Jumaat, 4 Mei 2012

KAUM BURUH BANGUN MENUNTUT UPAH MAHAL





BURUH SEDUNIA BERSATULAH




MOGOK DI ASAHAN MELAKA
Kepada tanpa nama 11:43 pg. Hang tak baik nak biadap kepada para pekerja. Buat apa nak menghina orang. Kalau kapitalis dok baling gas pemedih mata, para pekerja dengan kekuatan semangat dan perpaduan akan bertahan menentang kaum kapitalis.... hang tak tau ke kisah kejayaan mogok Ladang Asahan d Melaka tahun 1967 dulu.

Walaupun berhadapan tear gas, namun akhirnya kapitalis bangang tersebut terpaksa tunduk dengan tuntutan para pekerja yg gigih semangatnya. Kepada 11:43 PG, hang nak kena jurus membangkrapkan ekonomi dari aku tak? karang kalau aku bagi jurus membangkrapkan bisnes dan ekonomi kat hang, tergolek hang jadi gelandangan. masa tu barulah Hang tau betapa pentingnya perlindungan hak pekerja dan kebajikan orang kebanyakan!!!!!! kah,kahkahakaha kah kah kah!!!!!!
By Anonymous on BURUH SEDUNIA BERSATU LAH ! on 5/1/12

BURUH ZAMAN NABI
Kepada tanpa nama 9.01 PG: Masa zaman Nabi, walaupun tidak secara langsung dinyatakan akan perkara antara majikan vs pekerja, tapi konsepnya tetap ada! Zaman Nabi dulu, turun wahyu yang mengharamkan riba dan judi (yang menjadi alat untuk org2 kaya memeras harta orang kebanyakan). Kemudian disyariatkan zakat untuk membantu golongan miskin.

Kemudiannya, menyuruh para majikan membayar gaji kepada para pekerja sebelum peluh pekerja kering (simbolik perlindungan hak pekerja). Kemudian zaman Khulafa al-Rasyidin, tentera Islam berjaya membebaskan rakyat2 yang ditindas oleh tuan2 tanah, org2 kaya, dan pemerintah feudal yg jahat di Rom dan Parsi dalam Perang Qadisiyyah dan Perang Yarmuk!!! Empayar kaya raya feudal kapitalis mcm Parsi dan Rom tu pun ranaplah seranap ranapnya!!!!!!!
By Anonymous on BURUH SEDUNIA BERSATU LAH ! on


sila layari:


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup kaum pekerja!!!!

Bersatulah dan bersetiakawanlah bersama kawan-kawan pekerja di seluruh dunia.

Terapkanlah semangat Internasionale dalam perjuangan antarabangsa menuntut kebebasan, kebajikan orang kebanyakan, di samping menentang penindasan, rasuah, dan pemerasan.

Perjuangan mulia ini melangkaui batas agama, bangsa, dan negara.

Kaum pekerja inginkan upah mahal dan kebajikan yang terjamin.

Seandainya dalam perjuangan ini ada orang bawahan yang tabah seperti Bilal bin Rabah (yang membunuh bekas tuannya dalam Perang Badar)dan Abu Dzar (yang mengutuk adat-adat 'candu' masyarakat Mekah secara terang-terangan), serta komrad-komrad intelek yag bersimpati seperti Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf, maka perjuangan demi kebebasan dan kebajikan orang kebanyakan ini akan berjaya.

Salam Setiakawan bersama kaum pekerja dan orang kebanyakan.