Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 20 Februari 2011

SAMAN EKOR LAGI




SURAT DARI PEMBACA


Salam,

Saya amat tertarik dengan tajuk "Cara gerombolan cari duit" yang di pos oleh saudara
Yunus Sauman Sabin, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Isu saman ekor ini memang dah lama membebankan rakyat. Tapi bukan itu yang saya ingin bincangkan.

Ini adalah pesanan yang amat penting untuk kita semua.

Sekiranya kita sudah menjelaskan saman trafik, haruslah resit pembayaran itu di simpan dengan baik supaya tidak hilang.. Sebab saya sudah mengalami mimpi ngeri.. apabila saman yang saya sudah jelaskan hampir 4tahun yang lalu, tiba2 muncul kembali.. tapi apakan daya, sebab resit dah hilang.. takkan kita nak pegi serang balai polis.. ataupun bergaduh dengan pegawai polis..(kalau kaunter telekom keTNB ke ok lagi la, kalau nak bertekak)

Yang amat mengejutkan, bukan saya seorang sahaja yang terkena pada waktu tu, ada sorang pakcik ni pun kena benda yang sama macam saya.. dia kata , benda ni dah jadi 5 tahun dulu, dia dah bayar. tapi masih keluar lagi saman tersebut selepas 5 tahun... yang saya herannya, polis ni tak update ke sistem diaorang?: main suka2 je keluarkan saman,. yang orang dah bayar dia tak potong..

Jadi kat sini memang nampak tektik atau kelonggaran sistem saman trafik.

Pesanan saya. bila dah buat bayaran saman tu, singgah kejap kat kedai photostat, pegila copy banyak2, resit saman tu. simpan kat umah satu, ofic satu, suruh mak pegangkan satu, wife satu. bapak satu.


ini suratnya:


SAMAN EKOR: KERAJAAN CARI DUIT HARAM DARI RAKYAT


Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? Sebab saman ekor.

Adakah patut, kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telahpun saya hantar ke Sabah pada September 2008. Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung.

Memandangkan pemilik saman yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini, maka saya telah membayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu. Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu.

Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang.

Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu.

Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman. Katanya mereka akan menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu.

Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet. Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah sebabnya? Saya boleh mengagak sebabnya tetapi saya tak mau cakap.

Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi.

Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya?

Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Atau, adakah orang lain menggunakan nombor pendaftaran kereta saya. Kalau ya, di mana buktinya.

Namun, melalui bukti dokumen penghantaran kereta ke Kota Kinabalu yang saya berikan, tentulah kereta yang disaman itu sepatutnya bukan saya punya dan mesti dibatalkan. Terlalu banyak kemungkinan. Saya tidak tahu.

Apapun, mereka yang melakukannya mungkin boleh dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam tugas. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak.

Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.

Saya benar-benar kecewa.

Yunus Sauman Sabin,
Kuala Kubu Bharu, Selangor.


DIJEMPUT


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lg baik frame kat dinding..supay tk ilang.kalu saman g bawa gdn frame2nye ke balai.pas tu ckp kat byk2 surat khabar..ckpm meluat...janji undi bulan....sure settle ...bkn polis mSIA TAK CEKAP...TAK WAT ADA MAKNA TU.

Kucing Parsi berkata...

aku ilang la...
takut2 pulak aku ni, maklum la. kalau polis ni pandai takkan masuk ikut spm je. tu cina tak nak join... sbb keja orang yang tak berapa banyak pandai sangat pakai otak. main ikut je

matstimketum berkata...

kah,kah,kah.......tapi orang melayu masih setia mengundi bn, kerajaan yanh zalim! baghalnya kebanyakan orang melayu ni!

Tanpa Nama berkata...

LAM NUN

biasalah kerja lanun
mana ada lanun tak susahkan umat
dah nama pun lanun
rasuah rembat, saman pun rembat

dah nama lanun
tujuh keturunan tak kan berubah
dah kerja lanun merembat
dah kerja lanun jaga bapak lanun
dah kerja lanun jaga suami bapak lanun

mampooos esok pun tetap lanun

Amuraria berkata...

IDE YANG BAGUS SUPAYA TAK KENA KELENTONG DENGAN REJIM PENYAMUN TARBUS YANG NAMPAK BAIK ! COPY BANYAK-BANYAK SIMPAN SORANG SATU KALU ADA ANAK BANYAK ! BARU MuSIBAT-MUSIBAT YANG TAK BUAT KERJA TAU !

golok perak berkata...

memang dah jadi trend kat malaysia ... pemimpinnya tak ngaku kalau dah buat salah ... ni polis pulak dah terima bayaran tak ngaku juga ... teman bimbang kalau resit bayaran pun deme tak ngaku deme yang keluorkan... apa nak heran ? tak ngaku pernah jumpa altantuya ..., tak ngaku entot amah ... dan paling terbaru tak ngaku tongkang ... kah kah kah

golok jangok berkata...

Salam 1 Malesia - kkhhaaik tttuih !

PDRM - Polih Rajo Di Malesia (PRDM).

Jangey dok maghoh ko puok2 polih - hok dok ajaa jadi jahat, dok reti nok wat kerjo ado lah puok2 umnu-sonal.
buat ghakyat serupo lembu, sebab tu ado samey ekor, samey kepalo, samey jubor & macey2 samey gilo dok masok akaa. ni la caro bilo PRDM diajaa oleh umnu-Apco untok gomol pitih ghakyat.
dok cukop gomol rego kereto tinggi, tol, minyok - kesalahey jaley-ghayo dijadikey hasel negaro.

Samey ekor,... ttttuuih!

Tanpa Nama berkata...

Kes saudara itu kuat di bawa ke mahkamah, bahkan saudara boleh menyaman semula Polis. Tetapi saudara perlu bersabar sebab dalam tempoh tersebut saudara akan disenarai hitamkan sebelum keputusan mahkamah. Harap mahkamah tidak berat sebelah - imam

yb berkata...

Minggu lepas seorang rakan terima saman trafik tahun 2008. Saman itu dicurigai kerana resit saman itu tiada dalam simpanannya.

Rakan saya bersungut kerana seingatnya semua saman yang diterima telah jelaskan dengan segera.

Curiganya bertambah tebal apabila terdengar khabaran bahawa ada pesalah trafik tegar yang kaotim dengan pihak berkuasa untuk mengagih-agihkan saman mereka yang banyak kepada pesalah/pemandu-pemandu lain.

yb

Tanpa Nama berkata...

Saman yang saya bayar melalui pos 3-4 tahun lepas langsung tak dapat resit. Kalau saman tu datang semula, nak tak nak kena la bayar balik.... hampeh

Airbusikal berkata...

Baik jadik mcm Hisyam, pegi mana pun jalan kaki je, forever slumber.

Gune pengangkutan awam lebih baik dari bawak kereta sendiri. Minyak takyah bayar, tak kena tol, saman ekor dan byr roadtax.

Kalaulah Malaysia mcm negara China, dah lama aku bawak basikal. Tapi kat sini menunggang basikal ke tempat kerja belum menjadi satu budaya.

Tanpa Nama berkata...

lu orang suma b***h, jangan bayar saman tu semua. kalau semua yang kena saman tak mau bayarbayangkan bertapa meriahnya lokap & penjara! x payah kerja , makan tanggung.... bab resit saman yang kena sain ketika dan saat itu ni ada cerita sebaliknya, buku sama tu ada dua jenis, satu yang walaupun dah tulis caj kesalahan dan sain yang boleh di kansel kalau 'ajak bercerita' dan satu lagi yang memang kena walaupun 'ajak bercerita'.....! satu ada karbon, satu tak ada. ADA PAHAM KA????

Tanpa Nama berkata...

Ni aku nak tanya ni
ada tak kes yang dah hulur bawah meja pun kena saman lagi?

kalau ada sila report kat TT
bolehlah kita kongsi-kongsi

Bador berkata...

Sudah sampai rakyat Malaysia ikut cara Arab. PDRM tidak lagi menpertahanan rakyat. Atuk aku, bapak aku adalah bekas Polis. Mereka berjuang untuk negara - lawan komunis bersenjata - tetapi amat sedih PDRM sekarang saman rakyat tanpa ada bukti - saman ekor. Polis USA lagi Islamik - terus bagi saman masa kita buat salah dan tu jugak. Baru BETUL. Di Malaysia hanya hantar nota saman tanpa sebab kita disaman dan TANPA bukti. Bangang punya PDRM.