Jumaat, 19 Ogos 2011
SIAPA BERCAKAP BENAR
NOTA:
undi pos bukan satu yang baru
tahun demi tahun undi pos dilaawan
kali ini semakin ramai bekas pengundi pos
datang untuk memberi tahu apa yang berlaku
di belakang tabir
nampaknya ada pulak yang mengatakan
penipuan undi pos tidak wujud
semua berjalan bersih dan suci
atau sengaja tak faham
ataubuat buat tak faham
atau buat donno
maka
dibawah ini dua berita tentang undi pos
maka terpulang pada pembaca untuk menilai
siapa bdeercakap benar
dan siapa kaki kelentong
SIAP YANG BERCAKAP BENAR?
nota:
siapa yang kuntau
siapa yang muntau
siapa yang lentong
siapa kelentong
tong tong tong
ATM NAFI SELEWENG UNDI POS TENTERA - berita hairan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal dakwaan berlaku penyelewengan dalam undi pos di kalangan anggotanya dan bertegas undi pos tentera adalah bersih, telus dan profesional tanpa sebarang campur tangan pegawainya.
Panglima ATM, Jeneral Zulkifeli Mohd Zin turut menyifatkan dakwaan empat bekas anggota ATM mengenai penyelewengan itu sebagai tidak berasas kerana tidak disertakan dengan bukti selain kesal kerana ada pihak cuba mengheret ATM ke kancah politik.
“Dakwaan itu ternyata tidak benar kerana ATM sentiasa menghormati hak kebebasan mengundi anggotanya serta ahli keluarga mereka berteraskan prosedur yang diamalkan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pertama, selaras prosedur dipraktikkan semua negara yang mengamalkan demokrasi.
“Mereka (anggota tentera) bebas untuk mengundi calon pilihan mereka dan proses pembuangan undi juga dilakukan mengikut prosedur yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya 1958 dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Sidang media khas itu diadakan bagi menyangkal tuduhan dibuat empat bekas anggota tentera yang mendakwa pernah diarahkan menanda kertas undi pos untuk anggota tentera lain pada beberapa pilihan raya, termasuk PRU ke-5 (1978); ke-7 (1986) dan PRU ke-10 (1999) pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat PAS, kelmarin.
BEKAS TENTERA DAKWA MENGUNDI SAMPAI LENGOH - malaysiakini
Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.
Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.
Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.
Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.
Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.
"Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang.
"Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.
Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986.
Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.
Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi.
Tambahnya (foto kiri), kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan.
"Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.
"Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi.
Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar.
Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi."
Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul."
Risman (kiri) pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978.
"Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi.
Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor.
Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos.
Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya.
Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan.
nota:
dah baca?
dah faham?
siapa kelentong siapa?
tong tong tong
kah kah kah
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 ulasan:
3 lawan satu,sah2 la yg satu tu menang sebab belakang die badak rosmah,wakakakka
Galaksi Andromeda Akan Berlanggar Dengan Bumi Dalam 10-20 Tahun Lagi
dalam islam, bila kita was-was, kita kena tinggalkan benda tu... was was itu permainan syaitan...
Saya pernah diarah untuk sain surat petition satu kampung. Pening jari saya untuk reka tandatangan yang berbeza-beza.
sapa yg nak mengaku berak tepi jalan...
tt.
satu2nya harapan rakyat ialah atm.
kalau betul atm pun menipu
sama macam
hakim
peguam
spr
jpn
polis
menteri
bla bla bla.
jangan mimpi pr nak ke putrajaya.
silap2 selangor, kedah dan pulau pinang pulang ke gaggang.
kalau pr/bersih tak bertindak bijak dan berani
tak payah sertai pru13.
kasih walkover.
biar bn/umno perintah sampai kiamat.
buang masa dan duit rakyat saja.
paling penting, rakyat pun tak kena tipu.
- namewee 2.
nak sembelih pun susah.. macam nak sembelih babi la jugak mamat atm ni.. tengkok takdak.. payah nak sembelih..
woi askar gemuk, nak pegi berperang guana deh... malas senaman dikatan berdisiplin.. perut buncit nadi ketua perang? haha, sah tobat lillah akan kantoi mantoi punyer..otak cam sial lak tu.. ada hari ker nak menang.. jangankan singapore... somalia yang kebuluran pun tak tentu lagik ha..
ini 3 ekor tak boleh percaya pasal sudah tua baru mau keluar paper cakap itu ini pasal kejahatan yang dibuat sendiri dahulu umpama kaki judi dan kaki botoi nasehat jangan main ekor dan minum beeer.....ini 3 ekor pon mau jadi ketua cawangan daa....
"dan ingatlah, tidak pernah berlaku dalam negara dunia ketiga (di mana) pertukaran parti pemerintah (kerajaan pusat) melalui pilihanraya. (Dan) Demi sesungguhnye jika pilihanraya (di negara dunia ketiga) itu mampu menukar parti pemerintah, pilihanraya itu pasti akan diharam, (atau) setidak-tidak parti (yang dianggap pembangkang sebelum itu) yang memenangi pilihanraya pasti tidak dapat memerintah" Surah ; politikus kang kong, Ayat; 3suku kah kah kah
Tak payah nak ugut pesara/bekas tentera lah! Apa yang parti UMNO/BN sudah sumbangkan kepada mereka-mereka ini? Lagi diugut maka lagi ramai bekas/pesara ATM akan membuat pendedahan tentang undi pos yang penuh dengan penipuan itu. Wujudnya PERHEBAT pun hanya sebagai nak melepaskan batuk di tangga sahaja... tangga gaji peringkat bawahan yang merapu dan cacamarba (seorang Sjn berpencen dibayar lebih rendah daripada seorang Kpl berpencen dan Peg Waran lebih rendah pencen dari seorang Sjn) menyebabkan ramai pesara tentera menyimpan dendam yang tak kesudahan kepada Panglima-Panglima dan Menteri-Menteri banggang di dalam ATM ini kerana tidak pernah membuat kajian tentang perkhidmatan (pencen) peringkat bawahan mereka, yang mereka tahu menghitung peluang pangkat dan elaun mereka sahaja. Ayuh Pakatan Rakyat! Rebutlah peluang ini, kerana ramai pesara/bekas ATM terlalu lama menyimpan dendam terhadap pihak atasan mereka seperti bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja. Buatkan manifesto PRU13, jika PR berjaya menawan Putrajaya maka pencen pesara tentera akan dikaji serta dinaikkan mengikut pangkat serta realiti semasa.... kami pesara/bekas ATM akan beralih arah kepada Pakatan Rakyat yang adil. Untuk ATM, sistem gaji (pencen) yang diguna pakai kini langsung tidak adil dan tida relevant dengan perkhidmatan kerana Panglima dan Menteri kamu langsung tidak berminat dengan permasalahan anggota bawahannya, yang mereka paling minati ialah membuat justifikasi bagi membeli peralatan kententeraan yang tidak bersesuaian supaya mendapat komisen yang lumayan. Bapa borek anak rintik (Seperti Mat Monggol dan Scorpenenya).
UMporNO tu memang penipu yang PR dok kena tipu pasal apa? Takde jalan ke nak lawan tipu UMporNO?
nk caya brite hairan ke??die sndri hairan ngan brite die,watpe nk caya.bek caya msiakini,wakakaka
Cara Membuat Api Daripada Ais(Video)
TIPU ada di mana-mana. Dalam politik dalam ekonomi dalam pangkat dalam rumahtangga dalam sekolah dalam kem dalam PRU dalam lagu:
http://www.youtube.com/watch?v=Ptkx3OaKE1Y&feature=related
Antara tanda munafik ialah bila bercakap selalu berbohong @ berdusta @ menipu!
- aku laTIPAH.
Boycott je bro, pru 13. Ini membuktikan ksungguhan kita atasi peyelewenggan undi.
Catat Ulasan