Ahad, 12 April 2026

INI LAWAK BERDIRI KE ?


KAH KAH KAH

INI LAWAK

BERDIRI KE ?

AMIN

KITA LIHAT

APAKAH INI

AKAN TERJADI

AMIN

ATAU  HELAH

NAK REDAKAN

KEMARAHAN

RAKAYAT YANG

AKAN BERDEMO

PADA 25 APRIL 2026

KHALAS



Mafia korporat: Polis akan ekstradisi individu terbabit bantu siasatan - Menteri


PENGKALAN HULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan semua instrumen perundangan termasuk mengekstradisi mana-mana individu bagi membantu siasatan dakwaan kegiatan manipulasi korporat, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah jenayah serta pengubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan proses itu masih berjalan.

"Kalau berada di luar negara, kalau ada keperluan untuk mereka itu kita ambil kenyataan bagi membantu melengkapkan satu siasatan, semua proses untuk membolehkan kita membawa pulang mereka, kita akan gunakan.

"Perkembangan (siasatan) itu sedang berjalan dengan baik. Saya diberikan taklimat dari semasa ke semasa oleh pihak polis yang menjalankan siasatan. Saya tidak ada sebab untuk mencurigai soal kompetensi di pihak polis," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan dan pemantauan operasi kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit di sini, hari ini.

Pada 18 Mac lalu, Ketua Polis Negara,  Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata ahli perniagaan Victor Chin yang didakwa terbabit dalam manipulasi korporat yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini berada di luar negara.

Tiada ulasan: