Jumaat, 19 Ogos 2011

RUNDINGAN SULIT - BOCOR



RAHSIA BOCOR







RUNDINGAN SAPURA UNTUK MEMAJUKAN PROPGRAM NETWORK CENTRIC OPERATIONS (NCO) UNTUK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


KEADILAN telah dimaklumkan bahawa sebuah projek besar sedang dirunding antara Sapura Secured Technologies Sdn Bhd dan Kementerian Pertahanan untuk memajukan NCO untuk Angkatan Tentera Malaysia.

KEADILAN telah dimaklumkan bahawa program NCO bermaksud untuk mengintegrasikan semua apliaksi system, pengesan, system arah dan kawal dan persenjataan dan dianggarkan bernilai lebih RM2billion untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun.

Kami memahami bahawa pihak ATM telah pun memiliki sistem yang hampir sama, yang dimajukan beberapa tahun yang lalu.

Apatah lagi, projek ini telah mendapat kritikan yang menyeluruh daripada anggota ATM sendiri, dan keprihatinan mereka tidak diendahkan oleh semua yang mengarahkan projek ini untuk diteruskan.

Apa yang lebih membimbangkan ialah KEADILAN difahamkan bahawa projek ini sedang dirundingkan secara terus demi kepentingan Sapura. Kami juga difahamkan bahawa Sapura tidak memiliki kebolehan teknikal untuk melaksanakan projek ini, dan keupayaan mereka untuk memenuhi keperluan projek ini wajar dipersoalkan.

KEADILAN dengan ini mendesak Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan untuk menghentikan perbincangan dengan Sapura tentang program NCO ini sehingga inkuiri penuh diadakan sama ada sistem baru ini benar-benar diperlukan untuk dibuat dengan kepuasan pihak ATM.

Kedua, jika program NCO ini benar-benar dibuktikan perlu untuk ATM, maka kami menggesa Kementerian Pertahanan untuk memilih pihak yang paling layak untuk melaksanakan projek ini menerusi proses tender terbuka.

NIK NAZMI BIN NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT


nota:

sebelum dapat buat senjata
kenapa sapura tak dapat repair
cermin tingkap proton
ini projekbesar juga

14 ulasan:

peneroka berkata...

Daahhh...apake hal nyer plak ni...polis dah kene pantau..skrg tentera plak dipantau ...giler ape pemimpin malaysia ni...apalagi yg tinggal...?????nak isi tembolok pun patut-patutla..jgn sampai keselamatan negara pun digadai...kadang2 pikir lebih baik negara ni huru-hara..xde masa sitamak haloba nak cari jalan buat duit...sebab aman sgtlah jadi macam ini...

Tanpa Nama berkata...

huhuh..betolla..ramai pemilik kete proton masih terkial-kial nak betolkan tingkap diaorang yang tak naik2 setelah diturunkan huhu..
Download : Ceramah Ustaz Azhar Idrus (Kitab asas Fardhu Ain) - Part 1
Download Ceramah Agama: Ustaz Dr. Zahazan Mohamed (Tafsir Surah Ar-Rahman)

serenity9260 berkata...

alamak,da makin banyak pekung kantoi ni,busuk giler baw pekung ni!!


Galaksi Andromeda Akan Berlanggar Dengan Bumi Dalam 10-20 Tahun Lagi

otaklunyai berkata...

sebab sapura tak pandai tu kera-jaan pilaih. dapat songlap duit banyak. bila silap, keluar budget tambahan utk repai pulak, fuhhhh mashukkkkkk

Lang berkata...

sapura pandai hidu fulus... dia tau kat mana boleh masyuk fulus...

Tanpa Nama berkata...

mane komen aku...xde pun?

Tanpa Nama berkata...

haha.. sapura? kahkahkah.. engineer cam sial..lemau sama engineer heitech padu jer... tambah2 padusoft.. ada budak aku yang lemau pun buleh lemas buat kerje ngan padusoft ni.. sama gak ngan engineer fibercomm.. peralatan canggih giler.. aleh2 guna untuk bergambar, taruk dalam resume jer.. harharhar.. lendir jer lebey...

Tanpa Nama berkata...

Tentera dgn Sapura.
Polis dgn Masterplan.

Billion2 beb. Semua jual maklumat kepada Amerika dan Israel.

Apa nak jadi Melayu !

Penjual Obat

Tanpa Nama berkata...

Betul ke maklumat ni? Takkan takder dokumen yang boleh support..kena selidik betul2 ni..

Tanpa Nama berkata...

Duplicate Project... Patut centralized kan Fungsi Cybersecurity Malaysia.

mini jakarta berkata...

"Kami juga difahamkan bahawa Sapura tidak memiliki kebolehan teknikal"
Oit YB,
Dah kaji habis ke technical background anak-anak Malaysia dalam Sapura tu?Jangan nak melalut sangat sampai penyokong sendiri menyampah.
Kau jaga pendatang,peragut dan pembuang sampah kat DUN kau lagi baik.
Aku penyokong tegar PR,tapi menyampah dengan statement yang terlebih 'smart' ni.
SIASAT DULU!!!

Pelahap Komisen berkata...

Tak payah nak ugut pesara/bekas tentera lah! Apa yang parti UMNO/BN sudah sumbangkan kepada mereka-mereka ini? Lagi diugut maka lagi ramai bekas/pesara ATM akan membuat pendedahan tentang undi pos yang penuh dengan penipuan itu. Wujudnya PERHEBAT pun hanya sebagai nak melepaskan batuk di tangga sahaja... tangga gaji peringkat bawahan yang merapu dan cacamarba (seorang Sjn berpencen dibayar lebih rendah daripada seorang Kpl berpencen dan Peg Waran lebih rendah pencen dari seorang Sjn) menyebabkan ramai pesara tentera menyimpan dendam yang tak kesudahan kepada Panglima-Panglima dan Menteri-Menteri banggang di dalam ATM ini kerana tidak pernah membuat kajian tentang perkhidmatan (pencen) peringkat bawahan mereka, yang mereka tahu menghitung peluang pangkat dan elaun mereka sahaja. Ayuh Pakatan Rakyat! Rebutlah peluang ini, kerana ramai pesara/bekas ATM terlalu lama menyimpan dendam terhadap pihak atasan mereka seperti bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja. Buatkan manifesto PRU13, jika PR berjaya menawan Putrajaya maka pencen pesara tentera akan dikaji serta dinaikkan mengikut pangkat serta realiti semasa.... kami pesara/bekas ATM akan beralih arah kepada Pakatan Rakyat yang adil. Untuk ATM, sistem gaji (pencen) yang diguna pakai kini langsung tidak adil dan tida relevant dengan perkhidmatan kerana Panglima dan Menteri kamu langsung tidak berminat dengan permasalahan anggota bawahannya, yang mereka paling minati ialah membuat justifikasi bagi membeli peralatan kententeraan yang tidak bersesuaian supaya mendapat komisen yang lumayan. Bapa borek anak rintik (Seperti Mat Monggol dan Scorpenenya).

Tanpa Nama berkata...

Repair tingkap proton pun kantoi. Macam proton waja aku. Kereta paling hampeh dalam dunia. Rosak sedikit tingkap, semua kena repair. Dahlah alat ganti mahal. Cikai punya barang.

Ni nak buat projek pertahanan. Tak sanggup wa nak pikiq. Nasib baik tak buat loji nuklear,kalau tak, habis satu malaysia.

Soboi berkata...

wooohooo sapura and now kencana petroluem de fucking mahatahi son company yang dapat projek free dari petronas setaip tahun tak yah tender is merging...