Khamis, 9 April 2026

HARI HARI AKHIR SAEKOR TERAM


TERAM JUAL

TACO

KAH KAH KAH

HARI HARI AKHIR

SAEKOR TERAM

KAH KAH KAH

PROJEK AMERIKA

PALING GAGAL

DI IRAN

KHLAS


'Kemenangan mutlak' atau TACO? Trump berdepan persoalan mengenai perjanjian Iran

WASHINGTON: Presiden Donald Trump semalam mendakwa memperoleh "kemenangan mutlak" selepas gencatan senjata dengan Iran.

Namun, pengkritik berkata perjanjian itu adalah contoh terbaru kepada tanggapan mereka bahawa presiden Amerika Syarikat (AS) yang lantang itu akhirnya akan "menarik diri".

Dalam tempoh 12 jam yang penuh ketegangan, Trump berubah daripada memberi amaran bahawa "satu tamadun akan mati" kepada memuji perjanjian itu sebagai satu hari yang besar untuk keamanan dunia.

Namun, realiti di lapangan menunjukkan gencatan senjata dua minggu itu masih rapuh dengan banyak persoalan yang belum terjawab — termasuk sama ada Trump benar-benar berniat untuk melaksanakan ancaman dahsyatnya.


"Presiden Trump terbukti semakin tidak dapat dijangka dan merupakan sekutu yang tidak boleh dipercayai," kata Peter Loge, pengarah Sekolah Media Universiti George Washington, kepada AFP.

Bekas ahli perniagaan dan penulis buku Art of the Deal itu telah lama mengamalkan gaya rundingan yang menggunakan tekanan maksimum untuk mendapatkan lebih banyak kelebihan daripada pihak lawan.

Trump menegaskan pendekatannya — termasuk janji untuk mengebom Iran kembali ke "Zaman Batu" dengan menyasarkan loji tenaga awam dan jambatan — telah mencapai tujuannya.

"Ini kemenangan mutlak dan lengkap," kata Trump kepada AFP dalam satu temu bual telefon ringkas selepas pengumuman pada Isnin.

"100 peratus. Tiada keraguan," katanya.

Rumah Putih juga menegaskan semuanya berjalan mengikut perancangan dengan menyatakan Trump memang merancang Operasi Epic Fury berlangsung antara empat hingga enam minggu.

"Kejayaan ketenteraan kami mewujudkan tekanan maksimum, membolehkan Presiden Trump dan pasukannya mengadakan rundingan yang tegas," kata Setiausaha Akhbar, Karoline Leavitt kepada wartawan.

Namun pengkritik berkata, Trump menggunakan taktik yang sama dalam pelbagai isu, daripada tarif hingga peperangan serta ancaman untuk menguasai Greenland — terutama apabila pasaran mula memberi reaksi negatif.

Fenomena itu kini mempunyai akronim tersendiri yang asalnya digunakan pedagang iaitu TACO, iaitu "Trump Always Chickens Out" (Trump sentiasa menarik diri).

Loge — yang meramalkan pada Selasa bahawa Trump akan mengisytiharkan kemenangan mengenai Iran sebelum memberi "dua minggu lagi" berkata: "Satu-satunya perkara konsisten yang dilakukan Presiden Trump ialah mengisytiharkan kemenangan."

Tempoh "dua minggu" juga sudah biasa bagi pemerhati Trump, kerana beliau sering menyebut jangka masa itu dalam beberapa krisis sebelum ini.

Pengkritik yang diketuai Demokrat menyerang presiden Republikan itu, yang menggunakan kuasa eksekutifnya ketika Kongres dilihat longgar dan ketika ini tidak bersidang.

"Trump ini kurang mahir ketenteraan," kata Ketua Minoriti Senat Chuck Schumer sambil mengumumkan Senat akan mengundi minggu depan mengenai resolusi kuasa perang.

Penentang Trump berkata, perang itu menyebabkan Iran kini menguasai Selat Hormuz secara berkesan, sekali gus memberi tekanan terhadap harga tenaga dunia.

Mereka juga berkata, tiada bukti jelas Trump berjaya menghalang Iran daripada membina bom nuklear kerana Iran masih mempunyai simpanan uranium diperkaya tinggi.

Ahli Republikan juga bimbang perang di Asia Barat akan menjejaskan mereka dalam pilihan raya pertengahan penggal November bagi merebut kawalan Kongres, kerana rakyat Amerika kini semakin sukar menampung kos sara hidup.

"Semua ini berlaku apabila seorang lelaki... mempunyai kuasa tanpa kawalan untuk melancarkan perang," tambah Schumer.

Kritikan bertambah apabila gencatan senjata dilihat semakin rapuh, dengan Iran mengancam untuk membatalkannya jika Israel tidak menghentikan serangan di Lubnan.

"Trump, 'presiden keamanan', sepatutnya tidak memulakan perang ini bersama Israel, yang jelas tidak mahu keamanan," kata bekas sekutu Trump dan ahli Kongres, Marjorie Taylor Greene.

Namun begitu, penyokong Trump memuji perjanjian tersebut.

"Nampaknya Trump akhirnya berjaya melakukan 'home run' di sini, membawa keadaan ke ambang krisis. Iran yang mengalah," kata hos Fox News dan sekutunya, Laura Ingraham, selepas pengumuman perjanjian itu. - AFP

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kisah trump ini kisah sedih, kadangkala majoriti kuat ramai ingat semua akan takut, yang diketuai kadangkala ianya sikap penakut kah kah kah, kerana ramai nak buli minoriti, kerana kuat nak tekan butang selalu, akhirnya kemaluan terpaling menimpa batang Trump Donald kah kah kah, sebagai peringatan kepada kita juga, jangan anggap orang takut orang gentar dengan gempak kekuatan tetapi akur kepada minoriti kah kah kah selagi tak kacau orang tidak bertindak balas padan muka Trump padan muka kepada semua yang berkepala besar, ingat ego kosong tinggi kah kah kah selalunya jadikan pengajaran akhirnya lenyap di muka bumi sendiri woit