DULU
ANWAR BIN
IBRAHIM JANJI
MINYAK TURUN
HARGA BILA
DIA JADI PM
KAH KAH KAH
INI JANJI BODOH
ANWAR BIN
IBRAHIM
AMIN
BILA ANWAR
BIN IBRAHIM
SERANG HADI
MAKNAYA HADI
BETUL
AMIN
KENYATAAN HADI
AKAN MENGHASUT
RAKYAT UNTUK
TURUN TURUN
KE JALAN
KHALAS
Anwar selar pihak dakwa harga minyak hanya naik di negara ini
PUTRAJAYA – Anwar bin Ibrahim membidas dakwaan ulama tertentu yang mendakwa kenaikan harga minyak hanya berlaku di negara ini.
Sambil menyifatkannya sebagai dangkal kerana tidak tepat, kenyataan itu, kata Anwar bin Ibrahim , hanya mengelirukan rakyat ketika dunia kini terkesan akibat krisis Asia Barat.
“Ada ulasan dari ulama yang terkenal, ada banyak pegikut, yang berpandangan umpamanya dengan mengatakan ia (kenaikan minyak) tidak betul. (Pandangan) minyak tidak naik di negara lain (hanya) naik di Malaysia sahaja.
“Itu kedangkalan ilmu yang diselubungi oleh pandangan agama dan al-Quran, membuatkan orang percaya tetapi ia tidak membantu, malah mengelirukan,” kataya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan, di sini hari ini.
Sebaliknya beliau menjelaskan, kenaikan harga minyak ekoran peningkatan kos insurans untuk membawanya ke negara ini melepasi 100 peratus.
“Kos minyak lama sebelum perang yang tersangkut di Selat Hormuz dan sekarang beralih ke Pengerang, kos meningkat kerana kos insurans melepasi 100 peratus.
“Minyak asas kos meningkat yang diproses di Pengerang,” tambahnya.
Baru-baru ini, Presiden Pas, Hadi Awang mempersoalkan kenaikan harga diesel di Semenanjung yang menurutnya tidak dikenakan di Sabah dan Sarawak.
Abdul Hadi turut mendakwa langkah itu tidak mempunyai asas yang kukuh.
Dalam tulisan ‘Minda Presiden Pas’, katanya, alasan mengaitkan kenaikan harga bahan api dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat, termasuk isu sekatan Iran di Selat Hormuz, tidak sepatutnya dijadikan justifikasi kepada rakyat di Semenanjung.
Tambah Ahli Parlimen Marang itu, Malaysia tidak wajar terkesan secara langsung memandangkan negara mempunyai sumber minyak dan gas sendiri, selain jaringan kerjasama dengan negara Islam lain yang kaya dengan sumber asli.
Kementerian Kewangan semalam mengumumkan harga diesel naik 70 sen, manakala petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi naik 40 sen mulai hari ini.
Harga RON97 ditetapkan pada RM5.35 selitar manakala RON95 RM4.27 seliter. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:
Catat Ulasan