Rabu, 6 Februari 2013

BERSAMA BERJIHAD MENGGULINGKAN KERAJAAN HARAM



KE JALAN RAYA
MENENTUKAN NASIB NEGARA


INI KERAJAAN HARAM

Keputusan PRU12 menunjukkan bahawa jumlah undi popular di Semenanjung dimiliki oleh Pakatan Rakyat. Jumlah  yang mengundi Pakatan Rakyat di Semenanjung melebihi dari yang dipungut oleh United Malays National Oganisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional.  Tetapi Parti Ketuanan Melayu ini masih  dapat berkuasa. Kuasa datang melalui undi dari Sabah dan Sarawak.

Minggu lalu Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah ( SSDS) telah membuktikan bahawa beratus ribu pendatang haram telah diberikan kad pengenalan segera untuk tujuan mengundi. Si Pendatang haram ini datang dari Filipina, Indonesia dan ada juga dari Pakistan. Kad pengenalan  segera ini adalah  upah untuk pendatang haram ini  mengundi  United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya.

Justeru, lapuran awal SSDS ini  secara lojik membuktikan bahawa kerajaan  United Malays National Organistion  hari ini adalah kerajaan haram dan TIDAK SAH. Laporan awal SSDS membuktikan  kemenangan PRU10, PRU11 dan PRU12 – semuanya berpaksikan pendatang haram. 

Selama hampir dua dekad ini  rakyat Malaysia telah ditipu. Kemenangan gerombolan United Malays National Organisation di Sabah selama ini rupa-rupanya berasaskan penipuan. Paling jelas dalam PRU12 yang lalu – hakikatnya United Malays National Organisation telah lungkup. Parti Ketuanan Melayu ini  telah diselamatkan oleh Pedatang  Haram. Ini fakta. Ini hakikat. Ini bukan fitnah. Ini bukan tohmah. Semuanya jelas dapat dibaca dalam laporn awal SSDS.

Sekarang barulah rakyat Malaysia faham. Barulah nampak sejelas mata hari pagi akan makna ‘ safe deposit’ yang selalu dihamburkan oleh mulut Najib.  Safe Deposit atau simpanan tetap ini ialah pengundi haram warga asing yang telah diberi kad pengenalan segera. Pendatang haram ini menjadi pengundi setia untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa.

Perdana Menteri Mahathir, Menteri Megat Junid, Datok Mustapha, Harris Salleh  telah berkerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, Setiausaha Negara, Ketua-ketua Jabatan dan Polis DiRaja Malaysia.  Semua dirancang dengan rapi. Semuanya di rancang  awal sebelum pilihan raya umum dijalankan.

Mondus operandinya cukup senang: Mahathir  arahkan Megat Junid, si Megat ini memangggil para ‘taiko’ di Sabah. Megat Junid, walau pun sibuk berjudi tetapi  masih sempat  mengarahkan JPN dan SPR untuk bersuhabat membuat kerja jahat ini. Para ‘taiko’ di sabah mengumpulkan pendatang haram terutama dari Filipina.  Pendatang haram ini diberi kad pengenalan dengan arahan:   Si Pendatang Haram akan  mengundi United Malays National Organisation.

Apa pula peranan Polis? Sabar. Peranan polis cukup licik dan cukup cantik. Pada malam dan hari hari sesudah pengundian berjalan  pihak polis akan mengadakan sekatan jalan raya. Semua kereta, bas, van dan lori akan ditahan.  Tugas polis ialah merampas dan menggunting putus mana mana  kad ‘pengenalan segera’ yang ditemui. Ini bertujuan untuk memastikan 4 tahun kemudian Si Mamat ini boleh diumpan kembali dengan kad ‘pengenalan segera’.

Cerita yang saya tulis ini bukan kesah dongeng. Semua orang Sabah terutama  penduduk di Sandakan tahu kesah ini. Mereka bukan sahaja tahu malah  mereka adalah sebahagian dari  penduduk yang mengelilingi kota  Sandakan. Mereka juga adalah orang-orang yang ‘ kad pengenalan’ segera telah ‘digunting’ oleh polis.  Mereka menjadi mangsa kuasa. Mereka dipergunakan setiap kali pilihan raya sampai. Kenapa Sandakan? Kerana jarak kota Sandaka hanya 40 minit dengan kapal laut yang laju dari Filipina. Jarak dekat inilah yang  menjadikan Sandakan ‘kota sarang’ pengundi hantu.

Mari kita beralih untuk melihat apa yang sedang berlaku di Semenanjung. Pada PRU10 tahun 1999 – Terangganu telah jatuh ke dalam tangan PAS.  Kejatuhan ini adalah sebahagian dari ombak Rreformasi 98. United Malays National Organisation telah memulakan rancangan awal untuk merampas kembali  Terangganu.

Lalu ditimbulkan isu royalti.  Menafikan duit royalti minyak itu sebenarnya adalah ‘decoy’ yang sengaja dibuat. Isu royalti minyak ini bertujuan untuk mengkaburi mata ahli-ahli  Pas bahawa  template Sabah sedang dibawa ke Terangganu.

Para aktivis Pas ke hulu ke hilir berkempen memperjuangkaan hak royalti. Pemimpin Pas berceramah  ke seluruh negara  tentang Perjanjian Petronas 1974 yang ditanda tangani oleh Razak Husin dan  Tengku Razali. Ketika inilah ‘Projek Terangganu’  yang dikepali  oleh Idris Jusuh berkerja rapat  dengan tim ‘ Operasi Durian Busuk’ dari Sabah.

Hasilnya dari template Sabah kerajaan Pas di Terangganu tumbang. Malah paling memeranjatkan jumlah pengundi yang keluar mengundi melintasi 90%. Ini satu rekod pencapain demokrasi di Malaysia.  Malah lebih memeranjatkan ialah jumlah pengundi yang keluar mengundi melebih  jumlah  nama yang tersenarai dalam daftar pengundi. Ini dinamakan “ Operasi Projek Terangganu’.  Ini adalah bukti bahawa  template Sabah  telah dibawa ke Terangganu.

Tahun lalu lagi saya telah menulis berkali kali tentang Projek Terengganu walau pun ketika itu SSDS masih belum wujud. Tetapi saya telah mengkaitkan template Projek Terangganu dengan apa yang sedang berlaku di Selangor. Ini bukan tohmah. Ini bukan khabar angin. Ini bukan propaganda. Ini fakta. Projek Terengganu sedang berjalan di Selangor.

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim telah mengajukan 134,000 nama pengundi di Selangor  ke pada SPR. MB Selangor menerangkan kepada SPR  bahawa 134,000 nama pengundi Selangor telah ditemui. Dan nama-nama ini  tidak diketahui asal usul mereka.  Mereka tidak ditemui  dialamat yang  mereka akui rumah mereka. Tidak ada jiran tetangga yang kenal mereka.

Waspada! Jumlah 134,000 bukan kecik anak. Jumlah ini akan menumbangkan kerajaan Selangor.

Tanpa berselindung Pengerusi SPR telah memberi jawapan kepada MB Selangor. Pengerusi SPR berkata : jika ada nama dalam Senarai Pengundi maka orang itu boleh mengundi. Ini jawapan jahat dari SPR.

Sabar dulu. Biar saya kesahkan disini bahawa saya baru sahaja pulang dari Sandakan. Di Sandakan saya berpeluang menemui satu sosok  bekas  ‘taiko Sabah’. Sosok ini  telah ditahan ISA kerana Operasi Durian Busuk. Mengikut Si Polan bekas tahanan ISA ini dalam template Sabah si pengundi ini BUKAN hanya diberikan satu kad pengenalan. Ada yang mendapat  empat kad pengenalan. Empat?

Ertinya  – jika template Sabah ini digunakan di Selangor maka Si Pengundi hantu ini pada paginya akan mengundi di Serdang, tengah hari mengundi di PJ Utara, petang mengundi di  Bukit Lenjan dan akhirnya ke Lembah Pantai.

Musatahil ini  akan berlaku!  SPR akan menjawab tulisan saya ini dengan menuduh saya membuat fitnah. SPR akan menuduh saya  memperlekeh  lembaga SPR. SPR akan menuduh saya  tidak ada fakta. Saya menulis salah  kerana pengundi  kali ini  akan dicalit dengan dakwat kekal. Adanya dakwat kekal maka pengundi tidak boleh berulang-ulang mengundi – ini lojik dakwat kekal.

Memang betul untuk pertama kalinya  dakwat kekal akan digunakan di Malaysia Tetapi  Malaysia menggunakan dakwat kekal bukan saperti negara-negara lain  dalam dunia. Dalam dunia ini orang ramai  mengundi dahulu kemudian baru  jari dicelup dengan dakwat kekal.

Di Malaysai kita ‘calit’  dakwat kekal dahulu kemudian dapat kertas undi. Ada calitan dakwat bukan tanda TAK BOLEH DAPAT KERTAS UNDI. Di Malaysia ada tanda calit dakwat kekal TANDA BOLEH dapat kertas undi.  Ini bezanya penggunaan dakwat kekal di Iraq, di India atau di Bangladesh.

 Di Malaysia penggunakan dakwat kekal dirancang dengan licik untuk memastikan dakwat kekal ini selari dengan template Sabah. Template Sabah membolehkan pengundi mengundi hingga empat  kali. Jelas ini bukti  dengan liciknya   template Sabah ini sedang digunakan  untuk memastikan United Malays National Organisation menang.

Jangan lupa ada 240,000 pekerja SPR yang menjadi Pengundi Awal. Pengundi awal juga adalah pekara baru yang akan diperkenalkan. Mereka ini telah diberi bengkel tentang apa dia ‘template Sabah’. Pekerja SPR ini adalah sebahagian dari tim yang akan menggunakan konsep  ‘kira sampai United Malays National Organisation menang.’

Saya telah menulis tentang ini berkali kali. Saya mahu memberi ingatan. Tetapi memberi ingatan sahaja TIDAK cukup. Jika sudah tahu. Jika  sudah sedar. Jika telah faham. Maka persoalan nya ialah: Apa yang wajib kita lakukan. Ini persoalan hakiki. Menulis, bercakap, membebel tetapi tanpa rancangan tindakan samalah saperti becakap hendak naik haji tetapi paspot pun belum dilamar.

Untuk saya kerajaan hari ini adalah kerajaan tidak sah. Kerajaan hari ini adalah kerajaan haram. Sebuah kerajaan haram wajib digulingkan.  Tindakan awal untuk para aktivis dan pekerja parti ialah ambil ialah menerangkan kepada orang ramai kenapa kerajaan United Malays National Organistion hari ini kerajaan haram.

Penerangan dan kesedaran ini adalah wajib. Ini kerana kerajaan haram ini sedang merancang untuk meneruskan kuasa melalui penipuan. Jika template Sabah terus dipakai di Selangor dan Selangor jatuh : jawapan kita ialah turun ke jalan raya. 

Sabah telah muncul dengan slogan yang cun lagi  klasik. Slogan ini berbunyi:  Ini Kali Lah. Tepat. Ini kalilah kita berdemo hingga pilihanraya baru yang bersih dan adil dijalankan.  (TT)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul
talipon  03- 22-72 -40-45

HANYA JALAN RAYA
YANG MENBAWA PERUBAHAN


------

11 ulasan:

Proactol Cheapest Price berkata...

Kerajaan UMNO-BN telah menggadai negara pada rakyat asing...UMNO adalah pengkhianat bangsa..ayuh tolak mereka semasa pru nanti...ABU!!

Unknown berkata...

Kerajaan Haram APAKEBENDA.??? Ingat dulu masa UMNO di Haram... Mahathir dan KOnconya tubuh UMNO Baru.
UMNO yang menang dalam pilihanraya adalah UMNO LAmA. Selepas UMNO Baru, UMNO ini tak layak perintah kerana mereka tak pernah Bertanding dalam PRU. Bagaimana Parti Baru tubuh boleh memerintah.

Paling Tepat Kerajaan KEtika itulah, Kerajaan zaman Mahathirlah itulah Kerajaan Haram.

Kerajaan Najib bukan Kerajaan Haram.

Kerajaan Najib adalah Kerajaan Haram.

DIDI KOTA BELUD yang sebenar berkata...

kepada para revolusioner yang membaca kolum ini....jangan nak memandai mandai turun buat huru hara....tunggu aku....aku tengah sakit pinggang ni....nak bernapas pun susah ni....tapi kalau terpaksa juga...aku akan hantar satu satunya anak kesayangan lelaki aku...tak pa..terkorban tak pa....aku bangga,cukup....tapi kalau boleh...biar lah aku urut dulu pinggang aku ni...anginlah...lama tak bertumbuk agaknya....tukar tiub...ingat tu...tunggu aku......yelah...aku urut lah karang.....hehehehe-nada ini walaupun santai namun kalau pasal revolusi kau akan pandang satu raksasa berdiri disebelah aku.

Tanpa Nama berkata...

Bohonglah engkau ni...aku dah lama jadi pekerja SPR tapi tak ada taklimat pun...bengkel pun yang suruh kira sampai BN menang...janganlah kalau menyampah kat BN kau buat cerita palsu...hal ini menyebabkan ramai orang yang menyampah kat BN akan pusing menyampah kat pembangkang sebab tindakan orang-orang macam engkau ini yang 'over' yang tidak berpijak kepada fakta yang betul.

Tanpa Nama berkata...

Kau pangkat apa SPR?

DI AMSTERDEM berkata...

Dengan sopeeeen je aku nak jawap ko ni........ko pernah keliling malaysia..........ko pernah kena buru isa...osa...akta mesin rumput.......dan last sekali....ko pernah tak main sekali 3 perempuan di amsterdem.....kalau tak pernah.....happy valintine.........???!!!!!......hahahahahaha....kalau madu sesudu jangan buat air SETEKO......NANTI TAWAR RASANYA........!!!!!

Tanpa Nama berkata...

insha allah pr akan menang

Tanpa Nama berkata...

Ayuh ubah, reformasi, Ini Kalilah.

spr man berkata...

valantine dan dekat...list gagalis dah ado ko..list poyo dan cool manoo.. buat la rencana pasal skandal aktress dan ahli politik pulak..ringan2kan otak ni ha,,,sebolum nak poie berjuang.

Tanpa Nama berkata...

berani kah org malaysia ni nak demo duduk bantah berhari-hari sampai kerajaan haram dpt dilingkupkan berganti proses pilihanraya yg bersih untuk dptkan kerajaan halal yg adil
berani kah org malaysia utk berdepan fru polis water canon gas canister dan tak lari lagi?
berani kah utk ditangkap beramai-ramai?
beranikah nak lawan keganasan jentera kerajaan?
masuk feldapun kena belasah, inikanpula berhajat nak masuk putrajaya.
ingat semua org baik mcm tok guru nik aziz kah???
inikalilah ada berani?

Tanpa Nama berkata...

kesian, petaka melayu bongsai!!

haram pun haram la janji ketuanan tak miss soru!!

hari ini kerajaan auta keling cuba jadi penjajah kpd bangsa sendiri.
cukup tahun melalaklah mereka: merdeka! merdeka!
woit, yg merdeka madey bebas merembat kah kah

inilah dia nasib sibongsai, jadi mangsa agenda Dr Sam bertopengkan Ketuanan dan Islam.

maka EE pun apalagi, lombu ekau pun abis kono kobeh kah kah kah!

tt patut bagi tau bani melayu JGN MAIN POLITIK LA!! suruh main tolo lagi baik kah kah...ehem, main botol besar dgn rajagopal kat genting....

An Amok's Dream is to actualizing himself the submissive race till enddays.As for that they became excellent barua kah kah