Memaparkan catatan dengan label DAYAK BANGUN MELAWAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAYAK BANGUN MELAWAN. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Mei 2012

SEDIH LAGI MENYEDIAHKAN




KOMENTAR SEDIH TUKAR TIUB

mereka ini ibu dan kakak kita
mereka didatangkan dengan dua buah bas
mereka tidak diberitahu dengan betul apa tujuan
mereka dijanjikan akan diberi duit

tukar tiub tidak marah mereka dtang ke rumah ambiga
tukar tiub tidak marah mereka tak tahu ujung pangkal
tukar tiub taidak marah mereka pulang dengan tangan kosong

apa silap mereka
apa salah mereka
sehinggakan diberi bahu t kuning yang ketat

apa jenayah mereka
sehinggakan mereka dilihat tersendat
sehinngakan mereka dilihat padat

memberi mereka baju t kuning bersais medium
adalah satu penghinaan yang amat sangat

kenapa hina mereka?

SILA KLIK UNTUK MELIHAT SENDAT













layari radio bangsar untuk laporan tepat:






Ahad, 20 Mei 2012

SENYUM PETANG AHAD





KETAWALAH KAMU SEBELUM KETAWA KENA LESEN


kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


































untuk musik cool dan funky layari radio bangsar utama:





Jumaat, 4 Mei 2012

MEMANG TUJUAN NAK BURUKKAN KERAJAAN






INI CONTOH POLIS BERHEMAH







BERSIH 3.0 BERI KESAN BURUK KEPADA IBU NEGARA
- meloya

KUALA LUMPUR 3 Mei - Perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di ibu negara Sabtu lepas mampu menyebabkan kerugian jangka panjang terutamanya kepada imej Kuala Lumpur, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata keadaan itu ditambah dengan laporan media antarabangsa serta di internet secara berterusan mengenai perhimpunan itu yang kebanyakannya memberikan gambaran negatif boleh mempengaruhi kemasukan pelabur asing ke Kuala Lumpur.

"Kementerian sedang dalam proses menggalakkan lebih ramai ramai pelabur ke Kuala Lumpur di bawah projek Invest KL. Jadi kalau kita nak promosi KL sekarang, dia (pelabur) baru tengok dalam televisyen, kemungkinan (hasrat) dia nak melabur di sini pun menurun.

"Tapi mungkin itu juga tujuan penganjur, mereka nak pelaburan turun, pelancong tak datang...mereka nak capai tujuan politik dan jatuhkan kerajaan," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...TAHU TAK APA?..... kah kah kah..

kah kah kah...TAK KAN BARU SEDAR TUJUAN DEMO INI?.... kah kah kah..

kah kah kah...MEMANG NAK BURUKKAN KERAJAAAN.... kah kah kah..

klah kah kah...MEMANG NAK BUAT LAPORAN MEDIA YANG NEGATIF...kah kah kah...

kah kah kah... MEMANG TUJUAN POLITIK NAK JATUHKAN KERAJAAAN.... kah kah kah..

woit..INGAT ORANG RAMAI BERDEMO .... KERANA ADA KENDURI LENGGANG PERUT KE?..kah kah kah...


layari sekarang:




Isnin, 30 April 2012

SATU AMARAN KEPADA PENGERUSI SPR DAN TIMBALAN SPR - BERAMBUS!




KOMENTAR TUKAR TIUB

pengerusi spr dan timbalannya
tidak ada pilihan
meliankan berundur
melainkan letak jawatan

mereka tidak dipercayai oleh orang ramai
mereka tidak di yakin sebagai ketua spr
mereka tidak boleh dipercayai akan berlaku adil

salah satu daru tuntutan bersih ialah
semua pegawai tinggi spr letak jatawan
terutama pengerusi dan timbalannya

mereka berdua ini tekah dibuktikan sebagai
ahli united Malays National Organisation

mereka bukan pengadil yang adil

baru sekarang kita sedar
mengapa pelbagai undang undang di wujudkan
undang undang baru bertujuan untuk memastikan
united malays national organisation menang

baru sekarang kita sedar
kenapa spr tidak mahu lupuskan pengundi hantu

baru sekarang kita sedar
kenapa spr tidak mahu gunkan dakwat kekal

baru sekarang kita sedar
kenapa spr tak beri pekerja parti pereksa kad pengenalan

baru sekarang kita sedar
kenapa spr tak mahu panjangkan masa berkempen

rupa-rupanya pengerusi spr
dan timbalan pengerusi spr
ialah ahli united malays national organisation


NOTA:
untuk piliharaya yang adil
dua malaoan ini wajib beramboos
ini satu amaran!



MASANYA TELAH SAMPAI-BERAMBUSLAH





PAS BERI 30 HARI PENGERUSI SPR , TIMBALAN LETAK JAWATAN
- minsider

KUALA LUMPUR, 30 April — PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan selepas terdedah keahlian mereka dengan Umno.

“Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan. Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan ‘pengadil’ dalam sesebuah pilihan raya,” tegas Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi semalam.

Harakahdaily melapurakn beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.

Katanya, sebagai seorang ‘pengadil’, adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana ‘pemain’.”Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil dari Manchester United. Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya Selangor. Teruklah Kelantan,” kata beliau.

INI INDUSTRI - DEMO TOURISM





nota:
satu industri baru
dipanggil industri
pelancungan demo

amat lumayan
sewa bas
sewa hotel
beli tiket keretapi
ujung minggu di kuala lumpur
meriah dan gah!

YA AMPOOOON BER ULAT JUBUR TUNKU





JANGAN TIPU PILIHANRAYA








PROJEK BODOHKAN MELAYU

orang-orang melayu/islam amat-amat-amat perlukan raja-raja kerana raja-raja melayu ada lah jelmaan tuhan di muka bumi....hehehe
By Anonymous on SILA JANGAN BODOHKAN ORANG MELAYU LAGI! on 4/30/12


PROJEK BANGANGKAN MELAYU

Sejarah membuktikan bagaimana sikap raja melaYU ketika tanah melayu dijajah.Berapa titik peluh atau darah raja melayu yg di agung-agung ini menitis ke bumi utk mempertahankan rakyat dan negri??!!!?? MALAH dari dulu LAGI banyak sgt gambaran negatif tentang raja melayu.

Kita ihat di dalam kisah sultan mahmud mangkat dijulang bagaimana raja begitu kejam menghukum rakyat sesuka hati.Hanya sebab yg tidak munasabah manusia diperlakukan sesuka hati sebab ada kuasa.begitu juga dgn kisah hang tuah,bagaimna raja yg bernafsu gila memper alatkan melayu tuah yg handal tapi bodoh.Juga menghukum membunuh sesuka hati.Dalam musang berjanggut pula kita ada raja yg boleh di jadikan KUDA tunggangan

BNYAK lagi kisah raja yg kejam,zalim serta perbuatan yg tak masuk akal.Tetapi hairan sehinnga hari ini melayu masih mahukan raja walaupun melayu tahu akan tidak ada kebaikan langsung raja kepada melayu.Memperhambakan rakyat dan menghukum sesuka hati.Atau mungkin rakyat masih takut dengan kuasa raja yg boleh buat apa sahaja? Atau melayu masih termakan dengan propaganda orang dulu-dulu dan masih takut dengan daulat raja?

Atau Melayu masih berjiwa hamba hinnga kini kerana sejak dulu lagi telah di ugut,di bunuh,diseksa atau di tangkap jika tak taat kpd raja?Kenapa raja melayu mesti kebal dari undang2?Melayu mengagung kan raja kerana raja memayung rakyat jelata atau terpaksa memuliakan raja atas sebab terpaksa kerana takut dengan kekejaman mereka......................................................................................ADA JUGA ORG TUA2 KATA YG MELAYU MESTI ADA RAJA KERANA JIKA TAKDER RAJA MELAYU TAK ADA YG JAGA KEPENTINGAN MELAYU.MELAYU AKAN MEREMPAT,DITINDAS,DIJAJAH DAN MACAM2 LAGI LAH PENGANIAYAAN YG BOLEH BERLAKU KEPADA MELAYU ANDAINYA MELAYU TAK BERAJA.

Hakikatnya apa yg kita lihat hari ini melayu tunggang-langgang dan haru-biru walaupu raja melayu bertukar bersilih ganti.Mana raja yg membela melayu?Masalah dadah,sosial,hak asasi,buang anak malah melayu ketingglan dalam serba-serbi.Mana raja melayu? Tanah melayu? Tanah,hutan balak,emas,tanah tinggi,pulau dan apa saja habis tergadai kepada TAUKEH KAYA BUKAN MELAYU!!.................................................................................................................
By rakyatbiasa76 on SILA JANGAN BODOHKAN ORANG MELAYU LAGI! on 4/30/12
Publish | Spam | Delete


hanya radio bangsar utama berani langgar:



INI CONTOH MATA MATA BERHEMAH




ARKIB :
11/08/2011

POLIS MALAYSIA LEBIH BERHEMAH
- meloya

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.

Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


INI SATU LAGI CONTOH MATA MATA BERHEMAH




nota:
ini lah contoh terbaik
satu bukti betapa berhemahnya
mata mata malaysia

mata mata di malaysia ini dikatakan berhemah
bayangkan kalau mata mata ini tidak berhemah
mampooos rakyat kecewa
kah kah kah


sila layari radio bangsar utama:


Sabtu, 28 April 2012

UCAPAN DARI KAMI TIM TUKAR TIUB










UCAPAN SELAMAT DARI KAMI


kami dari sidang pengarang
pemberita
juru gambar
jabatan tenikal
jabatan iklan

semua kami dari tukar tiub
mengucapkan selamat kepada semua
para demonstran
jaga diri

kita akan berjumpa lagi

untuk laporan terkini
sila ikuti radio bangsar utama
siaran terus menerus
stesen internet milik kita semua

layari sekarang:

www.radiobangsarutama.blogspot.com

www.radiobangsarutama.com


yakinlah kami berada
bersama sama dalam lautan manusia ini

ini tukar tiub mengucapkan
jaga diri!



Jumaat, 27 April 2012

TERBARU TERKINI TERNOW



KAWAT BERDURI TELAH DIPASANG
















KAWAT KACA TELAH DI PASANG

kini dataran merdeka telah dikepong
kini kawat kaca
kawat berduri
kawat pisau telah dipasang


MELINTASI GARIS TAKUT




NOTA:

ini tulisan saya untuk
mengenang kembali 9 julai
tulisan ini telah disiarkan tahun lalu
saya papar untuk dibaca sekali lagi
agar ianya mengingatkan kita semua
kepada sejarah 9 julai 2011

bersama tulisan ini
ialh klip sejarah 9 julai 2011
lihat dan hayatilah
untuk panduan duduk bantah
untuk panduan ibu segala demo!



MARI MELIHAT KEMBALI SEJARAH ANAK SEMUA BANGSA



MAKNA DAN TANDA 9 JULAI - MELINTASI GARIS TAKUT

Dalam pensejarahan, setiap negara bangsa akan wujud satu tarikh untuk diingati dan dikongsi bersama. Warga Palestin mengingati Nakba atau Malapetaka pada 15 Mei setiap tahun. Pada tarikh ini Israel telah diwujudkan. Pada tarikh ini juga tanah-tanah warga Palestin mula di rampas oleh kaum Zionis.

Semenanjung Tanah Melayu menyambut Hari Malapetaka ialah pada 31 Ogos setiap tahun. Malapetaka menimpa Tanah Melayu ditarikh ini apabila British mengaggihkan kuasa pentabiran tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Malapetaka ini sedang sama-sama kita rasakan.

Tetapi apa sangkut pautnya Malapetaka ini dengan tarikh 9 Julai? Bukankah pada 9 Julai yang baru lepas hanyalah hari Perhimpunan Bersih? Untuk memahami 9 Julai ini saya akan bawa kembali kepada surah surah sejarah agar para pembaca yang budiman akan dapat memahami makna dan tanda tarikh dan haribulan ini.

Saya bawa kembali para pembaca ke zaman Julius Ceaser dan kerjaaan Rom. Di Utara Itali ada sebatang sungai bernama Rubicon yang airnya berlumpur merah. Sungai ini telah dijadikan garis sempadan. Kerajaan Rom telah membuat perundangan bahawa tidak ada sesiapa pun boleh melintasi Sungai Rubicon ini dengan membawa bala tentera.

Pada tahun 49 Sebelum Masehi, Julius Ceaser telah melintasi Sungai Rubicon dengan membawa satu ketumbukan bala tentera menuju ke arah kota Rom. Menyeberangi Sungai Rubicon memberi makna bahawa tidak ada lagi jalan pulang melainkan mengambil kota Rom. Tetapi 9 Julai kita dahulu lebih dari ini.

Kini biar saya bawa pula ke zaman sesudah Perang Dunia Pertama. Pada tahun-tahun 30’an kerajaan Peranchis telah mendirikan tembok-tembok pertahanan di sempadan Perachis/German. Tembok dan kubu-kubu pertahanan ini di panggil Garis Maginot – ini nama menteri pertahanan Peranchis sebelum Perang Dunia Kedua. Garis ini cukup kukuh - dengan kubu-kubu batu, tembok yang lengkap dipersenjatai dan pengkalan askar yang stratejik – di atur disepanjang Garis Maginot.

Apabila Perang Dunia Kedua pecah, Hitler telah mula menyerang Peranchis. Kubu-kubu di Garis Maginot pada awalnya kelihatan kukuh dan mustahil untuk soldadu German menerbus masuk ke Peranchis. Tetapi pada 10 Mei 1940 Garis Maginot ini ditembusi oleh soldadu Hitler. Pada 14 Jun 1940 Peranchis jatuh ke tangan Nazi. Tetapi 9 Julai kita dahulu lebih dari ini.

Biar saya bawa pula para pembaca yang budiman ke tahun 711 – di zaman kegemilangan tamadun Arab. Pada 29 April 711 Tariq ibni Ziyad panglima perang dari Moroko telah berjaya menyeberang Laut Tengah dan memasuki Semenanjung Ibera. Sesampai di pantai selatan Laut Tengah, Tariq telah membakar semua kapal-kapal yang membawa bala tenteranya.

Tariq ibni Ziyad telah menerangkan pada bala tenteranya bahawa di hadapan mereka terbentang luas negara Sepanyol yang subur dan menjanjikan untuk diambil. Di belakang mereka ialah Moroko. Tetapi mereka tidak memiliki pilihan kerana semua kapal untuk pulang telah dibakar. Hanya satu pilihan - untuk terus mara dan menawan Sepanyol. Tetapi 9 Julai dahulu lebih dari ini.

Sekarang mari kita sesama melihat kembali pensejarahan 9 Julai. Apabila Bersih mengumumkan 9 Julai sebagai Hari Perhimpunan dengan 8 Tuntutan – saya rasa tidak bagitu ramai yang ambil pot. Ada komen yang mengatakan kempen Bersih 2007 dahulu lebih baik kerana masa berkempen agak panjang. Kali ini masanya singkat. Pasti tidak ada sokongan. Ada yang mengatakan bahawa Rosmah dan Najib ini amat popular dan susah untuk digelincirkan. Ada pula yang memberi komen bahawa tunjuk perasaan ini bukan budaya kita.

Semua hujah-hujah ini menjadi hampeh apabila Mat Sabu dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden Pas. Semua suasana politik berubah. Perubahan mendadak berlaku apabila Mat Sabu membuat kenyataan terbuka bahawa sebagai Timbalan Presiden Pas , dia akan memastikan 300,000 ahli Parti Pas turun ke jalan raya pada 9 Julai. Kenyataan Mat Sabu ini terus menaikkan berat badan Rosmah Mansor sebanyak tiga kilo.

Biar saya terangkan sejelas mungkin disini. Semua daulah yang zalim - untuk meneruskan kuasa - akan menakut-nakutkan warganya. Ini adalah teknik dan stratiji yang diguna pakai oleh semua pemerintah - raja, emperor, ratu, presiden atau perdana menteri – semua menggunakan ‘takut’ sebagai alat. Warga negara yang takut akan menjadi bodoh. Warga yang bodoh tidak berani bersuara. Warga yang takut dan bodoh amat senang untuk ditambat dan dijadikan kuli batak.

Apa yang telah dilakukan oleh Rosmah dan Najib ialah mengarahkan sepupunya Hishammuddin Hussein untuk menakut-nakutkan rakyat. Yang menjadi barua untuk menakut-nakutkan orang ramai ini ialah Timbalan Ketua Polis. Lihat bagaimana pada satu ketika warna kuning untuk – kasut, payung, baju – telah diistiharkan sebagai warna haram untuk dipakai. Ini contoh terbaik gerak kerja saekor barua.

Tidak cukup dengan tangkapan Polis, rakyat juga cuba ditakut-takutkan dengan kehadiran para pesilat yang memiliki ilmu kebal dan ilmu ghaib. Untuk terus menakut-nakutkan orang ramai tetiba kita melihat kemunculan berita dimana polis dan tentera telah mengadakan latihan bersama. Tidak cukup dengan berita ini ada sepanduk yang tertera dengan tulisan besar dalam empat bahasa termasuk tulisan jawi : Jika Tidak Berundur Kami Akan Tembak.

Taktik untuk menakutkan orang ramai ini dinaikkan lagi suhunya dengan kemunculan Perkasa dengan juruhebohnya Ibrahim Ali. Setiap hari tanpa henti-henti Ibrahim Ali telah berleter dan berheboh dengan segala macam berita yang bertujuan untuk mengancam dan menakut-nakutkan orang ramai dari turun ke jalan raya.

Dalam masa yang sama saban hari media milik United Malay National Organisation telah mengeluarkan dua bentuk berita. Satu berita-berita yang berniat untuk mengancam warga agar jangan berani turun ke jalan raya. Satu lagi berita untuk memburuk-burukan dan memperlekeh Bersih.

Tidak cukup dengan semua ini , 6 ahli Parti Sosialis Malaysia telah ditahan. Kali ini dengan menggunakan Akta Darurat. Entah macam mana – putar dan belit – Rosmah, Najib and sepupunya telah memintal lidah untuk menipu orang ramai. Sepupu Najib telah berkata bahawa 6 anggota PSM ini ingin melawan Agong.

Ya Ampon. Lawak ini menjadi seram apabila kita diberitahu bahawa hanya Dr Jeya seorang sahaja yang tahu dimana rumah Agong dan pernah melihat rupa muka Agong. Ini kerana Dr Jeya seorang ahli Parlimen dan Agong telah beberapa kali datang ke Parlimen. Yang lima lagi ini, saya difahamlan hanyalah aktivis PSM yang rata-rata tidak tahu sangat tentang jalan-jalan di Kuala Lumpur. Malah mereka berlima ini mungkin tidak dapat membezakan muka Agong dengan muka Dugong. Jauh sekali nak melawan Agong.

Dibelakang semua huh hah huha hah ini ada pula perang saraf yang disebarkan oleh ‘desas bin desus’. Ada cerita tetang tangkapan ISA, tentang askar akan ambil alih negara dan kesah penangkapan beramai-ramai ala Operasi Lalang. Cerita peglipur lara dari Desas bin Desus ini sebenarnya adalah sebahagian dari pernah saraf yang tersusun untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Apa yang terjadi pada 9 Julai?

Untuk saya bukan 6 ribu, bukan 60 ribu atau bukan 600 ribu warga yang turun ke jalan pada 9 Julai untuk dijadikan ukuran. Untuk saya angka ini bukan persoalan. Kalau pun hanya 6 orang yang turun pada 9 Julai yang lalu – saya anggap ini adalah satu kemenangan. Kenapa saya berkata seemikian?

Mungkin ramai yang tidak sedar. Mungkin ramai yang belum faham lagi. Apa yang terjadi pada 9 Julai dahulu ialah kita warga negara Malaysia telah melintasi Garis Takut. Garis Takut ini adalah sebahagian dari garis saikoloji yang telah dipasang apabila Malapetaka 31 Ogos dihimpapkan kepada kita semua.

Garis Takut adalah Garis Maginot – garis pertahanan untuk United Malay Natiponal Organisation untuk menyebarkan falsafah ketuanan Melayunya. Pada 9 Julai yang lalu Garis Takut ini telah sama-sama kita lintasi. Dari kajian awal Bersih hampir 120,000 warga telah turun dan terlibat di jalan raya pada 9 Julai yang lalu. Kesemua mereka telah melintasi Garis Takut.

Garis Takut ini juga telah memecahkan mitos Mei 13 dan pergaduhan kaum. Babak Mei 13 ini telah meghantui kita selama berpuluh tahun. Pada 9 Julai yang lalu hantu dan mitos Mei 13 hancur berderai-derai. Anak anak muda yang turun ke jalan raya pada 9 Julai yang lalu telah menangkap hantu 13 Mei ini dan memasukkan ke dalam botol untuk dibuangkan ke Laut Kalzom.

Pada 9 Julai yang lalu terbukti anak anak muda – anak semua bangsa - tidak ambil pot langsung terhadap Pekasa, Polis, Tentera atau ISA. Inilah bukti saheh yang mereka telah melintasi Garis Takut. Anak-anak muda di jalan raya telah masuk ke satu dunia yang baru.

Melintasi Garis Takut ini bermakna kita semua – para penyokong Bersih - telah juga menyeberang menyeberang Sungai Rubicon. Seperti Julius Ceaser kita juga tidak ada pilihan melainkan mara mendobrak kezaliman dan ketidak adilan.

Pasti ada yang akan menyoal – kapal mana yang telah kita bakar pada 9 Julai yang lalu?

Senyum dan senyumlah. Kapal yang telah kita bakar pada 9 Julai ialah Kapal Kerajaan Perpaduan. Seperti Tariq ibni Ziyad – pada 9 Julai dahulu segala mimpi, segala angan-angan untuk mengundur pulang ke Tangier telah musnah. Segala mimpi, segala angan-angan untuk Pas dan United Malay National Organisation menubuhkan Kerajaan Perpaduan telah terbakar di Lebuh Pudu, di Jalan Petaling dan di Dataran May Bank.

Tembakan gas pemedih mata di terowong stesen bas KL Sentral adalah mancis api yang membakar Kerajaan Perrpaduan. Apabila Hadi Awang ditangkap dan Mat Sabu dilanggar kereta polis ini adalah keruntuhan tiang layar Kapal Kerajaan Perpaduan.

Kita telah menyeberang Sungai Rubicon, kita telah melintasi Garis Maginot dan kita telah membakar Kapal Perpaduan. Kini kita sedang berada dalam dunia yang baru. Kita berada dalam wilayah yang memungkinkan kita menamatkan Malapetaka yng menghimpap kita semenjak 31 1957 dahulu. Di belakang kita ialah Takut di hadapan kita ialah Puterajaya yang subur dan menjanjikan untuk diambil.(TT)


sila layari sekarang:



Khamis, 26 April 2012

PENGUMUAN UNTUK SEMUA - IBU SEGALA DEMO





500n RIBU IALAH AMARAN KITA





BACA INI DULU SEBELUM KE DATARAN MERDEKA


Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH
Tuntutan Bersih 2.0 :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

YANG BOLEH DI BAWA:
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning.Sebaiknya ada logo Bersih 3.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.

JANGAN BAWA
1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan.
8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

LAKU KAN INI SEBELUM DATANG
1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
4. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
5. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
6. Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.
7. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan –Dataran Merdeka.
8. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
9. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
10. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka
11. Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula.


LAKUKAN INI SEMASA BERARAK

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 3.0.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.


SESUDAH BERHIMPUN

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 3.0.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 3.0.

JANGAN TERPEANGKAP DENGAN PROVOKASI
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

BILA POLIS MENYERANG
1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. PengenaIan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan danalamat sahaja.
3. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "

BILAKAH ANDA DITAHAN
4. Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab "ya" pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan andameninggalkantempat tersebut atau ingin membawa andake balai polisapabila anda digari

5. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas daritempat tersebut atau enggan mematuhi arahanbeliau untuk ke balai polis atau tempat lain jikadiarahkan.

BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN
6. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata keranaanda berkemungkinan menjadi seorang saksi danpolis ingin mengambil kenyataan saksi daripadaanda (Kenyataan saksi/112).

BILA BEBAS
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

PERHATIAN
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada10 November 2007 dan 9 Julai 2011kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.


RADIO BANGSAR UTAMA

wartwan rabu akan membuat laporan
dari malam jumaat
dari pagi sabtu
akan membuat laporan terus menerus
untuk seluruh dunia

bersama-sama kita tibai mat mongol!


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/





Rabu, 25 April 2012

SABTU 28 APRIL IBU SEGALA DEMO




KOMENTAR TUKAR TIUB


sabtu 28 april ini
adalah ibu segala demo
500 ribu warga akan turun berdemo

500 ribu ini adalah amaran
satu amaran untuk najib dan suaminya rosmah

500 ribu adalah amaran jangan menipu
500 ribu adalah jangan tipu undi
500 ribu adalah tekad hati rakyat

NOTA:
semua yang akan datang
sila datang awal
terutama dari pantai timur
jangan tersangkut dalam jam
jangan lambat sampai kenduri sudah selesai









NIK AZIZ: HADIR BERSIH WAJIB - mkini

Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hadir ke perhimpunan BERSIH pada 28 April ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.

"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Baharu hari ini.

Setiausaha akhbar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hari ini berkata, pemimpin nombor satu dalam parti Islam itu akan turun bersama dalam perhimpunan pada Sabtu ini.


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/



Sabtu, 21 April 2012

PENJUAL AGAMA MENERUSKAN PERNIAGAAN




PELIK: HUTANG 586 JUTA








NOTA:
jelas malaon ini kaki bodek
jelas malon ini jual agama
hutang tajuddin 589 juta rinngit
tak ada pulak fatwa





HARAM TIDAK BAYAR PINJAMAN PTPTN: MUFTI PAHANG - meloya

BENTONG 20 April - Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Abdul Rahman Othman.

Beliau berkata mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.

"Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat sini, hari ini.

Katanya peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. - TIEWNAMA




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... TAK PAYAH LAAA JUAL AGAMA... kah kah kah..

kah kah kah...TAK PAYAH LAAA NAK ON LINE DENGAN TUHAN.... kah kah kah..

kah kah kah... TRIK INI DAH RAMAI ORANG TAHU.... kah kah kah..

woit..DULU BOLEH LAAA TAKUT TAKUT KAN ORANG KAMPONG.... kah kah kah..

kah kah kah...MASA ITU LETERIK TAK ADA.... kah kah kah..

kah kah kah...MASA ITU ZAMAN GELAP..... kah kah kah..

woit... SEKARANG DAH ADA INTERNET.... SEMUA DAPAT PENCERAHAN.... kah kah kah..

kah kah kah... HENTIKAN KERJA SIA SIA MEMBODEK DAN MENJUAL AGAMA.... kah kah kah..

kah kah kah... INI KERJA HINA....kah kah kah..

NOTA:
masa ank najib nak berancok
pakai duit kerajaan tak ada
fatwa ke?

masa shahrizat rembat duit 250 juta
tak ada fatwa ke?



http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/


Jumaat, 13 April 2012

10,000 DARI WILAYAH AKAN TURUN BERDEMo!



SILA BUAT PERSEDIAAN


sila ambil cuti
sila tempah tiket keretapi
sila tempah tiket bas
sila tempah bilik tidur

anak anak muda
yang tak ada tempat tidor
sila bawa beg tidoor
bawa sleeping bag

ikuti radio bangsar utama
radio khusus untuk bersih 3.0



500 RIBU KE DATARAN MERDEKA







TASK FORCE WARGA NEGARA BUKTI WAJIB BERSIH 3.0
- harakah daily

KUALA LUMPUR, 12 April: Pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat skandal task force pemberian kad pengenalan kepada warga asing oleh beberapa pegawai tinggi kerajaan termasuk pegawai tinggi JPN dan Pegawai Khas Perdana Menteri membuktikan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 wajib diadakan.

Sehubungan itu, PAS Wilayah Persekutuan (WP) bersedia mengerahkan seluruh ahli dan penyokong untuk turut hadir memeriahkan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dijangkakan seramai 10,000 ahli dan penyokong PAS di setiap kawasan akan hadir ke perhimpunan tersebut.

Menurutnya lagi, PAS WP juga akan menggerakkan kempen dengan sebaran risalah, poster, kain rentang bagi mengajak rakyat untuk turut hadir bersama-sama.

“Di samping itu, medium melalui media baru akan diperkasakan untuk menarik perhatian jutaan penggunanya supaya tidak turut ketinggalan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, PAS WP yakin, dengan kesedaran rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan, sasaran seramai 500,000 akan berjaya dicapai yang sebahagian pesertanya adalah penduduk sekitar Lembah Klang.

“Ini juga sebagai momentum kepada rakyat agar bangkit mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan Malaysia memastikan perjalanan pilihan raya di Malaysia benar-benar berlagsung dalam keadaan bersih, telus dan adil,” ujarnya.


RADIO UNTUK BANGUN MELAWAN








PENGUMUMAN:

saperti yang telah dijanjikan
seperti yang telah diwar warkan
radio bangsar utama akan mucul
sila layari untuk maklumat tentang bersih 3.0

kini masih dalam percubaan
akan muncul tidak lama lagi!

buka disini:

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/


Ahad, 25 Mac 2012

NAJIB KENA NASI KANG KANG - BUKAN NASI KERABU


YANG MANA SATU ROSMAH













ANWAR: NAJIB TAKUT PADA MAHATHIR & ROSMAH – mkini

Perdana Menteri D Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menjadi bahawa ejekan dan ketawa oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam programnya di Pulau pinang.

Beliau membuat serangan langsung dengan mendakwa Najib sebagai pengecut apabila takut kepada Rosmah.

Mengambil contoh, Anwar berkata ketua keluarga lebih patut ditakuti berbanding isteri dan ketua kampung patut lebih ditakuti daripada orang kampung.

Tetapi ketua negara ini takut kepada bekas perdana menteri Mahathir Mohamad, Presiden Amerika Syarikat dan isterinya sendiri, dakwa Anwar di Machang Bubok sambil disambut gelak ketawa orang ramai.


NAJIB JADI MANGSA NASI KANG KANG




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... ANWAR INI.....JANGAN PECAH RAHSIA.... kah kah kah..

kah kah kah...KENAPA BAGI RAKYAT TAHU.... kah kah kah..

kah kah kah...SEKARANG SEMUA RAKYAT KETAWA..... NAJIB TAKUT BINI...kah kah kah..




Ahad, 18 Mac 2012

PROSES MELEBAIKAN ANAK MUDA




NOTA:

anak muda jadi muda
anak muda jangan dilebaikan
anak muda jangan jadi pengampu
anak muda jagan di ybkan




PROGRAM MELAWAN DI SANA SINI




NOTA :


di dewan persatuan
tan se eng tuan tong
lorong tangki
di limbong kapal
alor star kedah
20 march 2012


di kampong mulia
pekan rembau
negeri sembilan
24 march 2012