Khamis, 29 Mac 2012
HAPUSKAN HUTANG PELAJAR
HAPUSKAN MENTERI YANG BODOH
Jumaat lepas pada 3 Mac 2012 mahasiswa telah turun ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyerahkan memorandum menuntut pilihanraya kampus diadakan dengan lebih awal. Pada hari itu juga mahasiswa telah memberikan ‘batu nisan’ sebagai satu simbolik matinya demokrasi kampus akibat pembunuhan yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Selang dua hari selepas itu, Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengeluarkan satu kenyataan balas berikutan insiden yang berlaku. Beliau telah mengatakan bahawa mahasiswa yang hadir pada hari itu tidak matang kerana memberikan batu nisan. Semalam beliau sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan PTPTN yang digesa oleh mahasiswa dan pembangkang agar dihapuskan atau dilupuskan.
Berdasarkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi rupanya boleh saya simpulkan bahawa beliaulah yang tidak matang, bukan mahasiswa. Kenyataan beliau mengatakan jika diberikan pendidikan percuma kepada rakyat maka IPTS terpaksa ditutup ini adalah salah kerana IPTS boleh dibiarkan terus beroperasi dan seperti biasa sesiapa yang mahu belajar di IPTS maka dia perlu membiayainya sendiri.
Soal IPTS perlu ditutup tidak perlu timbul sekiranya kerajaan menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat kerana yang diberikan percuma hanyalah IPTA. IPTA mempunyai tanda aras atau kelayakkan yang perlu dilepasi oleh setiap pelajar jika ingin menyambung pelajaran di dalamnya. Maka, secara logiknya pasti akan ada pelajar yang berjaya dan tidak berjaya melepasi kelayakkan tersebut.
Kepada pelajar yang berjaya melepasi , mereka berhak untuk mendapat tajaan dan pendidikan percuma. Kepada yang tidak berjaya mereka mempunyai pilihan lain untuk sambung di IPTS. Satu lagi pilihan untuk pelajar yang tidak berjaya adalah memasuki institusi pengajian awam yang lain seperti politeknik, kolej politech mara dan yang lain sewajibnya dengan percuma kerana dalam sesebuah negara pendidikan adalah merupakan hak asasi setiap daripada rakyat yang menjadi warganegaranya.
Isu ini juga bukan hanya hak asasi rakyat untuk mendapatkan pendidikan percuma tetapi isu ini juga berkaitan dengan integriti dan amanah kerajaan Malaysia iaitu Barisan Nasional yang telah melupuskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang merupakan bekas Pengerusi Majlis Penerbangan Malaysia sebanyak RM589 juta terhadap Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd. Jika hutang kroni atau ‘sahabat karib’ boleh dilupuskan sebanyak RM589 juta untuk seorang, maka apakah tidak boleh kerajaan melupuskan hutang PTPTN yang berjumlah 4.7 bilion untuk 887, 995 orang yang jika dibahagikan hanya lebih kurang RM529, 283 untuk seorang.
Saya ingin tegaskan di sini bahawa mahasiswa bukanlah bodoh dan tidak matang tetapi mahasiswa adalah merupakan golongan cerdik pandai yang bakal menjadi peneraju pimpinan negara pada masa depan. Saya juga ingin tegaskan bahawa sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin memperkotak-katikkan mahasiswa dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak munasabah adalah merupakan pihak yang sebenarnya tidak matang. Saya tuntut agar PTPTN ini dihapuskan segera.
Tarmizi Bin Anuwar,
Pengerusi Pro Mahasiswa,
Universiti Putra Malaysia.
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
ni nnti tlg jgn nk kate yg budak2 ni makpak dorg pembangkang la apela kene hasut la. jgn nk dipolitikkan. akui jela rakyat/ org2 muda/ mahasiswa/siswi skang mmg da bijak memilih dan tau mane betul mane salah
Klu aku yg dh grad tpi still x mampu nak byar blik ptptpu macam mane? kena pay until 2030! aku brusaha utk byr smampu mungkin coz aku tahu duit aku dpat dlu duit rakyat.tpakse la aku puase sbulan nk byar blik pinjaman yg pda dasar nye mmg kejam..4% tu interest nye. n then akan increase tiap2 tahun. bagus! smpai mampus la x habis byar.
PR kena declare yg PTPTN ni dihapuskan...rakyat dan pelajar mesti sokong punyer...biar mampos sama BEnd
"Kenyataan beliau mengatakan jika diberikan pendidikan percuma kepada rakyat maka IPTS terpaksa ditutup"....Nak tanya sikitlah....Khalid Nordin ni Wakil Rakyat ke atau WAKIL SYARIKAT?...kahkahkah
Aku sokong Pakatan Rakyat jika mereka menunaikan janji hapuskan PTPTN selepas menguasai kerajaan kelak....
sepatutnya pendidikan dan kesihatan rakyat dijamin dan diberi percuma xkira siapa rakyat tu....
kasi mampus sama itu barisan nasional....pastikan semua pemimpin UMNO dan Barisan Nasional disiasat dan didakwa sampai ke lubang cacing....carik dan dapatkan semula dana kerajaan Malaysia yg diorg rompak...
"hutang PTPTN yang berjumlah 4.7 bilion untuk 887, 995 orang yang jika dibahagikan hanya lebih kurang RM529, 283 untuk seorang"
TAKKAN HUTANG SORANG PELAJAR SEBANYAK TU?
Tadi pagi aku ke sebuah sekolah, sempat tengok murid2 makan diwaktu rehat. Apa yg menyentuh hati bila melihat ramai jugak anak melayu dan india yg hanya mampu membeli nasi putih bercampur kuah sahaja.. Bertambah sayu bila mengenang kan skandal demi skandal membabitkan pemimpin2. Bayang kan duit berbilion kalau digunakan untuk membantu rakyat lebih2 lagi anak2 sekolah ini.
Aku tengah pening kepala
hutang belajar diploma jururawat kat masterskill lebih RM60K
nak cari kerja gaji RM700 pun susah nak sangkut..
kerajaan dah tak nak bagi kerja kepada lulusan jururawat IPT swasta
PTPTN dah hantar surat mintak hutang
baik mansuhkan shj IPT swasta tu sbb buat kursus pun kerajaan tak mampu bagi kerja
tak kan aku nak buat hospital sendiri bagi menyambut saranan kera jaan supaya bekerja sendiri!!!
mintak hapuskan hutang ptptn sbb hutang menteri bleh dihapuskan?
hutang menteri tu hutang dari salah guna wang. takkan nak jadikan student2 yg pinjam ptptn yg kebnyakkannya melayu setaraf dgn menteri yg corrupt tu jugak?
klu korang stuju camtu maknanya korg semua sama je r dgn menteri yg corrupt tu...xde bezanya, 2x5 je
Catat Ulasan