Ahad, 12 April 2026

BERITA AMAT BAIK


INI BERITA

AMAT BAIK

AMIN

 KENA TANGKAP 

MASUK LOKAP

AMIN

ADA FORUM 

DILARANG

AMIN

SEMUA INI TANDA 

ANWAR BIN

IBRAHIM

SEDANG TAKUT

RAKYAT TURUN

KE JALAN RAYA

AMIN

JIKA 

TAK DI LARANG

TAK DI TANGKAP

MAKNANYA

SELAMA INI 

BUAT KERJA

PALAT SIA SIA

AMIN

BILA  DILARANG INI

SEMBOYAN 

TERUS MENGHASUT

KHALAS



Jelajah Tangkap Azam Baki: Lokasi disekat di P Pinang, alasan ‘isu sensitif’

Sekretariat Tangkap Azam Baki mengecam keputusan sebuah lokasi di Pulau Pinang yang pada saat akhir melarang penganjuran jelajah bagi menjelaskan kepada rakyat isu berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ketua pesuruhjayanya, Azam Baki.

Presiden Liga Rakyat Demokratik, Hamdin Nordin memberitahu Malaysiakini bahawa dalam surat memaklumkan keputusan itu kepada sekretariat, Perpustakaan Digital Pulau Pinang di George Town menyatakan kandungan program yang dijadual berlangsung malam ini menyentuh “isu sensitif” yang memberi kesan kepada komuniti.

Sekretariat itu pada satu kenyataan pula memaklumkan keputusan mengejut tersebut yang dibuat awal hari ini turut berlaku walaupun wakil mereka telah membuat tempahan awal serta membayar deposit penuh.

“Penang Digital Library merupakan satu inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diwujudkan sebagai ruang awam untuk masyarakat.

"Maka sebarang keputusan untuk menghalang program rakyat di ruang ini tidak boleh dilihat sebagai isu pengurusan semata-mata, tetapi mencerminkan bagaimana ruang awam di bawah inisiatif kerajaan digunakan.

"Lebih membimbangkan, perkara ini berlaku dalam konteks kerajaan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim yang sering melaungkan reformasi dan kebebasan bersuara,” katanya.

Sekretariat itu turut memaklumkan lokasi acara malam ini dipindahkan ke hab komuniti COEX @Kilang Besi.

Sementara itu, Perpustakaan Digital Pulau Pinang pada satu kenyataan mengakui menerima tempahan awal bagi tujuan ceramah komuniti.

Program tiada kaitan pendidikan

“Walau bagaimanapun, melalui semakan lanjut, pihak kami mendapati bahawa pengisian program tersebut menyentuh isu-isu sensitif masyarakat dan didapati tidak mempunyai kaitan dengan agenda pendidikan atau kemahiran pembangunan diri (self-improvement skills).

"Ingin ditegaskan bahawa Perpustakaan Digital Pulau Pinang adalah sebuah institusi di bawah pendidikan STEM yang terletak di dalam kawasan sekolah. Justeru, sebarang program, kursus, atau bengkel yang dijalankan di sini mestilah berasaskan pendidikan dan bersesuaian dengan persekitaran perpustakaan tanpa mengganggu ketenteraman pengguna lain.

"Sebarang program berkaitan kenduri, aktiviti keagamaan, perkauman atau isu-isu sensitif adalah sama sekali tidak dibenarkan," kata badan itu.

Awal minggu ini, Hamdin bersama dua lagi aktivis belia ditahan selepas mengangkat plakad “Tangkap Azam Baki” dan melaungkan kata-kata terhadap Azam ketika ketua SPRM itu menyampaikan ucapan awam dalam sebuah forum integriti.

Hamdin, aktivis Liga Mahasiswa Ahsanul Akmal Sulam dan penyelaras NGO Mandiri Fakrurrazzi Khairur Rijal kemudian dibebaskan pada hari ketiga dalam tahanan, dengan ketiga-tiga mereka disiasat mengikut Seksyen 186, 447 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Peruntukan tersebut merujuk kesalahan menghalang penjawat awam, pencerobohan, provokasi, serta gangguan awam, yang membawa hukuman daripada denda kecil RM100 sehingga penjara maksimum dua tahun.

Sebelum pembebasan mereka, gabungan 89 NGO mengecam penahanan itu sebagai kaedah yang didakwa digunakan polis untuk menakut-nakutkan orang awam daripada bersuara.

Kumpulan itu menegaskan protes aman kekal sebagai cara sah bagi rakyat Malaysia menuntut pertanggungjawaban, dengan menegaskan jika sebarang tangkapan perlu dibuat, ia sepatutnya melibatkan Azam.

Azam sebelum ini menjadi tumpuan susulan pegangan sahamnya yang didakwa melebihi had yang dikenakan ke atas penjawat awam.

Pada masa sama, SPRM dan Azam turut dituduh terlibat dalam skandal “mafia korporat”, dakwaan bahawa pegawai antirasuah didakwa bersekongkol dengan ahli perniagaan untuk melaksanakan pengambilalihan korporat.

Bagaimanapun, suruhanjaya itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam dakwaan “mafia korporat”

SPRM menegaskan tuduhan berkenaan sebahagian daripada kempen memburukkan reputasinya.


Tiada ulasan: