa akur kepada kontrak asal yang ditandatangani sewaktu mula berkhidmat dahulu. Janji – janji Dato Seri Najib untuk menyambung kontrak perkhidmatan kami selama setahun lagi hanya janji – janji kosong dan kami terpaksa melangkah pergi dari jawatan kami pada 31 Desember 2010 begitu sahaja.
Natijahnya hari ini rata – rata dari kami telah menjadi penganggur. Kami menyambut tahun baru 2011 dengan bergelar penganggur pada 1 Januari 2011. Lebih malang lagi majoriti dari kami adalah golongan muda yang berumur bawah 30 tahun. Ramai antara kami yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil, perlu membayar ansuran kereta, ansuran rumah, kad kredit, ptptn dan lain – lain tanggungan lagi.
Saya percaya dalam kurang dari dua atau tiga bulan lagi ramai antara kami akan diisytiharkan muflis oleh pihak bank kerana gagal menjelaskan pinjaman kereta, perumahan dan kad kredit. Itu belum dikira jumlah yang disenarai hitamkan oleh PTPTN akibat kegagalan menjelaskan pinjaman.
Untuk mendapatkan perkerjaan baru yang mampu menampung kos tanggungan sedia ada pada waktu ini sememangnya sukar. Memang kami boleh bekerja di mana – mana pasaraya tetapi dengan gaji rm650 sebulan apa yang kami boleh buat dengan jumlah yang sebanyak itu. Kami bukannya budak yang sedang menunggu keputusan SPM untuk bekerja hanya untuk mencari duit poket. Ansuran kereta 500 sebulan, susu anak rm50 setin, sewa rumah rm450 sebulan, itu belum masuk kos makan minum, minyak kereta dan sebagainya lagi.
Untuk mendapat pekerjaan disektor awam yang sesuai dengan kami perlu ada “kabel”, perlu ada “orang dalam”. Jadi bagaimana untuk kami menanggung semua ini.
Adakah ucapan Najib sewaktu perbentangan bajet 2011 berkenaan penyambungan kontrak itu sebagai satu populis atau juga sebagai satu pembohongan. Jika ini satu pembohongan bermakna Dato Seri Najib telah berbohong di dewan rakyat, dan jika berbohong di dewan rakyat ini bermakna Dato Seri Najib telah berbohong kepada rakyat. Lebih parah lagi pembohongan itu pula didalam ucapan perbentangan bajet 2011, dan menjadi kesalahan dalam peraturan parlimen jika seseorang itu berbohong dalam dewan rakyat.
“Peraturan Mesyuarat 36(12), iaitu berkaitan hukuman-hukuman yang wajar ke atas Ahli Parlimen atau Menteri kerana berbohong di Dewan Rakyat.”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
21 ulasan:
Padan muka undi UMNO
I rest my case
TAK PE. KALAU BENAR TUAN DIBERHENTIKAN KERJA BERHIJRAHLAH KE KELANTAN, KEDAH ATAU SELANGOR. DI SANA PELUANG PEKERJAAN CUKUP BANYAK.
CUMA USAH KE PULAU PINANG. USTAZ LIM TAK MAHU ORANG MELAYU BERADA DI NEGERI ITU.
BERSABARLAH. TUAN TAK AKAN MUFLIS. MENGADULAH KEPADA PAKATAN KORANG. DIA AKAN TOLONG BAYARKAN SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH KEPADA KOMITMEN KORANG SELAMA INI.
ya!!!!saya sokong!!!saya pun bekas pegawai kerajaan khidmat singkat tahin 2010.cakap nak sambung tempoh perkhidmatan sampai sekarang tak ada bunyi.Janji punya janji.kebanyakan peruntukan kewangan pelbagai jabatan kerajaan pun kurang.Mana duit kerajaan@rakyat???untuk buat kempen BN ke?
Habis tu kalau PM dah menipu apa kau boleh buat. Walaubagaimanapun aku simpati dengan Surat Dari Pembaca.
dankuala.com lanchowlah kau
Wahai TT, saya bukan penyokong kerajaan tapi saya cukup sokong pegawai2 kontrak ini tidak disambung kontraknya. Ini sebab kebanyakan pegawai kontrak ini sombong & berlagak apabila diberi jawatan sebagai pegawai.
Bukti ada di Unit Pengurusan Aset,Bhg Khidmat Pengurusan,Kementerian Kesihatan Malaysia. Ada 2 pegawai kontrak, Abdul Razak Sultan & Nurulhuda Johari. Mereka tidak bermula dari bawah maka apa yang mereka tahu hanya mengarah orang,memarahi orang,memaki orang & berlagak.
Pada saya memang patut pegawai2 kontrak ini tidak disambung kerja. Pergilah kerja di Giant atau Carrefour,belajar bekerja sebagai orang bawahan. Yang lebih penting BERSYUKUR dapat kerja. Jangan hanya mahukan jawatan yang kononnya sepadan dengan Ijazah mereka sedangkan Ijazah sekarang boleh dibeli secara timbang kilo.
Kepada para pegawai kontrak,PADAN MUKA korang. Inilah akibat sikap sombong & berlagak akhirnya ditipu oleh pemimpin sendiri.
baik pakatan lagi boh pada be-end mu...Barang Naik&Batang Naik...ambil semua buat naik, PRU13 insyaAllah kita humban be-end ni ke longkang!!!
Jika berbohong di dewan yg mulia...masih bolehkah kita memanggilnya `Dewan yg mulia`
adnan m
salam sahabat,
aku simpati, tapi apa adahal, ulat dlam batu pung bole kongkek.
Mcm aku bila rokok dah naik, aku hisap rokok daun je. Janji keluaq asap.
Sabar rezeki allah taala yg bagi
Duit dlm kocek tinggal duit minyak motor n duit nak beli nomboq. Gaji lagi 7 hari lagi. Umngoq nie pung bangang dah tau ramai melayu yg susah bikin la special draw hari2x. pRK dah dekat. Mana la tau aku raya cina awal tahun nie. Wakakakakakaka
Patut keluarkan fartwa .
Sesiapa yang berbohong semasa berucap didalam parlimen maka hukuman nya ialah digantung sampai mati , sampai terberak dan sampai terkencing didalam dewan parlimen juga.
Kalao dibuktikan bahwa mat mongol yang berbohong maka yang patut digantung ialah Bini Puaka.
Salam TT .. n the gang .. Sememangnya UMNO bukan pernah betul janjinya .. kalau nak bagi sesuatu .. mestu harap sesuatu jugak ..
Sekarang lu sudah kena .. baru mau tau .. rakyat lain dah lama berhijrah .. kini masanya kita HUMBAN .. penipu rakyat nie..
dankula.com,dia tulis CUMA USAH KE PULAU PINANG. USTAZ LIM TAK MAHU ORANG MELAYU BERADA DI NEGERI ITU.
memang pun,org melayu jenis umno x perlu berada di p.pinang.sebab bodoh,lemah dan poyo.
kalu udah bodoh biar sorang2,nasib baik umno ada orang mcm hang.boleh gak depa terus samun khazanah negara.Akai ada kaaa.
sapa suruh undi bn
kan dah kena!
memang ler dia tu penipu
baru skang kau tau?
lain kali undi pakatan
ajak pegawai kontrak undi pakatan
insyaallah, kalau pr ke putrajaya, kerja pun senang, barang pun tak naik
sebab pr - prihatin rakyat
sebab bn - barang dan batang naik2
kalau kat tenang ni bn menang jugak
bakal tak dapat koje le kome sampai ketua!!! Kome tak tau ker, deme simpan duit nak buat menara!!
Aku tumpang kasihan juga...tapi siap ada kad kredit tu yang susah ni...itu kad hutang...bergaya untuk berbelanja sedangkan duit belum pasti ada dalam akaun...harapkan gaji bulan depan bayar hutang....bala tu kawan...kalau gian sangat nak pakai kad...pakailah kad debit...ada duit dalam akaun baru berbelanja...kan selamat. Kecualilah kau orang kaya atau anak YAB....umno.
dankuala.com banyak dapat projek dari mamak zambri kot dari hasil tipu dan rampas bee-end kalo tdk dankuala pun dh kena cari makan kt negeri lain...
pegawai khidmat singkat/lain2 pegawai kontrak kerajaan..aku simpati dgn tuan2&puan2 semua...tapi sblm diberi jwtn anda semua sdh diinterview dan sedia maklum ttg status kontrak ini...jadi kenapa bila kontrak xdisambung...mcm2 rayuan dibuat...hutang kereta/motor, bank,rumah, prblnjaan anak dll jd alasan. Abg aku dulu kontrak gak...xberani dia nk buat loan bank ke kereta ke...puluh ribu tu jangka panjang plk..dia takut kontak xdisambung nk nbyr pakai apa??? jadi semua pekerja kontrak sendiri mau ingatla...ukur baju di badan sendiri
Kepada penulis surat dari pembaca,
Saya mempunyai perasaan berbelah bagi. Dari satu sudut, saya bersimpati dengan penulis, kerana telah kehilangan kerja dan bakal menanggung beban hutang yang banyak.
Dari sudut lain pula, saya hanya boleh berkata, padan muka. Penulis tentu sudah faham bahawa status kontrak atau PKS atau gaji hari atau segala macam istilah yang digunakan bagi pekerja sementara kerajaan adalah seperti yang telah diterangkan, sementara. Bermakna tuan pasti boleh meneka ke mana arahnya pekerjaan tersebut, iaitu 'diberhentikan' atau 'ditamatkan kontrak' atau 'kontrak tidak disambung'.
Penulis juga sendiri sedar bahawa pekerja yang dilantik ke jawatan tetap di dalam kerajaan selalunya mempunyai 'kabel', "know who not know how" atau paling senang sekali berbin atau binti Dato'/Datuk/Tan Sri terutama bagi jawatan pegawai profesional ke atas.
Kalau dah tahu kenapa masih menaruh harapan?
Terus terang saya katakan, saya pernah mengalami situasi yang sama dengan penulis. Saya juga pernah menjawat jawatan pegawai kontrak selama beberapa tahun.
Saya akhirnya membuat keputusan untuk membiarkan kontrak saya luput tanpa memohon sambungan (saya takkan 'merayu'). Kini saya berasa bebas membuat pekerjaan sendiri tanpa risau.
Kerajaan sekarang terlampau padat dan terlampau banyak 'redundancy'. Contoh terbaik adalah isu pengangkutan. Apa beza LPKP dengan SPAD? Selain daripada pengerusi yang kebetulan kedua-duanya orang Johor yang keras kepala dan tidak sebulu serta berlainan jantina dan perwatakan?
Kembali kepada nasihat saya, carilah rezeki di tempat lain. Jangan berharap bulan jatuh ke riba. Bekerja di pasar dengan gaji kecil pada saya lebih mulia daripada bekerja di dalam jabatan kerajaan yang terlalu banyak birokrasi dan korupsi.
tah heran...da biasala tu ckap bohong,sblum umno masuk sabah,najib kata guru sandaran di sabah yg terakhir pd 1999 tidak akan di buang,lepas umno brtapak di sabah,janji tinggal janji ramai guru sandaran yg da berbelas tahun mngajar pun di berhentikan...ntahla klu caya lg...otak letak lututla...
antimelayubodoh...
yee,yeee!!yee,yeee!!! padan mukaaa yee..yee,yee!!yee,yeee,!!!padan muka yee..Melayu ngok bodohhh, undi lagi umno apa hampa dapat..pooorahhh..
dari dulu dah 3-4 keturunan undi umno apa hampa dapat..piieeraahhh..
padan muka hampa bodoh sangat,lain kali pilih calon pakai otak bukan pakai pangkah ikut keturunan..
dulu lain lanie dah lain..
biaqpi kat hampa bodoh sangat nak sokong barisan..
Woit dankuala.
Kau punya PM kesayangan dah membohong kau faham tak?Orang yang menipu ni orang tolol dan menipu dalam dewan rakyat yang mulia di mana semua rang undang-undang dibahas dan diluluskan.
Jangan sibuk jadi pencacai UMNGOK sampai semua kau bedal nak kritik.Kau kritik pun,tetap nampak bodoh kat mata aku.
Tak ada bukti tak ada apa,tau nak mencarut la 24-7.Aku mengadu pada Tuhan.Bukan pada siapa-siapa.Yang Najib ni menipu,itu isunya bahlul.
dankuala.com la.kualakuala.com la.domain tak cool langsung.
hahahahahahaha
Woit Pok cik Unit Pendaftaran.
Kau mesti stok pakcik-pakcik melayu muka ketat,suka buat spot check,suruh budak pakai tie 24 jam,lepak minum sampai tengahari kan?
Lancit la lu!Cakap tak payah nak berbunga-bunga.Kau cuba tak ada kerja tengok.Soal sikap ni,soal individu la orang tua.
Kau main nak bubuh semua budak muda baru keluar universiti tu beragak dan poyo je.Kau ingat pakcik tua macam kau tak poyo ke?
Ikut nafsu amarah aku,aku nak terajang je.Tapi,tak sampai hati.Sebab,aku masih hormat orang tua.Kau pun hormat la sikit orang muda.
Jangan semua yang buruk,madang bagi budak-budak lepas U.Ijazah tak ada timbang pakai kilo pun org tua.Aku pakai timbang kati.
kah kah kah kah kah kah!
undi la lagi BN
Catat Ulasan